Design Logo & Sticker Mieyna Kitchen

Saturday, May 14, 2016


Ramai orang dah mula berniaga untuk tambah pendapatan. Dah macam-macam perniagaan ada sekarang ni. Bila dah mula berniaga, mestilah kena ada logo bisnes yang dijalankan sebagai trademark untuk lebih dikenali walaupun hanya sekadar huruf. Tanpa logo atau trademark, macam kurang menarik dan mungkin menyukarkan pengguna untuk berurusan dengan peniaga kelak.

Fiza bukan seorang yang arif sangat tentang kriteria sesebuah logo. Kalau ada yang lebih arif, mohon betulkan apa yang salah. Nak buat logo ni tak mudah walau simple sekalipun. Hatta satu huruf. Nak tampilkan satu huruf pun perlu memilih huruf yang sesuai dan kena jadi lebih kreatif.

Tapi pada Fiza, asal logo tu menarik dah boleh jadi logo dah. Boleh gitu? Design terbaru artwork Fiza adalah design logo & sticker untuk Mieyna Kitchen. Bisnes terbaru ex schoolmate Fiza. Wahhh baru perasan ramai ex schoolmate dah mula buat bisnes ni. Tahniah! Semoga bisnes terus maju.

Dari 4 draft, dia memilih design yang ni. Sebab katanya nak ala ala hipster. Fiza pula tak berapa nak celik bab hipster ni. So gunakan font yang ala hipster selepas menggunakan perkhidmatan google. Akhirnya jumpalah tulisan yang sesuai. Kemudian letak topi koki tu barulah nampak macam kitchen kan.


Sebenarnya design ni untuk sticker dan untuk logo cuma buang instagram dan no phone tu je. Kiranya cuma ada Mieyna Kitchen dan topi koki  sahaja untuk design logo. Okay siap! Tunggu proses print sticker pula nanti.

2 comments

  1. Cantik Fiza
    Nampak simple tapi nak hasilkan satu2 logo tu ambil masa yang lama utk cari idea :)

    ReplyDelete
  2. yup betul tu.. kad bisnes ni penting juga semasa delivery brg dkt customer selit sekali kad bisnes dkt brg tu.. huhu..

    jalan2 sini... :D

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.