Siaran Langsung Festival Filem Malaysia Ke-32 (FFM32) 2022 Dan Senarai Pemenang

Tonton siaran lansung Festival Filem Malaysia Ke-32 (FFM32) 2022 pada hari Jumaat, 2 Disember 2022 pukul 9:00 malam di saluran TV2 yang berlansung di Encore, Melaka. Juga boleh tonton Festival Filem Malaysia Ke-32 secara online menerusi RTM Klik atau aplikasi RTM Klik.

Festival Filem Malaysia Ke-32 menyaksikan persaingan filem ditayangkan antara 15 Julai 2021 hingga 30 September 2022 layak dipertandingkan dalam 22 kategori.

FESTIVAL FILEM MALAYSIA KE-32

Waktu siaran : Jumaat, 2 Disember 2022, pukul 9:00 malam
Siaran TV : TV2, RTM Klik
Pengacara : Awal Ashaari dan Che Puan Sarimah Ibrahim

siaran lansung festival filem malaysia 32 dan senarai pemenang
Siapakah pemenang FFM32

Tema Festival Filem Malaysia Ke-32

Festival Filem Malaysia Ke-32 bertemakan Filem Kita, Citra Kita seiring dengan penjenamaan dan kecemerlangan penerbitan filem tempatan yang bergerak secara progresif selari dengan pembangunan kualiti dan kandungan beridentitikan nilai tempatan serta berjaya mencipta impak di peringkat domestik dan antarabangsa.

Malam FFM32 ini menampilkan pengacara Awal Ashaari dan Che Puan Sarimah Ibrahim. Antara barisan artis yang akan membuat persembahan malam FFM32, Datuk Zainal Abidin, Siti Nordiana, Azlan & The Typewriters, Ernie Zakri, Marsha dan Hazama.

Penyampai trofi pula akan disampaikan oleh Maya Karin, Namron, Faizal Hussein, Zul Ariffin, Ummi Nazeera, Hairul Azreen, Adrian Teh, Ashraf Muslim dan ramai lagi.

Festival Filem Malaysia

Festival Filem Malaysia merupakan acara kemuncak penuh gemilang dalam industri perfileman Malaysia. Festival yang berprestij ini juga adalah inisiatif pihak Kerajaan dalam membangunkan platform  festival filem nasional sebagai pengiktirafan serta meraikan karyawan industri perfileman tanah air yang cemerlang.

Tujuan FFM juga bertujuan menjana jaringan dan kerjasama strategik di antara Kerajaan dan pihak industri dengan pelaksanaan program-program yang mengangkat profesionalisme para pemain. 

Seterusnya menjadikan FFM32 sebagai satu platform manifestasi kepada usaha pembudayaan sinema kepada masyarakat melalui karya-karya berkualiti bagi mewujudkan sistem sokongan kepada pemerkasaan industri.

Filem manakah yang akan dinobatkan sebagai yang TERBAIK?

Persembahan Artis FFM32

Siti Nordiana
Azlan & the Typewriters
Ernie Zakri
Zainal Abidin
Marsha
De Fam
Han Byul
Amir Masdi
Hazama
 

Penyampai Anugerah FFM32

YM Dato’ Sri Shah Rezza
Syafiq Yusof
Maya Karin
Ummi Nazeera
Liyana Jasmay
Azira Shafinaz
Hairul Azreen
Nadiya Nisaa
Fify Azmi
Tunku Mona Riza
Sharifah Aryana
Fabian Loo
Pauline Tan
Sangeeta Krishnasamy
Jasmine Suraya
Namron
Raja Mukhriz
Adrian Teh
Hanis Zalikha
Faizal Hussein
Zul Ariffin
Intan Ladyana
Nadhir Nasar
Farah Ahmad
Ashraf Muslim
Jason Chong

Kategori – Kategori & Anugerah FFM32

31 Kategori & Anugerah FFM32

1. Filem Terbaik : Split Gravy (ZSA Production & Nuansa)
2. Pengarah Terbaik : Ryon Lee (Small Town Heroes)
3. Pelakon Lelaki Terbaik : Dato’ Adi Putra (Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan)
4. Pelakon Wanita Terbaik : Tan Chui Mui (Barbarian Invasion)
5. Skor Muzik Asal Terbaik : Small Town Heroes (Tan Yeh Hue, Tan Shin Hwa, David Ngan Teck Wai)
6. Cerita Asal Terbaik : Small Town Heroes (Ryon Lee Eng Keong)
7. Lakon Layar Terbaik : Split Gravy (Jit Murad, Dato’ Zahim Albakri)
8. Penyunting Terbaik : Split Gravy (Isazaly Isa, A.Samad Hassan)
9. Sinematografi Terbaik : Small Town Heroes (Stephen Chua Jyn Shyan)
10. Penataan Bunyi Terbaik : Air Force The Movie : Selagi Bernyawa (Charlene Ong Chye Leng)
11. Anugerah Penggiat Belakang Tabir : Akma Suriati Awang
12. Anugerah Seniman Sepanjang Zaman : Mat Sentol
13. Anugerah Seniwati Sepanjang Zaman : Dato’ Hajah Sarimah Ahmad
14. Anugerah Khas Juri Filem Antarabangsa : Ranah 3 Warna (PT.MNC Pictures/ Indonesia)
15. Pengarah Harapan : Datuk Zahim Albakri (Split Gravy)
16. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik : Beto Kusyairi (Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan)
17. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik : Tan Chu Mui (Barbarian Invasion)
18. Pelakon Kanak-Kanak Terbaik : Phua Chandler (Small Town Heroes)
19. Pelakon Wanita Harapan : Layla Sania Khairuzikri (Small Town Heroes)
20. Pelakon Lelaki Harapan : Jaa Suzura. (Autumn In Wales)
21. Lagu Tema Terbaik : Juang (Wira Hatiku-Lim Yee Chung)
22. Rekaan Busana Terbaik : Split Gravy (Rosada Abdul Hamid)
23. Kesan Khas Visual Terbaik : Air Force The Movie : Selagi Bernyawa (Ma Chiau Ran, Tan Ye Xuan, Pau Tun Kai)
24. Penataan Seni Terbaik : Split Gravy (Raja Malek, Wong Taysy)
25. Poster Terbaik : Small Town Heroes (Tree Egg PLT)
26. Tatarias Terbaik : Rasuk (Malya Artwork)
27. Anugerah Khas Juri 1 : Juang (Asia Tropical Films Sdn. Bhd.)
28. Anugerah Khas Juri 2 : Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan (Studio Kembara Sdn. Bhd.)
29. Anugerah Khas Juri 3 : Air Force The Movie : Selagi Bernyawa (Multimedia Film Production Sdn. Bhd.)
30. Anugerah Filem Box Office : Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan (Studio Kembara Sdn. Bhd.)
31. Anugerah Filem Pendek Terbaik : Can You Love Me Most? (Feisk Sdn. Bhd.)

Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) memperuntukkan wang tunai sebanyak RM200,000 bagi keseluruhan pemenang Festival Filem Malaysia (FFM) Ke-32.

Pemenang setiap kategori bakal membawa pulang hadiah wang tunai antara RM5,000 hingga RM15,000, manakala pemenang bagi kategori Anugerah Seniman dan Seniwati Sepanjang Zaman dihadiahkan pakej umrah dan RM15,000.

sumber : bharian, budiey

4 comments:

  1. ramai jugak artis yang datang ke majlis ni. Nak tengok lah nanti

    ReplyDelete
  2. Encore tu dulu sebelum Covid-19 buat show berkaitan sejarah dan kebudayaan.. Ini pelabur China punya. Tempatnya memang grand. Kalau tak silap boleh muat 1,000 orang dalam satu masa. Show pun menarik gabungan tarian, drama, lighting dan maut air.. Sekarang dah kurang show atau belum start lagi sebab kebanyakan koreografer dari China.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pernah dapat offer untuk promote tempat ni dulu dengan persembahan kebudayaan semua tu sebelum COVID. Lepas covid ni sepi pula offer tu. Oh ye ke? Mungkin susah juga nak arrange semula sebab covid masih belum pupus. Kalau tidak memang meriahlah kan cerita dia.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.