Instagram Kini Tanpa Warna


Semalam ada rakan blogger update status mengatakan yang interface instagram telah berubah kini tanpa warna. Colourless sampai speechless. Terasa hilang satu identiti asal instagram tu sendiri. Bila sesuatu berubah kepada yang baru, mesti ada yang suka dan ada yang tidak suka. Bagi fiza, lebih suka pada yang sebelumnya nampak lebih ceria.

Yang baru tanpa warna ni agak nampak sedikit dull tapi masih nampak cantik juga sebenarnya bagi mereka yang sukakan monochrome ni dan nampak putih bersih. Lebih jelas pandangan. Walau apapun perubahannya warna gambar masih lagi bewarna selagi mana korang upload gambar yang berwarna melainkan korang upload gambar monochrome.


Untuk setakat permulaan ni kena biasakan diri dengan interface baru instagram. Yang tak best bila link users dan komen sama warna hitam. Cuma yang membezakan tulisan tu adalah bold dengan normal.

Selain tu, icon instagram juga turut upgrade menjadi icon yang biasa tak macam icon yang sebelumnya lebih unik dan lebih cantik. Rasa macam rindu dengan instagram yang lama walau baru sehari je hilang sebab dah update instagram baru. Tak update nanti kata tak up to date pula.

Kalau ada survey tentang perubahan instagram yang baru gerenti ramai yang memilih interface yang lama. Kan? Tapi Fiza suka dengan notification bewarna pink tu. Berbunga hati akak dapat notification macam tu. Barulah sihatimerahjambu!



7 comments:

  1. ohh patut lah.. saya bukak IG di web saja. kenapa pelik icon macam lain. ingat salah link. rupanya IG dah upgrade baru..

    ReplyDelete
  2. Alamak tak prasan plak. Mungkin sbb tak update hahaha

    ReplyDelete
  3. skrg ni mmg aktif di IG compare dgn media sosial yg lain. eh ada perubahan ekk, xperasan pulak..

    ReplyDelete
  4. baru perasan tadi.ingatkan si Jasmeen main install bukan2 kat fon. ye la dia dok main fon ibu ngan babah dia :D

    ReplyDelete
  5. siyes x prasan dh bertukar interface, huh...

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.