Doa Memulakan Perjalanan Agar Selamat Pergi Dan Balik

Islam mengajar umatnya untuk sentiasa mengingati Allah dan bertawakal kepadaNya dalam setiap perkara yang dilakukan setiap hari. Setiap perbuatan yang kita lakukan dimulai dengan bismillah serta disusuli doa khusus dalam setiap perbuatan.

Jika ingin ke sesuatu tempat samada keluar bekerja, sebelum memulakan perjalanan jauh atau dekat, keluar sahaja dari rumah sebaiknya amalkan doa sebelum memulakan agar selamat pergi dan balik

Mohon kepada Allah agar dilindungi daripada sebarang bahaya atau perkara buruk yang tidak diingini berlaku semasa dalam perjalanan.

Sebaik sahaja keluar dari rumah, lafazkanlah zikir tanda bertawakal kepada Allah SWT dalam apa jua urusan yang akan dilakukan.

doa selamat sebelum memulakan perjalanan

Doa sebelum memulakan perjalanan jawi dan rumi serta maksudnya


بِسْمِ اللَّهِ تَوَكَّلْتُ عَلَى اللَّهِ لاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّهِ

Bacaan rumi : Bismillahi tawakkaltu alallahi la hawla wala quwwata illa billahil aliyil adzim

Maksudnya :
Dengan menyebut Nama Allah, aku berserah diri kepada Allah, tidak ada daya dan upaya selain dengan pertolongan Allah yang Maha Luhur dan Maha Agung.
English translation :
In the name of Allah, I trust in Allah; there is no might and no power but in Allah

 

Doa keluar rumah sebelum memulakan Perjalanan

Rasulullah SAW juga mengajar kita untuk berdoa agar terlindung daripada perkara yang tak diingini. Bacaan doa adalah seperti berikut :

اللَّهُمَّ إِنِّى أَعُوذُ بِكَ أَنْ أَضِلَّ أَوْ أُضَلَّ أَوْ أَزِلَّ أَوْ أُزَلَّ أَوْ أَظْلِمَ أَوْ أُظْلَمَ أَوْ أَجْهَلَ أَوْ يُجْهَلَ عَلَىَّ

Bacaan Rumi : Allahumma inni a-‘udzu bika an adhilla aw udholla, aw azilla aw uzalla, aw azhlima aw uzhlama, aw ajhala aw yujhala ‘alayya.

Maksud : 
Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu, janganlah sampai aku tersesat atau disesatkan (syaitan atau orang jahat), tergelincir atau digelincirkan orang lain, menganiaya atau dianiaya orang lain, dan berbuat bodoh atau dibodohi orang lain —Hadis Riwayat Abu Dawud dan At Tirmidzi

Membaca Ayat Kursi sebelum memulakan perjalanan

Umat Islam digalakkan untuk membaca ayat Kursi sebelum memulakan perjalanan. Amalan membaca ayat Kursi ini pernah dipesan oleh Rasulullah SAW kepada Saidina Ali agar tujuan perjalanan kita tertunai.

Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW bersabda,

يا علي: إذا خرجتَ منْ منزلك تريدُ حاجةً فاقْرَأ آية الكرسي، فَإن حاجتك تقضى إن شاء الله تعالى

Maksudnya : 
Wahai Ali, jika kamu keluar dari rumah untuk hajat yang sangat penting maka bacalah ayat al-Kursi nescaya hajat kamu akan tercapai dengan keizinan Allah SWT.

Doa menaiki kenderaan

Sebelum memulakan perjalanan sama ada memandu sendiri atau menaiki pengangkutan lain, amalkan doa menaiki kenderaan agar perjalanan selamat sampai ke destinasi.

سُبْحَانَ الَّذِى سَخَّرَ لَنَا هَذَا وَمَا كُنَّا لَهُ مُقْرِنِينَ، وَإِنَّا إِلَى رَبِّنَا لَمُنْقَلِبُونَ

Bacaan Rumi : Subhanal ladzi sakhora lana hadza wa ma kunna lahu muqrinina wa inna ila ila rabbana la munqalibun

Maksudnya : 
Segala puji bagi Allah, Maha suci tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami, sedang kami sebelum ini tidak terdaya menguasainya —Surah Al-Zukhruf : Ayat 13-14


Hadis ini dipetik daripada kitab al-Wasoya karangan Muhyiddin Abi Abdullah al-Hatami al-Ta’ie al-Andalusi (Ibnu Arabi).

Doa agar selamat semasa dalam perjalanan

Digalakkan juga untuk membaca doa menaiki kenderaan agar selamat semasa dalam perjalanan menuju ke destinasi dan dipermudahkan.

سُبْحَانَ الَّذِى سَخَّرَ لَنَا هَذَا وَمَا كُنَّا لَهُ مُقْرِنِينَ وَإِنَّا إِلَى رَبِّنَا لَمُنْقَلِبُونَ اللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ فِى سَفَرِنَا هَذَا الْبِرَّ وَالتَّقْوَى وَمِنَ الْعَمَلِ مَا تَرْضَى اللَّهُمَّ هَوِّنْ عَلَيْنَا سَفَرَنَا هَذَا وَاطْوِ عَنَّا بُعْدَهُ اللَّهُمَّ أَنْتَ الصَّاحِبُ فِى السَّفَرِ وَالْخَلِيفَةُ فِى الأَهْلِ اللَّهُمَّ إِنِّى أَعُوذُ بِكَ مِنْ وَعْثَاءِ السَّفَرِ وَكَآبَةِ الْمَنْظَرِ وَسُوءِ الْمُنْقَلَبِ فِى الْمَالِ وَالأَهْلِ

Bacaan Rumi : Subhanal ladzi sakhora lana hadza wa ma kunna lahu muqrinina wa inna ila ila rabbana la munqalibun. Allahumma inna nas aluka fi safarna hadzal birra wat taqwa wa minal ‘amali ma tardla. Allahumma hawwin ‘alaina safarana hadza wa’thu ‘anna bu’dahu. Allahumma antash shokhibu fis safari wal kholifatu fil ahli. Allahumma inni a’udzubika min wa’tsais safari wa kabatil mundhori wa suil munqolabi fil mali wal ahli.

Maksudnya :
Maha suci Allah yang telah menundukkan (kenderaan) ini untuk kami, padahal kami sebelumnya tidak mempunyai kemampuan untuk melakukannya, dan sesungguhnya hanya kepada Rabb kami, kami akan kembali.

Ya Allah, sesungguhnya kami memohon kepada-Mu kebaikan, taqwa dan amal yang Engkau redhai dalam perjalanan kami ini.

Ya Allah mudahkanlah perjalanan kami ini, dekatkanlah bagi kami jarak yang jauh. Ya Allah, Engkau adalah pendamping dalam perjalanan dan pengganti di tengah keluarga.

Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari kesukaran perjalanan, tempat kembali yang menyedihkan, dan pemandangan yang buruk pada harta dan keluarga. —HR. Muslim no. 1342, dari ‘Abdullah bin ‘Umar

Selain itu, amalkan berzikir semasa kita dalam perjalanan sebagai tanda kita mengingati Allah. Dengan berzikir bukan hanya mendapat ganjaran pahala malah ia juga melindungi kita daripada bisikan syaitan. Semoga dengan doa dan zikir yang diamalkan dapat memudahkan segala urusan untuk sampai ke destinasi yang dituju.

Musim cuti sekolah sudah tentu ramai yang akan pergi bercuti dan berjalan ke sana kesini. Tak kira perjalanan jauh atau dekat, jangan lupa amalkan doa memulakan perjalanan agar selamat pergi dan balik. Semoga Allah lindungi semua daripada perkara yang tak diingini berlaku.


Hadis berkaitan dengan doa keluar rumah

Narrated Anas ibn Malik :
The Prophet (ﷺ) said: When a man goes out of his house and says: “In the name of Allah, I trust in Allah; there is no might and no power but in Allah,” the following will be said to him at that time: “You are guided, defended and protected.” The devils will go far from him and another devil will say: How can you deal with a man who has been guided, defended and protected?

Grade: Sahih (Al-Albani)
Reference: Sunan Abi Dawud 5095
In-book reference: Book 43, Hadith 323
Sumber : Treasures Of Islam 
Sumber rujukan : doa menaiki kenderaan, doa untuk balik kampung

2 comments:

  1. tq akak atas prkongsian doa ni.. lama busyra tak blogwalking.. tq sbb akak still sudi masuk blog busyra..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama Busyra. Ada masa bolehlah blogwalking. Kadang tak sempat juga. hehe...

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.