Guru Pembina Negara Bangsa. Terima Kasih Cikgu!

Monday, May 16, 2016

16 Mei 2016. Selamat Hari Guru untuk semua yang bergelar guru, cikgu, pensyarah dan tak ketinggalan ibu bapa kita yang juga guru setiap masa kita dari kecil sampailah besar. Tahun ini Hari Guru  dengan tema "Guru Pembina Negara Bangsa".

Teringat pula zaman sekolah dulu. Bila sampai hari guru dan sambutan hari guru , masing masing dah siapkan hadiah dan juga acara sukaneka untuk guru-guru. Masa ni lah seronok tengok guru-guru gembira tanpa memikirkan soal kerja mengajar.

Tak kisah kita suka atau tak, baik atau garang dan sebagainya. Cikgu tetap namanya seorang cikgu sampai bila-bila. Tanpa guru tak mungkin kita akan mempunyai banyak ilmu dan berjaya sehingga kini. Jasamu ku kenang. Selamat hari guru buat semua guru-guru terutamanya guru-guru di
Tabika Kemas Kg Spang Loi, Batu Anam, Segamat Johor
Sek. Keb Spang Loi, Batu Anam, Segamat Johor
Sek. Men. Keb Batu Anam, Segamat Johor
Sek. Men. Keb Jasin, Melaka
Sek. Men Teknik Segamat
UiTM Kuala Pilah
UiTM Pulau Pinang
UiTM Shah Alam
Dan juga untuk kawan kawan yang bergelar guru. Semoga terus bersemangat dan berusaha mendidik anak bangsa menjadi orang yang berguna dan berjaya kelak.

3 comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.