Siaran Lansung Malaysia Vs Vietnam Live Streaming Bola Sepak Sukan SEA 2023

Skuad Harimau Muda Malaya (Malaysia) meneruskan saingan dalam acara bola sepak lelaki sukan SEA 2023 edisi ke-32 peringkat kumpulan B menentang pasukan Vietnam yang berlansung pada hari Isnin, 8 Mei 2023, pukul 8:00 malam waktu Malaysia.

Pasukan Malaysia berdepan dengan laluan yang sukar untuk melangkah ke peringkat separuh akhir apabila di undi berada dalam kumpulan B dimana berada dalam satu kumpulan bersama juara bertahan Vietnam dan pasukan Thailand dalam acara bola sepak Sukan SEA (SEA Games) ini.

baca juga : jadual bola sepak sukan sea 2023

Malaysia Vs Vietnam Bola Sepak lelaki Sukan SEA 2023

Perlawanan melibatkan pasukan Malaysia menentang Vietnam ini merupakan perlawanan terpenting skuad Harimau Muda Malaya untuk mendapatkan kemenangan. Dengan jumlah jaringan yang besar dapat memberi laluan muda kepada pasukan Malaysia untuk melangkah ke peringkat separuh akhir acara bola sepak Sukan SEA 2023.

Sekiranya tewas kepada pasukan Vietnam, Malaysia bakal tersingkir daripada saingan dalam acara bola sepak lelaki Sukan SEA 2023 ini.

Peminat dan penyokong bola sepak boleh menyaksikan Perlawanan Malaysia Vs Vietnam Live Streaming secara siaran lansung dari Stadium Prince, Phnom Penh menerusi saluran sukan 801 astro Arena, Sukan RTM dan RTM TV Okey bermula seawal pukul 7:30 malam dengan siaran pra-perlawanan.

Siaran Lansung Malaysia Vs Vietnam Live Streaming Bola Sepak Sukan SEA 2023
sumber : FAM

Siaran Lansung Live Streaming Bola Sepak Lelaki Sukan SEA 2023

Kumpulan B : Malaysia Vs Vietnam
Waktu siaran : Isnin, 8 Mei 2023, pukul 8:00 malam (waktu Malaysia)
Tempat : Stadium Prince, Phnom Penh
Siaran TV/ Platform penstriman : TV Okey, 110 MYTV, 146 Astro, Sukan RTM, 111 MYTV dan Sooka
Link live streaming : Link 1, Link 2

baca juga : 
keputusan masa penuh Malaysia vs Laos
keputusan masa penuh Thailand vs Malaysia

Perlawanan Malaysia menentang Vietnam pada malam ini merupakan aksi ketiga pasukan Malaysia dalam Sukan SEA 2023, Kumpulan B.

Keputusan (results) masa penuh Malaysia Vs Vietnam

FT : MALAYSIA   (1) (2)  VIETNAM
Aiman Afif 43’
Nguyen Van Tung 7’ (P) 33’

4 comments:

  1. banyak juga siaran tv yang siarkan perlawanan bola ni. All the best team malaysia!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, baguslah begitu kan. Peminat sukan boleh tengok free.

      Delete
  2. Replies
    1. Itulah tu, tersingkar dah. Next game harap menang lah walaupun sekadar melengkapkan jadual.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.