Header Ads

1 Mei : Selamat Hari Pekerja & Hai Mei!


1 Mei, selamat hari pekerja! dan selamat bercuti semua. Hari ahad dah memang sah sah cuti kan. So cuti digantikan hari esok bagi negeri² yang tertentu. Negeri johor, kedah dan kelantan kira sambut cuti hari ni.

sumber gambar : google, please let me know if you are the owner.


Bila cuti panjang hujung minggu ni memang ramai bercuti balik kampung ataupun banyak kenduri sana sini. Rasanya sejak jumaat lepas dah mula jammed sana sini. Semalam Fiza ke Batu Pahat dan Muar pergi kenduri kahwin pun jalan jammed. Bertabahlah kan. Nasib baik juga cuaca tak berapa nak panas sekarang ni. Kalau tak, lagi lah panas hati hadap jammed kan. Sabar sabar...

Hari cuti ni rasa malas nak keluar rumah sebab kat mana mana mesti bersesak dengan orang ramai. Tapi rasa macam nak keluar juga. Dengar dengar Padini ada buat sales sampai esok 2 Mei. Haruslah rebut peluang beli apa yang patut. hehe...

Hai Mei! Bulan Mei dah datang. Kejap masa berlalu. Bulan Jun dah masuk bulan Ramadhan yang di nanti. Semoga dapat bertemu Ramadhan tahun ni. 


Banyak cuti juga bulan Mei ni kan. Selamat bercuti semua!

3 comments:

  1. aduhai, 1 puasa da dekat ni fiza.
    rasa gembira ada.
    sedih pun ada :( terasa semakin cepat masa berjalan.

    ReplyDelete
  2. yeay...memang best 1 mei sebab kena pada hari ahad...jadi isnin sambung cuti

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.