Header Ads

Breaking News
recent

Sampul Duit Raya Gaya Hipster

Untuk makluman semua, tahun ni saya tak buat kad raya cuma buat e-card je dan jangan risau saya tak tag sesiapa. Cukup sekadar upload dan ditujukan untuk semua. Sebabnya tahun lepas, banyak kad yang saya hantar tak sampai ke tangan penerima. 

Rasa rugi di situ bila pihak pos Malaysia tak menjalankan tugas dengan baik. Mungkin di sebabkan terlalu banyak surat untuk di hantar.

Sudahnya tak tahu kemana kad tu. Yang sampai pun tak banyak. Saya hantar kad raya 2 batch (100pcs) Yang first batch kebanyakkannya tak dapat. Cuma ada beberapa yang tag bagitau dah sampai. Yang selebihnya ada bagitahu tak sampai. Kecewa sungguh!

Jadi, tahun ni saya ambil keputusan tak nak print dan buat e-card sahaja. Sampul duit raya pun saya DIY je senang dan lebih jimat. Tahun ni saya buat sampul duit raya gaya hispter. Cewahhh hipster sangatlah tu kan. Idea dari anak buah dan saya laksanakannya untuk tahun ni.

Dengan menggunakan recycle craft paper, saya print corak yang saya dah design. Potong dan lipat secara manual. Ada herot berot tu harap maklumlah faham faham lah ye. Paling best sebab tak perlu nak guna gam. Memudahkan kerja! Itulah sebabnya saya buat sendiri je.


Selain tanpa gam, boleh custom design dan boleh tulis ikut suka. Untuk recycle craft paper ni hanya sesuai print warna hitam je. Baru lah nampak macam lukisan atau gaya hipsternya. Unik dan lain dari yang lain. Tak nampak murah dan nampak exclusive pun ada.


Sampul duit raya untuk anak anak buah, mak abah, mak abah mertua dan uwan² dah siap awal. Cuma tinggal masukkan duit raya je. 

Duit raya pun nak kena siapkan awal ni. Sehari letak satu duit raya. Senang tak perlu nak tukar kat bank nanti. Pun idea yang bagus juga kan.


Kalau saya buka tempahan ada yang nak tempah tak? Boleh tempah minimum 10pcs. Maximum 50pcs je sebab tak larat nak gunting banyak. 

Tentang harga tu kena fahamlah kalau cas mahal sikit sebab nak bayar tenaga sendiri untuk design, print, gunting, lipat dan pos. Nak murah, buat sendiri dan baru tahu kenapa custom made itu mahal. Opsss..jangan sentap!


InshaAllah kalau ramai yang nak tempah saya akan buka masa untuk tempahan dan tarikh tutup. Sebab nak kumpul semua order, print sekali dan pos sekali. Lebih mudah sistem macam tu. Sekali hadap kerja kan. Kalau berminat boleh tinggalkan email untuk saya hantar quotation nanti ye.

5 comments:

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.