USB Mini Handheld Fan MR DIY Berguna Betul

Singgah MR. DIY nak membeli USB mini handheld fan siap sedia untuk guna bila perlu terutamanya aktiviti outdoor ketika cuaca panas. Sebenarnya siap sedia untuk majlis anak buah yang dibuat di dewan terbuka. Dah tentulah akan rasa panas sikit.

Ada banyak pilihan USB mini handheld fan di MR. DIY ni rupanya. Selepas membuat perbincangan dengan diri sendiri, saya memilih jenis macam ni. Tapi itulah, yang model ni tak banyak pilihan. Cuma ada 3 kotak je yang tinggal dan semuanya warna yang sama. Warna pink dan biru dah habis.

Tak pelah, kali ni kita pilih fungsi no.1 berbanding warna kegemaran kita. Asalkan dia berfungsi elok. 

mr diy mini hand fan

USB mini handheld fan 

  • Didatangkan dengan lanyard untuk memudahkan sangkut dimana-mana. Boleh masukkan di pergelangan tangan kalau muat. Mana tahu penat nak pegang kan.
  • Kurang bunyi sangat. Ye, memang betul! Bunyi dia perlahan je tak menggangu pun.
  • Ada 3 jenis speed. Saya pakai kelajuan tahap 2 pun dah selesa dah. 
  • Lepas charge, tahan lama guna. Bayangkan beberapa jam majlis tu, masih bertenaga!
  • Saiz nya yang comel dan mudah dipegang. Jenis portable mudah dibawa kemana-mana pun. Boleh masuk dalam handbag.
Memang berguna betul ada USB Mini handheld fan ni. Buat aktiviti luar macam piknik ke, jalan-jalan ke, boleh lah guna. Berguna jugalah beli benda alah ni. 

18 comments:

  1. Bagus ni boleh bawa ke mana2 tempat takde karen

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'ah. standby je letak dalam beg :) Kat luar panas boleh guna

      Delete
  2. yg mcm ni tak jumpa lg... DIY area sini banyak kipas kecik letak atas meja

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena belek lagi tu Anies. Ada banyak jenis kipas ni :)

      Delete
  3. Mini fan sangat penting bila pergi kenduri outdoor. Kalau tak bawak, habis berpeluh lah ketiak. Sebab tak semua tuan rumah taruk kipas kat khemah. 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, ada kenduri kena bawa satu kadang tak dapat port ada kipas tu berpeluh tahan panas.

      Delete
  4. memang bagus benda ni di Malaysia yang cuaca panaih lit lit ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sangat function kan. Bawa letak dalam beg siap-siap. Sebelum tu kena charge dulu

      Delete
  5. memag berguna sesangat fan ni!!! hahaha especially kalau kita ke tempat orang yang ramai dan panas... untuk trip akan datang ni, memang dah plan nak bawa mini fan ni!! harap tak lupa masuk dalam bag heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jalan jalan keluar cuti cuti kena ada sorang satu ni KakRet. Uyum mesti nak satu. hehe...jangan lupa bawa sudah.

      Delete
  6. Betul tu mmg berguna sgt mini fan mcm tu... kalau kami ni yg ada keja luar buat outreach mmg berguna sgt

    ReplyDelete
  7. Kuasa tahan lama itu yang bagus. Tidak risau asyik kena cas. Warna kuningpun cantik juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahan lama juga bateri dia kak. Berbaloi juga beli. Hehe..asalkan ada gitu :)

      Delete
  8. Tak ada pula nampak dekat DIY sini.. menarik nie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cari di bahagian kipas portable tu mesti ada KakSha. atau pergi store MR DIY yang besar sikit.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.