Siaran Lansung Malaysia Vs Laos Live Streaming Bola Sepak Sukan SEA 2023

Skuad Harimau Muda Malaysia akan memulakan saingan dalam perlawanan pertama peringkat kumpulan B dalam acara bola sepak Sukan SEA 2023 edisi ke-32 melawan pasukan Laos yang berlansung pada hari Rabu, 3 Mei 2023 pukul 8:00 malam waktu Malaysia.

Perlawanan Malaysia menentang Laos akan bersiaran secara lansung dari Stadium Prince, Phnom Penh menerusi saluran sukan 801 astro Arena, Sukan RTM dan RTM TV Okey bermula seawal pukul 7:30 malam dengan siaran pra-perlawanan.

Siaran Lansung Malaysia Vs Laos Live Streaming Bola Sepak Sukan SEA 2023
sumber : FAM

Siaran Lansung Live Streaming Bola Sepak Lelaki Sukan SEA 2023

Kumpulan B : Malaysia Vs Laos 
Waktu siaran : Rabu, 3 Mei 2023, pukul 8:00 malam (waktu Malaysia)
Tempat : Stadium Prince, Phnom Penh
Siaran TV/ Platform penstriman : TV Okey, 110 MYTV, 146 Astro, Sukan RTM, 111 MYTV dan Sooka
Link live streaming : Link 1Link 2

Perlawanan pada malam ini merupakan aksi pertama pasukan Malaysia dalam Sukan SEA 2023. Manakala pasukan Laos merupakan perlawanan kedua selepas menentang pasukan Vietnam sebelum ini tewas dengan dua gol.

Berdasarkan prestasi Skuad Harimau Muda, kelebihan menyaksikan berpihak pada pada pasukan Malaysia. Walau bagaimana pun dalam sukan bola sepak, apa pun boleh berlaku. Sudah pasti kedua-dua pasukan mengharapkan kemenangan untuk ke peringkat seterusnya.

Malaysia bakal berdepan dengan cabaran getir untuk melangkah ke peringkat separuh akhir kerana berada dalam kumpulan B dimana akan bersaing dengan juara bertahan Vietnam dan Thailand.

Keputusan masa penuh Malaysia Vs Laos

FT : MALAYSIA  (5)    (1)  LAOS
Ubaidullah Shamsul Fazili 4’ 
 Ubaidullah Shamsul Fazili (OG) 21'
 'Anantaza Siphongphan 28’ (OG)
 Muhammad Syahir 74'
 Muhammad Najmudin 90+1'
Sonexay Phanhthaxay 90+4' (OG)

Senarai Barisan Kesebelasan Utama Malaysia vs Laos

Malaysia (4-2-3-1) | Jurulatih : E. Elavarasan
Izhan Sikh (PG), Ruventhiran, Ubaidullah Shamsul, Harith Haiqal, Azam Azmi Murad, Mukhairi Ajmal (K), Aliff Izwan, Daryl Sham, Aiman Afif, Safwan Mazlan dan Haqimi Azim

Simpanan : Azim Al Amin (PG), Azrin Afiq, Adam Farhan, Najmudin Akmal, T. Saravanan, Zikri khalili, Fergus Tierney, Syahir Bashah dan Muslihuddin 'Atiq.

Laos (4-4-2) | Jurulatih : Hans Michael Weiss
Solasak Thilavong, Phoutthavong Sangvilay, Anantaza Siphongphan, Phetdavanh Somsanid, Khounthoumphone; Roman Angot, Chony Wenpasert, Ngovinassack Victor Sayanath, Thongkhomsavat; Klein Theo, Chanthalansy.

2 comments:

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.