Telefilem Jalan Pintas Ke Neraka (TV9)

Jalan Pintas Ke Neraka, sebuah telefilem Cerakarama TV3 2008 ulang siaran pada hari Jumaat, 17 Mac 2023 pukul 8:30 malam di Slot Skrin di 9 TV9. Telefilem Jalan Pintas Ke Neraka dibintangi Rita Rudaini, Eizlan Yusoff, Remy Ishak, Razali Buyong, Maimon Talib dan ramai lagi.

Boleh juga tonton Telefilem Jalan Pintas Ke Neraka terbitan Zeel Productions live streaming online menerusi laman web tonton.

TELEFILEM JALAN PINTAS KE NERAKA

Waktu siaran : Jumaat, 17 Mac 2023 pukul 8:30 malam
Siaran TV : Slot Skrin di 9 TV9
Penulis skrip : Sofia J Rhyland
Pengarah : Feroz Kader (FDAM)
Produksi : Zeel Productions

jalan pintas ke neraka full movie tv9 online

PELAKON DAN WATAK

  • Rita Rudaini
  • Eizlan Yusoff
  • Remy Ishak
  • Razali Buyong
  • Maimun Muttalib
  • Asry Azizan
  • Nurul Akma

SINOPSIS TELEFILEM JALAN PINTAS KE NERAKA

Mengisahkan pasangan suami isteri yang dilanda malang iaitu Yana dan Fazli. Yana, Seorang suri rumahtangga yang berasa bosan di rumah, meminta izin dari suaminya untuk bekerja di sebuah pusat kecantikan.

Permintaannya itu diizin suaminya. Walau bagaimanapun, dia tidak menyangka bahawa seorang klien di pusat kecantikan itu menaruh hati padanya. Layanan mesra lelaki itu membuai hati wanitanya dan bermulalah detik kecurangan isteri dan kehancuran rumah tangga.

Yana telah berlaku curang dan derhaka pada suami serta seluruh anggota keluarganya. Yana juga mempunyai ikatan sulit dengan seorang lelaki sehingga menjeratnya ke tali gantung.

Di penjara, Yana terkejut dari tidur kerana menyangka terdengar suara Fazli dan anaknya memanggilnya. Hentakan tapak kaki pegawai penjara yang menghampiri menyedarkannya. Semasa mereka membawanya keluar dari sel dan ke bilik gantung, suara Fazli, anaknya, ayah, emak dan adik bersilih ganti sehinggalah semuanya menjadi gelap. Yana akhirnya memilih, “Jalan Pintas Ke Neraka…”.

2 comments:

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.