Pertama Kali Berurusan Dengan Courier Ninja Van

Thursday, May 19, 2016

Beberapa hari ada beli barang di zalora.com.my. Bila dah confirm order, pihak zalora akan email status order dan Email seterusnya akan diberikan tacking number bermakna parcel dalam proses untuk penghantaran kepada pelanggan.

Masa dapat email tu, terperasan yang tracking number yang diberikan tak macam yang biasa pernah dapat menggunakan pos laju, atau Gdex. Kali ni pihak Zalora menggunakan perkhidmatan courier Ninja Van yang mana pertama kali Fiza dengar nama courier Ninja Van ni.

Bila pihak Zalora dah bagi tracking number tu, menjadi kebiasaan Fiza terus track kat website www.ninjavan.co/en-my. Ada pulak icon ninja yang comel tu dalam website. Macam biasa masukkan tracking number dan check. Dia akan bagitau estimate date bila parcel akan sampai.
Sehari je dah sampai parcel. Waktu delivery pun selepas office hour. Punyalah Fiza tunggu dari tengahari. Rupanya dorang sampai pukul 6:21 petang. Biasanya kalau pos laju, tengahari atau petang sebelum pukul 5.

Keluar je nak ambil parcel, terus staff courier hulurkan parcel. Fiza macam pelik dan tanya dia "Eh, tak payah sign ke?" Ada katanya. Dia mintak no ic dan taip menggunakan handphone dan hulur handphone untuk Fiza sign kat handphone je. Wahh dah maju courier sekarang  ni. Main sign gitu je tak perlu kertas dah. Zaman sekarang kan sistem jadi lebih mudah dan cepat.

Lepas dapat parcel, masuk je rumah terus check tracking lagi sekali. Nampak dah status update delivery tu. Senang kan macam tu. Dapat jugak view signature yang ntah apa apa tu. Janji sign.


Pada Fiza okay je courier Ninja Van ni macam courier biasa cuma waktu penghantaran tu lebih dari office hour. Fiza fikir lepas pukul 5 takde delivery dah, delivery esoknya. Rupanya silap. Sistem dorang pun cepat dan mudah. Alhamdulillah parcel selamat sampai dalam masa sehari je. Zalora memang tak pernah mengecewakan. Dapatlah shopping baju Tshirt untuk husband. Terima kasih zalora dan Ninja Van!

4 comments

  1. Wah.. Saya pun pertama kali dengar...

    ReplyDelete
  2. yui pun bru tau psl kurier ni..heee
    tp gdex pun guna yg cara sign kat hp tu..

    ReplyDelete
  3. aida dpt few parcel sebab shopping dgn zalora.
    tapi takde satu pun dari ninja :)
    hi hi hi cute aje image dia kat website tu.

    ReplyDelete
  4. Untung sis sampai cepat.. sy sampai seminggu lebih ni..xsampai sampai .. td call org yg nak hantar baranag sy.. dia janji nk hantar rini sbb kemarin dia cari rumah x jumpa..tadi call.. mudah saja.. dia bagitau dia demam suruh call pejabat. sy dah ada temujanji dgn docter hari ni sy cancel sbb dia nk hantar barang.. last2 habuk pon xdak..

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.