Header Ads Widget

New Stories!

6/recent/ticker-posts

Ubat Ketumbit

Beberapa hari lepas bangun tidur mata rasa pedih-pedih dan gatal. Kalau dah gatal, memang menggaru je la. Terus lah mengadu kat husband, "Entah-entah kena ketumbit kot"katanya. Takkanlah kot Fiza jawab. Sebelum tu memang tak tengok cermin pun. Lepas tanya husband baru tengok kat cermin sebab nak pastikan betul ke tidak kena ketumbit.

Tengok je kat cermin. Alamak!!!! Betullah kena ketumbit. Alahaiii..ni yang tak best ni. Orang dulu-dulu kata kalau kene ketumbit ni sebab mengendap orang! Eh..siapa pula yang Fiza nak mengendap ni. Nak mengendap pun tak ingin.. Itu orang dulu-dulu punya ceritalah. Padahal kena sebab lain.

Tak tahulah kenapa boleh kena ketumbit ni. Kemudian, carilah petua macamana nak hilangkan ketumbit ni. Dengan menggunakan perkhidmatan pakcik Google, jumpalah beberapa petua. Tapi dalam kebanyakkannya gunakan bawang putih. Fiza ni kalau dengan bawang putih tak berapa suka sangat. Lagi lagi bau dia. Kalau masak letak sikit je pun.

Jadi, lupakan segala petua tu. Mintak husband belikan eyeglo je senang. Takpun beli antibiotik kat farmasi. Balik tu, husband belikan antibiotik kat farmasi je. Harga RM6.00. Cecair dia jenis macam liquid yang separa likat. Bila letak tu rasa macam letak eyemore tapi rasa melekat-lekat sikit. Pejam mata sekejap sampai cecair tu menyerap. Tapi paling tak best bila cecair antibiotik tu menyerap sampai melalui tekak. Rasa pahit lain macam! Minum air banyak kali pun susah nak hilang rasa tu. Nak tak nak tahan je la sebab nak elok cepat kan.


Malam sebelum tidur tu Fiza titiskan ubat antibiotik tu dan esoknya bengkak mata ketumbit tu dah susut tak jadi membengkak dengan jayanya. Sakit dan gatal pun berkurang. Alhamdulillah.

So kalau terkena ketumbit tu, guna antibiotik mata je dah okay dah. Itulah ubat ketumbit yang terbaik. Sekurang kurangnya dapat melegakan dan menghilangkan ketumbit dalam masa yang singkat. Kalau ikutkan mesti berhari hari baru elok tu.

Ataupun gunakan ubat mata "Chloramphenicol" pun berkesan juga. Dah beli ubat baru teringat husband pernah kena sakit mata haritu ada dapat ubat antibiotik untuk mata. Kalau tak, guna yang tu pun boleh. packaging jenis tiub dan bahan seperti gel.

Kalau susah nak ingat ubat apa, tanya je kat farmasi staff tu lagi senang sebab dia suggest ubat apa yang sesuai.

Post a Comment

7 Comments

  1. Adra asyik kena ketumbit je fiza. Dah pakai ubat macam gel pon tak berkesan. Ni aritu dah pecah satu. Eh naik balik tmpat lain lak

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak berkesan kat budak kecik ke agaknya ye..susah juga kalau tak berkesan. kena jumpa doktor lah dapatkan ubat lain

      Delete
    2. ha ah fiza. kene bawa jumpa doc lain. Semedang kena ketumbit

      Delete
  2. Saya tak pernah guna ubat titis kalau sakit mata... Sejak tahu bahawa celak serbuk boleh legakan ketumbit dan sakit mata... Kalau dulu sakit mata letak eye more.. Tapi sejak ada celak tu.. Tak letak dh ubat lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ohh..baru tahu kak..terima kasih share..boleh guna pakai nanti.

      Delete
  3. Ohh baru tahu ada antibiotik untuk ketumbit ni

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.