Koleksi Ucapan, Pantun Selamat Berpuasa Dan Salam Ramadhan 1444H

Ramadhan tiba, Ramadhan tiba, Ramadhan tiba, Marhaban Ya Ramadhan, Marhaban Ya Ramadhan, Marhaban Ya Ramadhan, Marhaban Ya Ramadhan. Begitulah lirik lagu ramadhan tiba tandanya Ramadhan semakin hampir selain bisikan Yusuf Taiyoob.

Alhamdulillah dengan izin Allah SWT diberikan lagi peluang untuk kita bertemu Ramadhan pada tahun 2023/ 1444H. Sempena Ramadhan sudah pasti kita ingin mengucapkan Selamat berpuasa dan menunaikan ibadah puasa di dalam bulan Ramadhan kepada keluarga, saudara mara dan juga rakan-rakan.

Koleksi Ucapan Pantun Selamat Berpuasa Dan Salam Ramadhan 1444H

Berikut senarai ucapan dan pantun selamat berpuasa, selamat menyambut bulan Ramadhan 1444H/ 2023 dan Salam Ramadhan

Ucapan dan pantun selamat berpuasa dan menyambut bulan Ramadhan 1444H/ 2023

Dalam kata dan perbuatan terukir salah dan khilaf, dengan segala kerendahan hati kecil ini ingin memohon maaf seikhlas hati. Selamat menunaikan ibadah puasa Ramadhan.
Ramadhan bukan hanya sekadar menahan lapar dan dahaga.
Ramadhan tempatnya kita belajar mengendalikan diri.
Inilah saatnya untuk kita jujur pada diri sendiri.
Marhaban Ya Ramadhan
Marhaban ya Ramadhan,
Pucuk selasih bertunas menjulang,
Dahannya patah tolong betulkan,
Puasa Ramadhan kembali menjelang.
Salah dan khilaf mohon dimaafkan, Selamat menunaikan ibadah puasa tahun 1444H/ 2023
Selamat menunaikan ibadah puasa. Tiada kemenangan tanpa zikrullah. Tiada amal tanpa keikhlasan. Tiada ampunan tanpa maaf dari sesama kita.
Mengharap padi dalam lesung,
Yang ada cuma rumpun jerami,
Harapan hati bertatap langsung,
cuma terlayang ucapan ini.
Sebelum cahaya padam, Sebelum hidup berakhir. Sebelum pintu taubat tertutup, Sebelum Ramadhan datang. Saya mohon maaf zahir dan batin
Bulan Ramadhan bakal tiba. Siapkan hati untuk mendekatkan diri padaNya. Marhaban Ya Ramadhan. Selamat menunaikan ibadah puasa.
Jika semua HARTA adalah RACUN maka ZAKAT lah penawarnya,
Jika seluruh UMUR adalah DOSA maka TAKWA dan TAUBAT lah UBATnya,
Jika seluruh BULAN adalah NODA maka RAMADHAN lah pemutihnya,
Mohon maaf zahir batin. Selamat menunaikan ibadah puasa.
Ramadhan menjelma kembali. Semoga setiap saat di bulan Ramadhan dapat dimanfaatkan dengan amal ibadah yang menatijahkan ganjaran sebesarnya buat kita semua. Semoga Allah SWT mengangkat martabat kita ke martabat Muttaqin.
Kerana Gelap malamMU ku terjaga,
KeranaMU ku bergerak melangkah menuju mentariMU,
Kusambut pemberianMU, dengan harapan kudapat kerinduanMu.
Selamat menunaikan Ibadah Puasa.
Bulan Ramadhan telah menjelma. Sebuah kesempatan untuk meraih maghfirah-Nya. Mari kita bersihkan hati untuk sambut Ramadhan yang suci ini. Mohon maaf atas segala salah dan khilaf serta janji yang terabai. Selamat menyambut bulan Ramadhan dan menunaikan ibadah puasa.
Manusia tak pernah lari dari salah dan khilaf, Kerana manusia bukan makhluk yang sempurna. Di bulan yang suci ini mari kita bermaaf-maafan supaya tiada dendam dan hasad dengki.
Marhaban ya Ramadhan, Mohon maaf zahir dan batin.
Selembut embun di pagi hari. Tengadah tangan sepuluh jari. Ucapkan salam setulus hati. Selamat menyambut bulan Ramadhan dan menunaikan ibadah puasa.
Perkataan yang indah adalah ALLAH,
Lagu yangg merdu adalah AZAN,
Media yang terbaik adalah AL-QURAN,
Senam yang sihat adalah SOLAT,
Diet yang sempurna adalah PUASA,
Kebersihan yang menyegarkan adalah WUDHU,
Perjalanan yang indah adalah HAJI,
Khayalan yang baik adalah ingat akan DOSA dan TAUBAT,
Mudah-mudahan di bulan yg suci ini hadir membawa iman dan takwa. Aamiin...
Bulan Ramadhan bulan yang suci,
Seperti embun pagi yang membasahi dedaunan di kala pagi,
Embun sejuk yang akan membasuh dan membersihkan jiwa kita dari segala dosa,
Selamat menunaikan ibadah puasa Ramadhan 1444H/ 2023.
Apabila dalam kata dan perbuatan terukir salah dan khilaf,
Yakni dengan segala kerendahan hati kecil ini ingin memohon maaf seikhlas hati.
Selamat menunaikan ibadah puasa Ramadhan 1444H/ 2023
Tiada kebahagiaan tanpa syukur,
Tiada rasa syukur tanpa sabar,
Tiada sabar tanpa maaf.
Marhaban ya Ramadhan,
mohon maaf zahir dan batin.
Selamat menunaikan ibadah puasa
Matahari Berzikir,
Angin bertasbih dan pepohonan memuji keagunganNYA.
Semua Menyambut datangnya malam seribu bulan.
Selamat datang Ramadhan, selamat beribadah puasa.
Mohon Maaf Zahir dan Batin
Manusia tak pernah Lari dari Salah dan khilaf,
Kerana manusia bukan makhluk yang sempurna,
Di bulan yang suci ini mari kita bermaafan,
Agar tiada dendam dan hasad dengki,
Marhaban ya Ramadhan,
Mohon Maaf Zahir dan Batin
CINTA datang dan pergi tanpa di duga,
KASIH SAYANG datangnya tanpa terasa,
HATI berkata tanpa dusta,
Datangnya bulan RAMADHAN adalah RAHMAT,
Marilah kita menyambut BULAN ini dengan CINTA dan KASIH SAYANG.
Indah malam kerana bintang,
Indah taman kerana bunga,
Indah cinta kerana kasih sayang,
Indah hidup kerana silaturahim,
Oleh itu mari indahkan bulan Ramadhan dengan ibadah.
Kalau siang ada matahari,
Kalau malam ada bintang dan bulan,
Mari kita mensucikan hati,
Untuk menyambut bulan suci Ramadhan
Rumah limas di kota lama,
terhias indah lampu pelita.
Bulan Ramadhan bakal menjelma,
Detik suci ampun dipinta.
Lebih baik baca Al-Quran,
Daripada bergosip tentang orang,
Selamat menyambut bulan suci Ramadhan,
Untuk engkau yang kusayang
Negeri Melayu adat terpandang
Syariat Islam jadi pegangan
Kini Ramadhan mulai menjelang
Salah dan khilaf mohon di maafkan
Selamat berpuasa dan Salam Ramadhan 1444H untuk semua umat Islam.

2 comments:

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.