Makan Malam Burger Ayam Special

Ada masanya pening nak fikir nak makan apa untuk makan malam. Bila tiba rasa macam tak nak makan nasi, kita beli burger je lah. Makan malam burger je! Why not? Makan sebiji burger pun dah boleh kenyang untuk seorang yang bernama Fiza ni. 

Tapi tapi tapi..sehari sekali wajib makan nasi. Kalau tidak menggigil rasa. Tekak orang melayu kena juga makan nasi dan kena ada rasa pedas. Itu wajib!

Biasanya kalau nak makan burger, kami beli burger Jan'z Burger Taman Megaway. Dah terbiasa beli di situ dan kena dengan selera kami berdua. Kadang encik suami beli Roti John. Roti John Jan'z burger cepat habis juga. Terpaksa lah beli burger juga.

burger ayam special Janz burger taman megaway

Saya suka beli burger ayam special tanpa cheese. Daging burger ayam disalut dengan telur, sos yang mencukupi, sayur salad yang agak banyak, roti pula dibakar. Sedap!

Balik rumah, baru saya tambah cheese sebab saya suka cheese cheddar slice berbanding cheese mozarella slice. Biasanya kalau gerai burger guna cheese mozarella warna kuning cair tu kan.

Tapi saya suka cheese cheddar warna kuning oren tu. Lagi sedap rasa dia. Apa-apapun burger Jan'z burger Taman Megaway ni memang sedap. Saya tengok ramai je pelanggan yang datang setiap kali membeli. Macam dah ada pelanggan tetap, antaranya kami lah.

Harga burger terkini 2022 dah boleh dapat sepinggan nasi. Jauh beza dengan harga dulu sejak harga barang-barang naik harga ni. Semua serba naik harga. Lagi-lagi yang berasaskan ayam.

Sesekali teringin burger gerai tepi jalan sos melimpah. Kadang selera ke arah burger yang agak kering macam burger McD. Burger happy meal McD tu pun kalau makan sebiji pun dah buat rasa kenyang. Janji perut terisi.

Tapi terpaling suka dengan burger crispy yang tiada tandingan. Dulu dekat boleh beli selalu. Sekarang dah pindah jauh dari rumah belum sempat membeli lagi.

4 comments:

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.