Bab 5 : Mei 2023

Bulan April dah berlalu pergi, kini giliran bulan Mei mengambil alih. Dan kita masih lagi dibulan Syawal. Raya sebulan masih berbaki lagi untuk kita meraikan raya dan menunaikan ibadah puasa 6. Ada yang mula ke tu? Ke ada yang dah 'done puasa enam'.

Bulan Mei ni bakal meriah dengan rumah terbuka (open house) dan juga kenduri kahwin. Kan? Tambah lagi 1 Mei 2023 cuti umum Hari Pekerja. Boleh tambah cuti sehari lagi. Tambah juga cuti raya 2023, cuti long weekend boleh sambung beraya. Tak gitu?

Dengar kata cuti sekolah 2023 bulan Mei ni pun bakal dilanjutkan sebab sekolah dibenarkan tutup akibat kes strok haba. Seronoklah budak-budak boleh cuti lama. 4 Mei cuti Hari Wesak pula. Maka bersambunglah cuti sampai ahad depan.

Bab 5 Mei 2023

Page 121/ 365
Never stop learning
because life never stop teaching.
And He found you lost and guide you. (93:7)

 

Cuti umum/ Public holidays Mei 2023

1 Mei (Isnin) – Hari Pekerja (Cuti Umum)
4 Mei (Khamis) – Hari Wesak (Cuti Umum)
17 Mei (Rabu) – Hari Keputeraan Raja Perlis (Perlis)
22 Mei (Isnin) – Hari Hol Pahang (Pahang)
30 Mei (Selasa) – Hari Menuai (Labuan & Sabah)
31 Mei (Rabu) – Cuti Hari Menuai (Labuan & Sabah)

Sambutan pada bulan Mei

Hari Ahad Pertama Mei – Sambutan Hari Ketawa Sedunia (World Laughter Day)
Hari Ahad Kedua Mei – Sambutan Hari Ibu (Mother's Day)
Hari Sabtu Kedua Mei – Sambutan Hari Migrasi Burung Sedunia (World Migratory Bird Day)
1 Mei (Isnin) – Sambutan Hari Pekerja Antarabangsa (International Workers' Day/Labour Day)
3 Mei (Rabu) – Sambutan Hari Kebebasan Akhbar Sedunia (World Press Freedom Day)
4 Mei (Khamis) – Sambutan Hari Star Wars (Star Wars Day)
5 Mei (Jumaat) – Sambutan Hari Bidan Antarabangsa (International Midwives' Day)
6 Mei (Sabtu) – Sambutan Hari Tanpa Diet Antarabangsa (International No Diet Day)
11 Mei (Khamis) – Sambutan Hari Penghargaan Pasangan Tentera (Military Spouse Appreciation Day)
12 Mei (Jumaat) – Sambutan Hari Jururawat Antarabangsa (International Nurses Day)
15 Mei (Isnin) – Sambutan Hari Keluarga Antarabangsa (International Day of Families)
16 Mei (Selasa) – Sambutan Hari Guru (Teacher's Day)
17 Mei (Rabu) – Sambutan Hari Menentang Homophobia dan Transphobia Antarabangsa (International Day Against Homophobia and Transphobia)
17 Mei (Rabu) – Sambutan Hari Masyarakat Berinformasi Sedunia (World Information Society Day)
22 Mei (Isnin) – Sambutan Hari Biodiversiti Antarabangsa (International Day for Biological Diversity)
23 Mei (Selasa) – Sambutan Hari Penyu Sedunia (World Turtle Day)
24 Mei (Rabu) – Sambutan Hari Komonwel (Commonwealth Day)
25 Mei (Khamis) – Sambutan Hari Kehilangan Kanak-Kanak Antarabangsa (International Missing Children's Day)
25 Mei (Khamis) – Sambutan Hari Tuala (Towel Day)
31 Mei (Rabu) – Sambutan Hari Tanpa Rokok Sedunia (World No Tobacco Day)
 

2 comments:

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.