Drama Bukan Hanya Sekadar Cinta Di TV3

Drama Bukan Hanya Sekadar Cinta, drama terbaru Slot Akasia TV3 mula bersiaran pada 24 Mei 2023 pukul 7.00 malam setiap hari Isnin hingga Jumaat. Bukan Hanya Sekadar Cinta 28 episod ini sebuah drama adaptasi novel Bukan Hanya Sekadar Cinta karya Emma Mariam. 

baca juga : drama kerasnya takdir slot akasia tv3

Drama Bukan Hanya Sekadar Cinta lakonan Ismail Izzani dan Sofia Dendroff sebagai watak utama dan dibarisi pelakon-pelakon lain Muaz Zabir, Daniella Sya, Syamim Farid, Liza Abdullah, Hafizuddin, Aleza Shadan, Dian P. Ramlee, Afifah Nasir, Izzendra, Laura Olivia dan ramai lagi.

DRAMA BUKAN HANYA SEKADAR CINTA

Jumlah episod : 28
Mula siaran : 24 Mei 2023
Waktu Siaran : Isnin- Jumaat, pukul 7.00 malam
Siaran TV/ Platform penstriman : Slot Akasia TV3, astro (CH103), Tonton
Penulis novel : Emma Mariam
Penulis skrip : Rehal Nuharis
Pengarah : Riza Baharudin
Produksi : A. Aida Production Sdn. Bhd.

Drama Bukan Hanya Sekadar Cinta Di TV3
sumber : Drama Sangat TV3

PELAKON BUKAN HANYA SEKADAR CINTA

Ismail Izzani, Sofia Dendroff, Muaz zabir, Daniella Sya, Syamim Farid, Liza Abdullah, Hafizuddin, Aleza Shadan, Dian P. Ramlee, Afifah Nasir, Izzendra, Laura Olivia dan ramai lagi.

WATAK PELAKON BUKAN HANYA SEKADAR CINTA

Ismail Izzani sebagai Isa Rafael
Sofia Dendroff sebagai Indah Kamelia
Muaz zabir sebagai Ilan Rafzal
Daniella Sya sebagai Anne
Syamim Farid sebagai Lisa
Liza Abdullah sebagai Dahlia
Hafizuddin sebagai Datuk Razman
Aleza Shadan sebagai Datin Rafika
Dian P. Ramlee sebagai Zulaikha / Lee Mei Xiang
Afifah Nasir sebagai Fatimah
Izzendra sebagai Jannah
Laura Olivia sebagai Khadeeja

SINOPSIS NOVEL BUKAN HANYA SEKADAR CINTA

Kerana kata putus daripada Ilan Rafzal, Kamelia bertemu dengan Isa Rafael di Hong Kong. Seorang lelaki bisu dan pekak yang penuh misteri.

Awak boleh luahkan apa yang ada dalam hati awak tu. Saya akan jadi ‘pendengar’ setia awak. - Isa Rafael.

Buku nota menjadi perantara mereka. Setiap luahan Kamelia, Isa Rafael ‘dengar’ dengan penuh setia.

Sesuatu terjadi dan Kamelia terpaksa bergegas kembali ke Malaysia. Meninggalkan Isa Rafael tanpa sebarang nota. Namun, di Malaysia, yang menanti Kamelia adalah sebuah perkahwinan rahsia, bersama seorang lelaki asing yang akan menggantikan tempat Ilan Rafzal.

Isa Rafael, lelaki yang tidak pernah pekak atau bisu!

“Siapa awak yang berdiri di hadapan saya sekarang ni dan siapa yang bersama saya semasa di Hong Kong hari tu?” - Kamelia.

Dicintai dua lelaki berbeza adalah biasa, namun dicintai dua bersaudara membuatkan Kamelia dalam dilema. Banyak hati yang perlu dijaga.

Isa Rafael, suami yang semanis cotton candy.

Ilan Rafzal, bekas tunang yang menghadiahkan kenangan sepahit espreso.
Sesungguhnya kisah kita bukan hanya sekadar cinta, tetapi tentang percaya dan setia.

SINOPSIS BUKAN HANYA SEKADAR CINTA

Selepas ditinggalkan oleh Ilan Rafzal, Kamelia kembali ke kampung halamannya di Terengganu di mana dia bertemu dengan seorang lelaki misteri, Isa Rafael yang kelihatan pekak dan bisu. Dia mendengar setiap keluhan yang disampaikan Kamelia di mana mereka berkomunikasi melalui nota di dalam buku nota. 

Suatu hari, Kamelia dipanggil ke KL kerana kecemasan di mana dia terkejut apabila dipaksa berkahwin dengan Isa Rafael yang akhirnya didapati bukan pekak atau bisu!

Ikuti kisah mereka dalam Drama Bukan Hanya Sekadar Cinta di Slot Akasia TV3 setiap hari Isnin hingga Jumaat pukul 7.00 malam.

2 comments:

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.