Siaran Lansung (Live) Tonton Anugerah Drama Sangat 2023 (TADS 2023)

Siaran Lansung Tonton Anugerah Drama Sangat 2023 (TADS2023) bersiaran secara lansung dari Dewan Perdana, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada hari Ahad, 12 Mac 2023 pukul 9:00 malam di TV3 yang menampilkan gandingan 2 pengacara hebat iaitu Sherry Alhadad dan Sharifah Shahirah.

Juga boleh strim langsung Tonton Anugerah Drama Sangat 2023 online secara HD melalui laman web Tonton, xtra atau di aplikasi Tonton yang boleh dimuat turun dari Google Play atau App Store.

TONTON ANUGERAH DRAMA SANGAT 2023 (TADS 2023)

Waktu siaran : Ahad, 12 Mac 2023 pukul 9:00 malam
Siaran TV : TV3, tonton atau xtra
Pengacara : Sherry Alhadad dan Sharifah Shahirah

Tonton Anugerah Drama Sangat 2023 (TADS 2023)

Anugerah Drama Sangat 2023 kembali untuk edisi tahun kedua iaitu TADS 2023 dengan kerjasama Tonton. adalah sebuah majlis anugerah berprestij anjuran TV3 melalui jenama Drama Sangat dengan tagline, Lagi Drama Lagi Rasa! Tarikh Anugerah Drama Sangat berlangsung pada hari Ahad, 12 Mac 2023 di PICC, Putrajaya dan disiarkan di saluran TV3.

Anugerah Drama Sangat bertujuan untuk mengiktiraf dan menghargai warga penerbitan yang menjadi penyedia kandungan kreatif drama tempatan di Malaysia. Anugerah Drama Sangat Julung Kali Diadakan pada 2023. pada Malam anugerah Anugerah Drama Sangat, rakan digital adalah XTRA dan rakan media adalah BH dan Harian Metro

tonton siaran lansung anugerah drama sangat 2023

Antara barisan artis tanah air yang akan menggalas tanggungjawab sebagai penyampai anugerah malam Anugerah Drama Sangat 2023 adalah Ummi Nazeera, Nabila Huda, Meerqeen, Anna Jobling, Fasha Sandha, Datuk Rosyam Nor, Aniq Suhair, Siti Khadijah Halim dan ramai lagi.

Acara malam kemuncak Anugerah Drama Sangat dimeriahkan lagi dengan persembahan penyanyi tanahair iaitu Stacy, Mimi Fly, Liza Hanim, Misha Omar, Bella Astillah, Wani Kayrie, Ayda Jebat, Fyna Jebat, Haqiem Rusli, Afieq Shazwan, Amir Masdi, Rahmad Mega, Zaki Yamani, Yamani Abdillah dan Hael Husaini.

Anugerah Drama Sangat 2023 memperkenalkan dua kategori baharu iaitu Anugerah BBNU Tonton dan Oppa Pilihan Tonton. Kategori Oppa Pilihan Tonton adalah kolaborasi bersama tvN Asia dengan menyenaraikan pelakon Korea Selatan yang membintangi drama popular tvN.

15 kategori yang dipertandingkan dalam Tonton Anugerah Drama Sangat 2023 (TADS 2023)

  1. Drama Terbaik
  2. Drama Popular
  3. Drama Terbaik 8TV
  4. Pengarah Terbaik
  5. Penulis Skrip Terbaik
  6. Pelakon Lelaki Terbaik
  7. Pelakon Wanita Terbaik
  8. Pelakon Lelaki Popular
  9. Pelakon Wanita Popular
  10. Pelakon Antagonis Terbaik
  11. Pasangan Drama Terbaik
  12. OST Terbaik
  13. Drama Novel Adaptasi Terbaik
  14. Anugerah BBNU Tonton
  15. Oppa Pilihan Tonton (Dengan kerjasama tvN)
Anugerah kategori undian penonton mempertandingkan 8 kategori iaitu drama popular, drama adaptasi novel terbaik, pelakon lelaki popular, pelakon wanita popular, pasangan drama terbaik, OST terbaik, Anugerah BBNU Tonton dan Oppa Pilihan Tonton.

Manakala anugerah kategori penilaian juri professional ialah drama terbaik, pengarah terbaik, penulis skrip terbaik, pelakon lelaki terbaik, pelakon wanita terbaik dan pelakon antagonis terbaik.

Kategori Oppa Pilihan Tonton, 30 peratus undian adalah daripada undian peminat dan 70 peratus adalah daripada juri profesional.

Senarai pemenang Tonton Anugerah Drama Sangat 2023 (TADS 2023)

Drama Terbaik - 
Drama Popular - 
Drama Terbaik 8TV - 
Pengarah Terbaik - 
Penulis Skrip Terbaik - 
Pelakon Lelaki Terbaik - 
Pelakon Wanita Terbaik - 
Pelakon Lelaki Popular - 
Pelakon Wanita Popular - 
Pelakon Antagonis Terbaik - 
Pasangan Drama Terbaik - 
OST Terbaik - 
Drama Novel Adaptasi Terbaik -
Anugerah BBNU Tonton - 
Oppa Pilihan Tonton (Dengan kerjasama tvN) - 

2 comments:

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.