Drama Adnan Runner Di TV3

Tonton Drama Adnan Runner mula bersiaran pada 11 Mei 2023 menampilkan lakonan Imran Aqil, Bella Dowanna, Eleen Arisha, Wanns Ahmad, Elmy Moin, Kazar Saisi , Razdan Shamsudin dan ramai lagi. Drama Adnan Runner 13 episod disiarkan setiap hari Khamis hingga Sabtu, pukul 9:00 malam di Slot Lestary TV3.

DRAMA ADNAN RUNNER

Jumlah episod : 13
Mula siaran : 11 Mei 2023
Waktu siaran : Khamis-Sabtu, pukul 9:00 malam
Siaran TV/ Platform penstriman : Slot Lestary TV3, astro (CH103), Tonton
Pengarah : Azmi Hatta
Produksi : MIG Production

Drama Adnan Runner Di TV3

PELAKON DAN WATAK

Imran Aqil, Bella Dowanna, Eleen Arisha, Wanns Ahmad, Elmy Moin, Kazar Saisi , Razdan Shamsudin dan ramai lagi.
  • Imran Aqil sebagai Adnan
  • Bella Dowanna sebagai Nadia
  • Eleen Arisha sebagai Wawa
  • Wanns Ahmad sebagai Bobby
  • Elmy Moin sebagai Madi
  • Kazar Saisi sebagai Tuan Jainal
  • Razdan Shamsudin sebagai Syakir

SINOPSIS ADNAN RUNNER

Adnan dan rakan serumahnya, Bobby rasa buntu apabila syarikat mereka terpaksa menghentikan operasi kerana krisis kewangan. Roy pula menyindir nasib Bobby dan Adnan yang sudah dibuang kerja. 

Kemudian, Adnan dan Bobby mendaftar sebagai penghantar barang iaitu runner. Mereka sangat teruja dan berdebar-debar untuk memulakan kerjaya sebagai runner. Tetapi kerja mereka terganggu kerana mereka buta IT. 

Ikuti kisah mereka dalam Drama Adnan Runner mulai 11 Mei, setiap hari Khamis hingga Sabtu pukul 9:00 malam di Slot Lestary TV3.

4 comments:

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.