Filem Polis EVO 3 Di Pawagam 25 Mei 2023

Filem Polis EVO 3 mula ditayangkan di pawagam seluruh seluruh Malaysia, Singapura, Brunei pada 25 Mei 2023. Filem Polis EVO 3 merupakan filem aksi blockbuster Malaysia, kesinambungan daripada Polis EVO 2 (2018) dan filem ketiga dalam trilogi Polis EVO, filem ini dibintangi oleh Shaheizy Sam dan Zizan Razak sebagai watak utama di bawah arahan Syafiq Yusof terbitan bersama Astro Shaw dan Skop Productions. 

Filem Polis EVO 3 kembali untuk melengkapkan triloginya dan Keluarga Polis EVO juga bertambah besar dengan watak baru barisan pelakon hebat Sharnaaz Ahmad, Nora Danish, Syafiq Kyle, Douglas Lim, Farali Khan, Fauzi Nawawi, Fezrul Khan dan Eyka Farhana.

Turut menampilkan pelakon-pelakon terkenal tanah air seperti Michael Ang, Ben Amir, Wanna Ali, Zulin Aziz, Fauziah Gaos, Ezzaty Abdullah, Iman Corrine Adrienne, Danial Zaini, Radin ERA, Kamaliah Mat Dom, Datin Fadilah Mansor, Daniel Cheang, Isha Norsham ERA dan pempengaruh media sosial Zukieeeee. Istimewanya juga menampilan Dato’ Afdlin Shauki.
  • Filem Polis EVO (2015) yang meraih kutipan RM18juta, pengarah Ghaz Abu Bakar
  • Filem Polis EVO 2 (2018) dengan kutipan RM25juta, PengarahJoel Soh dan Andre Chiew
  • Filem Polis EVO 3 (2023) Pengarah Syafiq Yusof
Buat pertama kalinya juga filem Polis EVO melibatkan gabungan tiga penerbit besar Malaysia iaitu Astro Shaw, Skop Productions dan TGV Pictures.

FILEM POLIS EVO 3

Tarikh tayangan : 25 Mei 2023
Penulis skrip : Joel Soh, Kyle Goonting, Anwari Ashraf, Abhilash Chandra, Bernice Low
Pengarah : Syafiq Yusof
Produksi : BlackFlag
Dipersembahkan oleh : Astro Shaw, Skop Productions, TGV Pictures

Filem Polis EVO 3 Di Pawagam 25 Mei 2023

PELAKON FILEM POLIS EVO 3

Shaheizy Sam, Zizan Razak, Sharnaaz Ahmad, Nora Danish, Syafiq Kyle, Douglas Lim, Farali Khan, Fauzi Nawawi, Fezrul Khan, Eyka Farhana, Michael Ang, Ben Amir, Wanna Ali, Zulin Aziz, Fauziah Gaos, Ezzaty Abdullah, Iman Corrine Adrienne, Danial Zaini, Radin ERA, Kamaliah Mat Dom, Datin Fadilah Mansor, Daniel Cheang, Isha Norsham ERA, Zukieeeee (influencer), Dato’ Afdlin Shauki dan ramai lagi.

WATAK PELAKON FILEM POLIS EVO 3

Shaheizy Sam sebagai Inspektor Khai
Zizan Razak sebagai Inspektor Sani
Sharnaaz Ahmad sebagai Reza
Syafiq Kyle sebagai Inspektor Dani
Fara Ali Khan sebagai Inspektor Julie
Douglas Lim sebagai Inspektor Dell
Nora Danish sebagai Anis
Eyka Farhana sebagai Yati
Fauzi Nawawi sebagai ACP Farouk
Fezrul Khan sebagai Inspektor Faizal

SINOPSIS FILEM POLIS EVO 3

Inspektor Khai dan Inspektor Sani kembali dengan misi terbaru dan kali ini pasukan mereka disertai Inspektor Dani, Inspektor Julie dan Inspektor Dell yang mempunyai kepakaran berbeza. Sebuah letupan di Pulau Pinang yang telah membunuh ratusan mangsa termasuk seorang anggota polis kini dalam siasatan Inspektor Sani dan Khai. 

Keadaan bertambah rumit apabila sasaran seterusnya adalah Inspektor Khai. Persahabatan Inspektor Khai dan Inspektor Sani diuji apabila menyedari suspek yang diburu mempunyai kaitan dengan kisah silam Inspektor Khai.

LAGU TEMA (OST) FILEM POLIS EVO 3

Tajuk lagu : Ayuh
Komposer : Malique
Lirik : Malique, Kmy Kmo, Aman Ra, Adeep Nahar
Penyanyi : Malique, Kmy Kmo, Aman Ra dan Ernie Zakri.

4 comments:

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.