Header Ads

Design Kad Birthday Celebrations


Zaman sekarang kalau ada sebarang majlis, tak lengkap tanpa kad jemputan. Tak kisahlah samada e-card atau kad jemputan yang dipos. Mesti ada untuk menjemput saudara dan rakan rakan. Sebenarnya lebih mudah ada kad jemputan ni. Semua maklumat dah lengkap, hanya perlu hantar je. Kalau hantar text pun boleh juga tapi kad jemputan lebih menarik dan boleh letak gambar sendiri juga barulah orang kenal.

Salah seorang customer Fiza merangkap ex-schoolmate ni rajin order design e-card dengan Fiza. Sebelum ni pernah buat signboard kedai, kad jemputan majlis aqiqah, logo company, banner iklan, kad jemputan majlis pembukaan kedai dan terbaru ni e-card jemputan majlis harijadi @ birthday celebrations. Tema kad jemputannya Didi & Friends.


Fiza tambahkan elemen birthday party bagi nampak kad jemputan lebih ceria. First draft terus approved. Senang berurusan dan kerja pun cepat siap. Terima kasih sahabat! Majlisnya hari ni. Semoga semuanya berjalan dengan lancar.

2 comments:

  1. ank sdara sy suka sgt laa tgk citer Didi tu.. awal2 pagi dh melompat2 depan tv ^^

    ReplyDelete
  2. ala..comelnya didi and friends tu

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.