Dekorasi Dinding Menggunakan Kertas Pelekat

Tuesday, May 17, 2016

Kagum dengan manusia-manusia yang suka dan kreatif bab deko-deko rumah ni. Dan Fiza tergolong dalam salah seorang manusia yang suka mendeko rumah tapi kurang kreatif. Dengan bantuan Sifu Google, dapatlah ilham sikit-sikit macamana nak mendeko rumah asalkan sedap mata memandang, selesa, kemas dan bersih cukuplah menjadikan Rumahku Syurgaku.

Orang kata nak mendeko ni tak semestinya perlu gunakan barang yang mahal. Kalau kreatif, barangan terpakai pun boleh jadikan barangan deko dalam rumah ataupun gunakan bahan yang murah. Contohnya kalau bosan dengan warna cat dinding rumah, apakata cuba cara dekorasi dinding menggunakan kertas pelekat, colourful tape atau yang sewaktu dengannya.

Dengan menggunakan kekreatifan, korang boleh hasilkan corak yang menarik di dinding tanpa perlu mengeluarkan belanja yang banyak dengan membeli cat. Kalau terlebih rajin boleh buat garisan dan menjadikannya sebagai corak geometri.

Ataupun boleh hasilkan corak abstract yang simple macam ni pun menarik juga.

Untuk nampak lebih tersusun dan menjadi bentuk yang cantik dan juga warna warni boleh buat stail macam ni di hujung kepala katil. Nampak ceria.

Stail ni Fiza suka. Corak yang simple dan gunakan garisan warna emas di atas permukaan warna hitam menyerlahkan lagi warna emas tu. Nampak exsclusive dan mahal kat corak tu kan.


Untuk buat stail corak macam dalam gambar bawah ni agak rumit dan mengambil masa yang lama. Nampaknya perlu kesabaran yang tinggi untuk menyiapkan satu corak ni. Paling cantik di buat di bahagian bucu dinding untuk nampak kesan dan pandangan yang lebih cantik seperti 3D.


Jika korang rajin, boleh cuba stail macam ni. Tanpa bunga pun dah nampak menarik sebenarnya ni.

Jika dinding rumah warna putih, untuk corak garisan korang perlu gunakan warna hitam sebab nampak macam lukisan.



Yang ni simple dan mudah nak buat. Tampal tampal je dah siap. Tapi haruslah kreatif dalam bab susunan tu ye. Kebiasaanya susun secara random lebih nampak menarik.



Macamana? Dah ada idea nak deko-deko dinding rumah? Tak lama lagi nak raya kan. So bolehlah buat persiapan sikit-sikit guna pakai idea ni. Dah jimat dah tak perlu nak cat baru untuk hasilkan mood yang baru.

Sumber gambar : FB Cempedak Cheese

9 comments

  1. Shaz baru usha2 hari tu.. nak buat kat living room , tapi anak pulak nak bdukung manjang..huhuhu

    ReplyDelete
  2. Kreatifnyaaaa...inilah yg org kata nak seribu daya :)

    ReplyDelete
  3. Menarik la...
    bgs² ada gak idea nak buat deko nanti..

    ReplyDelete
  4. haah ek..kenapa la tak terfikir pasal ni..nampak sangat la kita ni tak kreatif

    ReplyDelete
  5. Cantik ! Nani ni pun alahai bab bab deko kelaut dalam. Hahaha !

    ReplyDelete
  6. nice dear A'a. selain menjimatkan bajet, ruangan pun boleh kita deco mengikut citasa sendiri kan :)

    ReplyDelete
  7. Menarik gile..Boleh pakai pelekat ja..Nampak macam mahal

    ReplyDelete
  8. dekorasi yang bagus, sangat menginspirasi..

    btw, template blognya berat sangat :D

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.