Ayam Goreng Berlado

Wednesday, May 11, 2016

Dah duduk negeri sembilan ni kenalah panggil ayam goreng berlado. Barulah oghang nogori. Ayam goreng berlada salah satu menu kegemaran yang rajin Fiza masak. Stok serai dari kampung pun banyak. Memang rajinlah nak masak ayam goreng berlada ni. Selain tu, masak ayam sambal bali pun rajin juga.

Nak masak ayam goreng berlada pun tak susah mana. Cuma yang makan masa tu bab nak menggoreng ayam dulu. Pada Fiza, kalau nak sedap goreng ayam dulu. Tapi ada juga yang masak tanpa goreng ayam dulu. Ikut citarasa masing masing.

Lagi satu, Fiza lebih suka kalau bahan tumis ditumbuk daripada di blender sebabnya bahan tumis tumbuk lagi sedap. Untuk portion yang sikit boleh lah nak tumbuk-tumbuk ni. Tapi kalau macam nak buat kenduri lebih baik blender je. Jenuh pula nak tumbuk bahan tumis untuk kenduri dalam portion yang banyak.

Bahan bahan : Ayam, cili api, 1 biji bawang merah, 2 ulas bawang putih, 1 inci kunyit hidup, 2 batang serai, garam  secukup rasa, serbuk kunyit, 1 keping asam keping, minyak masak, air 

Untuk masak berlada yang sedap, gunakan cili kampung. Memang betul betul pedas dan sedap. Untuk bahan tumbuk : Cili api kampung (ikut suka nak letak banyak mana ikut tahap kepedasan yang korang nak), bawang putih 2 ulas, bawang sederhana besar 1 biji @ atau bawang merah kecil 2-3 biji, 2 batang serai.

Dimulakan tumbuk cili api lumat², lepas tu kunyit hidup, bawang putih dan disusuli dengan bawang merah. Bawang merah dan bawang putih tak perlu lumat sangat. Akhir sekali baru tumbuk-tumbuk manja serai.


Sementara menumbuk bahan tumis tadi boleh gorengkan ayam dulu. Ayam yang telah dipotong, dibasuh dan kemudian gaulkan bersama garam dan sedikit serbuk kunyit. Ada orang suka goreng separa masak tapi Fiza suka separa masak lebih sikit. Ada garing garing sikit.

Bahan tumis dah siap tumbuk dan ayam pun dah siap masak. Bolehlah memasak dengan senang hati. Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bahan tumis tadi sampai naik bau dan sedikit garing. Masukkan sekeping asam keping dan garam sikit. Kemudian masukkan ayam dan gaul rata. Untuk kuah tu Fiza masukkan sikit je air sebab nanti ayam tak garing pula. Okay siap! 



Selamat mencuba dan menjamu selera. 

2 comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.