Tak Pedas Tak Sah!

Saturday, May 14, 2016



Orang Johor bila bergabung dengan orang negeri sembilan, masakan mesti kena pedas meletop. Tak pedas tak sah! Kalau makan tanpa rasa pedas rasa macam kurang selera nak makan. Betul tak orang johor dan negeri sembilan? Kalau betul, high five sikit..pap!

Tekak teringin nak makan bubur tapi dalam keadaan malas macam malas nak masak bubur ayam bagai. So just decide masak bubur kosong dengan ikan bilis goreng dan juga bawang goreng. Err..terlalu plain sangat menu tu. Tambah pedas pedas sikit pun okay gak kan. Terus potong cili api dan goreng. Haaa..barulah berselera nak makan bubur macam ni. Barulah cukup rasanya!


Dan juga nampak cantik sikit ada warna merah merah tu kan. Walaupun menu simple tapi sedap. Makan pun bertambah. Makan bubur ni cepat kenyang dan juga cepat lapar. Nak masak bubur ni senang je cuma Fiza paling tak suka nak tunggu bubur ni masak. Selain mengambil masa yang lama, perlu rajin kacau kacau supaya nasi tu hancur jadi bubur tak tidak berkerak kat bawah tu.

Nak bagi tips sikit untuk masak bubur dengan cepat. Tips ni Fiza pernah baca kat facebook dan Fiza pratikkan nak tahu cepat ke tidak. Lepas basuh beras tu, boleh terus blend. Kemudian masak bubur macam biasa campur air. Bila beras dah blend awal awal, dia akan ambil masa yang singkat untuk masak bubur tu. Dan hasil masakan bubur tu jadi lebih hancur. Lebih senang kan.



Ada juga cara lain untuk masak bubur dengan mudah. Masak nasi macam biasa kemudian tambah air dan blend. Macam macam cara ada, boleh ikut mana yang sesuai. Tapi yang sedapnya cara yang biasa masak tu lah kan.

3 comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.