Design Banner Iklan Leaderboard Power Gold

Wednesday, May 11, 2016

Banner iklan leaderboard salah satu cara yang terbaik untuk mempromosikan sesuatu produk di dalam sesebuah blog atau website. Biasanya pihak pengiklanan akan menyewa tapak iklan di blog blog tertentu untuk promosi jualan produk mereka dan secara tak lansung dapat menambahkan jualan produk.

Size iklan leaderboard 728x90 yang biasanya di letakkan di atas header atau di bawah header blog. Memandangkan iklan leaderboard terletak di kedudukan tersebut, jadinya iklan perlulah nampak menarik untuk menarik minat pembaca yang datang singgah ke blog ataupun website.

Fiza takdelah arif sangat dalam bab design ni tapi kalau nak nampak cantik tu okaylah. Sedap mata memandang dan menarik. Design banner iklan leaderboard Power Gold antara tempahan yang baru siap. Cuma tuan punya belum rasmikan lagi letak kat blog.
Apa yang mencabarnya untuk buat design yang ada gold ni perlukan background yang sesuai untuk nampak gold lebih menyerlah. Dah tentu pilih warna hitam sebab gabungan warna hitam dan gold memang kombinasi warna yang sepadan. 

Selain tu, Fiza gunakan warna kuning dan juga putih untuk maklumat penting supaya nampak lebih jelas sebab background dah warna gelap. Kalau letak tulisan gelap, tak nampak sangat nanti apa yang nak disampaikan. Betul tak? Banner ni ada simple animation macam blink blink tu. Itu je flash yang mampu Fiza buat. Belum belajar bab flash animation ni.

Terima kasih kak Aida tempah design, nak tahu tentang Celik Emas Power Gold ni, jangan lupa singgah 

2 comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.