Telefilem Isteriku Cikguku Di TV3

Tonton Telefilem Isteriku Cikguku, telemovie ulang siaran sempena Hari Guru 2023 bersiaran pada hari Ahad, 14 Mei 2023 pukul 9:00 malam di Slot Cereka Ahad TV3. Telefilem Isteriku Cikguku lakonan utama Syafiq Kyle dan Izara Aisyah.

TELEFILEM ISTERIKU CIKGUKU

Waktu siaran : Ahad, 14 Mei 2023, pukul 9:00 malam
Siaran TV/ Platform penstriman : Slot Cereka Ahad TV3, astro (CH103), Tonton
Penulis skrip : Azni Ishak
Pengarah: Along Kamaludin
Produksi: A Aida Production

telefilem isteriku cikguku full movie tv3

PELAKON DAN WATAK

Syafiq Kyle, Izara Aisyah, Arash Mohd, Fazlina Dato' Haji Ahmad Daud, Sabhi saddi, Lan Shiro, Syazuwan Hassan, Faralyna Idris, Sidah Ali, Mohamad Fauzan Ghazali, Raja Atiqullah, Nurnabilla, Chomel Fana, Azam As Safar, Angoh Ganu, Syukrul Amin dan ramai lagi.

  • Syafiq Kyle sebagai Azlan
  • Izara Aisyah sebagai Cikgu Maria
  • Arash Mohd sebagai Dato' Darus
  • Fazlina Dato' Haji Ahmad Daud sebagai Datin Sarah
  • Sabhi saddi sebagai Nazir
  • Lan Shiro sebagai Fasi
  • Syazuwan Hassan sebagai Cikgu Ahmad
  • Faralyna Idris sebagai Diana
  • Sidah Ali sebagai Mak Maria
  • Mohamad Fauzan Ghazali sebagai Pengetua
  • Raja Atiqullah sebagai Lan
  • Nurnabilla sebagai Sabrina
  • Chomel Fana sebagai Rita
  • Azam As Safar sebagai Kamal
  • Angoh Ganu sebagai Firdaus
  • Syukrul Amin sebagai Komeng

SINOPSIS ISTERIKU CIKGUKU

Cikgu Maria gembira setelah mendapat tahu bahawa dia akan menjadi seorang cikgu di sebuah sekolah menengah, tetapi selepas memasuki sekolah tersebut, segalanya berlainan dengan harapannya. Disekolah pelajar-pelajar begitu nakal dan sering mengikut kata Azlan, pelajar paling nakal di sekolah.

Demi masa depan anak didiknya, Maria cuba membantu terutama Azlan yang tidak mengindahkan pelajarannya. Cikgu Maria mencadangkan kepada ibu bapa Azlan supaya Azlan menjalani kem motivasi. Semasa kem motivasi berlaku tragedi mengakibatkan Azlan dimasukkan ke hospital. Sejak berada disana Cikgu Maria selalu datang menemani Azlan.

Azlan mula jatuh hati kepada cikgu Maria dan meluahkan perasaaan itu. Walaubagaimanapun Cikgu Maria enggan dan mencabar Azlan supaya cemerlang dalam SPM jika benar menyayanginya.

Bagaimanakah pengakhiran/ending telefilem Cikguku Isteriku, ikuti kisahnya pada hari Ahad, 14 Mei 2023 pukul 9:00 malam di Slot Cereka Ahad TV3.

2 comments:

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.