Jadual Siaran Lansung Perlawanan Piala Mitsubishi Electric AFF 2022 Dan Keputusan Penuh

Tahniah skuad negara Harimau Malaya dibawah bimbingan jurulatih, Kim Pan Gon menang dalam kedua-dua Perlawanan Persahabatan Bola Sepak Antarabangsa menewaskan Kemboja dengan gol 4-0 dan menentang Maldives dengan gol 3-0

Perlawanan persahabatan antarabangsa ini bagi mempersiapkan pasukan kebangsaan dalam kejohanan Piala Mitsubishi Electric AFF 2022 yang berlansung pada hari Selasa, 20 Disember 2022 sehingga 16 Januari 2023.

Piala Mitsubishi Electric AFF 2022

Piala Mitsubishi Electric AFF merupakan kejohanan bola sepak Asean yang diadakan setiap dua tahun sekali dan kini sudah memasuki edisi ke 14. Piala Mitsubishi Electric AFF 2022 akan berlansung bermula 20 Disember 2022 sehingga 16 Januari 2023. Piala AFF dinamakan Piala Mitsubishi Electric AFF atas sebab penajaan syarikat pembuatan peralatan elektronik dan elektrik tersebut.

Format Piala Mitsubishi Electric AFF 2022 

Sepuluh (10) pasukan dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu A dan B yang terdiri daripada lima (5) negara. Satu slot terakhir akan disi oleh pasukan negara yang memenangi pusingan kelayakan.

Keputusan undian Kumpulan Piala Mitsubishi Electric AFF 2022
Kumpulan A : Thailand, Indonesia, Filipina, Kemboja, (Brunei)
Kumpulan B : Vietnam, Malaysia, Singapura, Myanmar, Laos

Dalam kejohanan Piala Mitsubishi Electric AFF 2022 edisi ke-14, Malaysia diletakkan dalam Kumpulan B bersama Vietnam, Singapura, Myanmar dan Laos. Kumpulan A pula dianggotai juara bertahan, Thailand, Filipina, Indonesia, Kemboja dan Brunei selepas menang aksi kelayakan menentang Timor Leste. 

Setiap pasukan akan bermain empat perlawanan, dua perlawanan Home dan dua perlawanan Away. Dua pasukan terbaik setiap kumpulan layak ke separuh akhir di mana juara Kumpulan A akan berdepan naib juara Kumpulan B, manakala juara Kumpulan B bertemu naib juara Kumpulan A. 

Format pusingan kalah mati iaitu separuh akhir dan perlawanan akhir Piala Mitsubishi Electric AFF 2022 dimainkan secara timbal balik (Home dan Away).

Vietnam akan menjadi lawan terkuat Harimau Malaya, namun kekuatan tiga pasukan yang lain tidak boleh dipandang rendah kerana berdasarkan kejuaraan sebelum ini, skuad negara boleh tewas mengejut kepada mana-mana negara berkenaan. Dalam perlawanan bola, apa-apa boleh berlaku.

Kejohanan Piala Mitsubishi Electric AFF 2022 ini juga adalah kali keempat berturut-turut, Malaysia berada dalam satu kumpulan bersama Vietnam.

Jadual Perlawanan Piala Mitsubishi Electric AFF 2022 Dan Keputusan Perlawanan

Skuad Harimau Malaya bakal memulakan kempen Kumpulan B Piala Mitsubishi Electric AFF 2022 menentang Myanmar di Yangon pada 21 Disember 2022, diikuti aksi menentang Laos di Bukit Jalil pada 24 Disember 2022, Vietnam di Hanoi pada 27 Disember 2022 dan menerima kunjungan Singapura di Bukit Jalil pada 3 Jan 2023.

Jadual Perlawanan Piala Mitsubishi Electric AFF 2022
sumber : FAM

Berikut Adalah Jadual Perlawanan Dan Keputusan Kejohanan Piala Mitsubishi Electric AFF 2022 Waktu Malaysia yang berlangsung 20 Disember 2022 Hingga 16 Januari 2023.  

Tonton Siaran langsung Piala Mitsubishi Electric AFF 2022 di Astro Arena 2, RTM TV2 dan Sukan RTM.

Selasa, 20 Disember 2022
Kumpulan A
FT : Kemboja (3) - (2) Filipina
Waktu siaran : 6:00PM

FT : Brunei (0) - (5) Thailand
Waktu siaran : 8:30PM

Rabu, 21 Disember 2022
Kumpulan B
FT : Myanmar (0) - (1) Malaysia
Waktu siaran : 6:00PM
Venue : Stadium Thuwunna, Yangon

FT : Laos (0) - (6) Vietnam
Waktu siaran : 8:30PM

Jumaat, 23 Disember 2022
Kumpulan A
FT : Filipina (5) - (1) Brunei
Waktu siaran : 6:00PM

FT : Indonesia (2) - (1) Kemboja
Waktu siaran : 5:30PM

Sabtu, 24 Disember 2022
Kumpulan B
FT : Singapura (3) - (2) Myanmar
Waktu siaran : 6:00PM

FT : Malaysia (5) - (0) Laos
Waktu siaran : 8:30PM
Venue : Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur

Isnin, 26 Disember 2022
Kumpulan A
Brunei (0) - (7) Indonesia
Waktu siaran : 4:00PM

Thailand (4) - (0) Filipina
Waktu siaran : 8:30PM

Selasa, 27 Disember 2022
Kumpulan B
FT : Laos (0) - (2) Singapura
Waktu siaran : 6:00PM
Siaran TV : Astro Arena 2 (CH802), RTM (TV2 & RTM Sukan (8:45PM))

FT : Vietnam (3) - (0) Malaysia
Waktu siaran : 8:30PM
Siaran TV : Astro Arena 2 (CH802), RTM (TV2 & RTM Sukan (8:45PM))
Venue : Stadium My Dinh, Hanoi

Khamis, 29 Disember 2022
Kumpulan A
FT : Kemboja (5) - (1) Brunei
Waktu siaran : 6:00PM
Siaran TV : Astro Arena 2 (CH802), RTM (TV2 & RTM Sukan (8:45PM))

Indonesia (1) - (1)Thailand
Waktu siaran : 5:30PM
Siaran TV : Astro Arena 2 (CH802), RTM (TV2 & RTM Sukan (8:45PM))

Jumaat, 30 Disember 2022
Kumpulan B
FT : Myanmar (2) - (2) Laos
Waktu siaran : 6:00PM
Siaran TV : Astro Arena 2 (CH802), RTM (TV2 & RTM Sukan (8:45PM))

FT : Singapura (0) - (0) Vietnam
Waktu siaran : 8:30PM
Siaran TV : Astro Arena 2 (CH802), RTM (TV2 & RTM Sukan (8:45PM))

Isnin, 2 Januari 2023
Kumpulan A
FT : Thailand (3) - (1) Kemboja
Waktu siaran : 8:30PM
Siaran TV : Astro Arena 2 (CH802), RTM (TV2 & RTM Sukan (8:45PM))

FT : Filipina (1) - (2) Indonesia
Waktu siaran : 8:30PM
Siaran TV : Astro Arena 2 (CH802), RTM (TV2 & RTM Sukan (8:45PM))

Selasa, 3 Januari 2023
Kumpulan B
FT : Vietnam (3) - (0)Myanmar
Waktu siaran : 8:30PM
Siaran TV : Astro Arena 2 (CH802), RTM (TV2 & RTM Sukan (8:45PM))

FT : Malaysia (4) - (1) Singapura
Waktu siaran : 8:30PM
Siaran TV : Astro Arena 2 (CH802), RTM (TV2 & RTM Sukan (8:45PM))
Venue : Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur

Jumaat, 6 Januari 2023
Separuh Akhir 1
FT : Indonesia (0) - (0) Vietnam
Masa : 8:30PM
Siaran TV : Astro Arena 2 (CH802), RTM (TV2 & RTM Sukan (8:45PM))
Venue : Stadium Gelora Bung Karno, Indonesia

Sabtu, 7 Januari 2023
FT : Malaysia (1) - (0) Thailand
Waktu siaran : 8:30PM
Siaran TV : Astro Arena 2 (CH802), RTM (TV2 & RTM Sukan (8:45PM))
Venue : Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur, Malaysia

Isnin, 9 Januari 2023
Separuh Akhir 2
FT : Vietnam (2) - (0) Indonesia
Waktu siaran : 8:30PM
Siaran TV : Astro Arena 2 (CH802), RTM (TV2 & RTM Sukan (8:45PM))
Venue : Stadium My Dinh, Hanoi Vietnam

Selasa, 10 Januari 2023
FT : Thailand (3) - (0) Malaysia
Waktu siaran : 8:30PM
Siaran TV : Astro Arena 2 (CH802), RTM (TV2 & RTM Sukan (8:45PM))
Venue : Stadium Thammasat, Thailand

Jumaat, 13 Januari 2023
Final 1
FT : Vietnam (2) - (2) Thailand
Waktu siaran : 8:30PM
Siaran TV : Astro Arena 2 (CH802), RTM (TV2 & RTM Sukan (8:45PM))
Venue : Stadium My Dinh, Hanoi Vietnam

Isnin, 16 Januari 2023
Final 2
FT : Thailand (1) -(0) Vietnam
Waktu siaran : 8:30PM
Siaran TV : Astro Arena 2 (CH802), RTM (TV2 & RTM Sukan (8:45PM))
Venue : Stadium Thammasat, Thailand

Jika dilihat jadual perlawanan Piala Mitsubishi Electric AFF 2022, Skuad Harimau Malaya berdepan jadual perlawanan yang agak ketat dengan tiga perlawanan pertama hanya berselang dua hari.

Perlawanan pertama skuad negara pada 21 Disember 2022 menentang Myanmar di Stadium Thuwunna, Yangon. Kemudian pasukan negara akan kembali semula ke Kuala Lumpur untuk berdepan Laos pada 24 Disember 2022 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Perlawanan ketiga pada 27 Disember 2022 skuad negara akan terbang ke Vietnam, skuad pilihan untuk beraksi di Stadium My Dinh, Hanoi.

Sebelum menentang singapura, Malaysia mempunyai selang hari lebih lama selama enam hari . Perlawanan Malaysia melawan Singapura pada 3 Januari 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Jadual perlawanan yang ketat kerana bukan hanya Malaysia, malah negara lain juga berdepan kekangan yang sama. Pengendali skuad negara dari Korea Selatan, Kim Pan Gon sudah tentu akan membuat perancangan rapi untuk membawa kejayaan sebelum berdepan tugasan lebih getir di Piala Asia tahun depan.

Tiket Perlawanan Piala Mitsubishi Electric AFF 2022

Untuk mereka yang ingin menyaksikan Perlawanan skuad negara Harimau Malaya di Stadium Nasional Bukit Jalil, bolehlah buat pembelian tiket perlawanan secara dalam talian menerusi www.tickethotline.com.my.

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah mengumumkan penurunan harga tiket bagi dua perlawanan peringkat kumpulan Piala Mitsubishi Electric AFF 2022 menentang Laos dan Singapura serendah RM30. 

Harga tiket

  • Terbuka - RM30
  • Premium - RM50
  • Grandstand - RM60 
  • Kanak-kanak (6-12 tahun) - RM5
harga tiket Perlawanan Piala Mitsubishi Electric AFF 2022
Harga terkini tiket perlawanan Piala AFF 2022

Skuad Pemain Harimau Malaya Di AFF Mitsubishi Cup 2022 

Berikut senarai pemain kebangsaan Harimau Malaya untuk kejohanan AFF Mitsubishi Cup 2022 skuad negara di bawah pimpinan jurulatih dari Korea Selatan, Kim Pan Gon.

Penjaga gol
Syihan Hazmi (Negeri Sembilan FC)
Kalamullah (PJ City FC)
Azri Ghani (KL City FC)
Rahadiazli (Terengganu FC)

Pertahanan
Dominic Tan (Sabah FC)
Dion Cools (FK Jablonec)
Khuzaimi Piee (Negeri Sembilan FC)
Azam Azmi (Terengganu FC)
Sharul Nazeem (Selangor FC)
Declan Lambert (KL City FC)
Quentin Cheng (Selangor FC)
Ruventhiran (PJ City FC)

Tengah
Shamie Iszuan (Sarawak United FC)
Brendan Gan (Selangor FC)
Hakim Hassan (Selangor FC)
Mukhairi Ajmal (Selangor FC)
Stuart Wilkin (Sabah FC)
Akram Mahinan (KL City FC)
Kogileswaran (PJ City FC)
David Rowley (Sri Pahang FC)
Aliff Haikal (Selangor FC)
Faiz Nasir (Terengganu FC)

Penyerang
Safawi Rasid (JDT)
Darren Lok (PJ City FC)
Faisal Halim (Terengganu FC)
Lee Tuck (Sri Pahang FC)
Haqimi Azim (KL City FC)
Sergio Aguero (Sri Pahang FC)
Ramadhan Saifullah (JDT)

8 comments:

  1. Semoga Malaysia boleh pergi jauh dan harapnya boleh jadi juara.

    ReplyDelete
  2. Semoga team Malaysia berjaya ke final dan muncul juara. Harapnya jugak para penyokong menunjukkan sikap yang baik sepanjang menonton perlawanan bola.

    ReplyDelete
  3. Selamat menonton kepada peminat bola sepak semua.

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.