Misi Mengait Buah Avocado Berjaya
Usai makan di Richiamo Coffee, kami terus ke kampung Encik Suami. Misi mengait buah avocado untuk anak buah saya.
Masa melawat mak pun dah bagitahu mak nak balik kampung ambil buah avocado. Mak kata haritu masa raya adik ipar saya ada ambil juga. Tapi ada lagi atas pokok tu.
Eloklah tu kalau ada yang ambil sebab buahnya banyak kot. Rugi kalau tak ambil. Kita bahagi-bahagi berkongsi rezeki.
Banyak lagi atas pokoknya pun. Tapi yang agak susah nak dicapai lah.
Lupa pula nak ambil gambar pengait tu. Agak mencabar juga nak mengait buah avocado yang meninggi pokoknya. Ada sekali tu botolnya jatuh pula. Dah lah curam ke bawah. Mujur dapat ambil guna batang besi.

Ada duduk dekat-dekat ni senang nak mengait. Mata pun bak teropong mencari buah avocado yang besar-besar untuk dikait. Yang kecil kami biarkan.

Beginilah rupa pokoknya. Halus batangnya. Kami dari atas belakang rumah. Pokok ni curam ke bawah. Kalau tak hati-hati boleh jatuh ke bawah ni.



Ada duduk dekat-dekat ni senang nak mengait. Mata pun bak teropong mencari buah avocado yang besar-besar untuk dikait. Yang kecil kami biarkan.

Beginilah rupa pokoknya. Halus batangnya. Kami dari atas belakang rumah. Pokok ni curam ke bawah. Kalau tak hati-hati boleh jatuh ke bawah ni.
Rasanya pokok ni pun tak boleh dipanjat. Kalau dipanjat pun kena guna pengait juga nak ambil buah sebab batang dan dahan dia kecil je.

Ini je hasil yang dapat kami ambil. Tak larat dah nak mengait lagi. Pengait pun tak sampai dah yang jauh-jauh tu. Saya ambil 2 biji untuk peram buat rasa-rasa.

Buah masih keras lagi. Ada yang komen sebelum ni kalau dah masak dia lembik. Jadi, kita tunggu lah dia masak.
banyaknyaaaaaa......pokok kak mieja masih kecik comei.....brp tahun nak buah tu fiza?
ReplyDeleteBoleh tahan juga banyaknya. InshaAllah dah besar nanti banyak hasilnya juga. Saya tak tahulah, Pokok ni dah lama zaman atok nenek encik suami saya dulu rasanya. Berapa lama saya tak pasti. Maaf ye.
DeleteJarang tengok avocado kurus panjang camni. Selalu bentuk dia bulat2
ReplyDeleteSuka avocado sbb rasa berlemakss! Kalau beli kat pasaraya maunya sebiji rm5-7
Jenis avocado lain. Tak tahu jenis apa dan nama dia. Betul, kalau di shopping mall/ market tu mesti mahal sebiji.
DeletePernah rasa buah ni.. Tapi tak kena dengan tekak saya.. Hehe
ReplyDeleteYa, ada orang tak berapa gemar buah ni.
Deletebuat favorite kesukaanku sewaktu kecil, avocado + susu cokelat enaknya tak tertandingi!
ReplyDeleteOoo sedap ye jus alpukat campur dengan susu coklat? Saya belum pernah cuba. Biasa jus campur dengan fresh milk sahaja. Boleh cuba nanti. Terima kasih berkongsi resipinya.
Deletepertama kali pokok avocado...best nih, blend + coklat...enakkk...buat spread utk roti pun ok..
ReplyDeleteBlend dengan coklat tu belum pernah lagi. Dengan fresh milk je pernah cuba. Spread roti pun tak pernah cuba. hihi…
DeleteLebat ye buahnya.. kalau jual berapalah tu agaknya.. sy sekali je pernah rasa.. ok dah.. hehehe
ReplyDeleteA’ah kali ni lebat lain mavam. Biasanya kalau import tu dalam RM5 macam tu. Itu harga yang saya tengok di Mydin lah. Jenis macam ni macam tak pernah tengok orang jual lagi. Saya pun ingat- ingat lupa rasa dia. huhu…
DeleteSubur sekali pohonnya Mbak, sangat banyak buah avocadonya.
ReplyDeleteBesar-besar juga buahnya. Ah lezatnya buah avocado ini, saya sangat suka.
Salam,
Ya, walaupun daunnya kurang tapi buahnya lebat kali ni. Biasanya tak berapa banyak. Saiznya memang besar daripada biasa. Orang sana sangat suka buah alpukat ni kan.
DeleteYa Allah, linda tak tahu pula pokok avokado nie boleh tanam kat Malaysia... Selama nie igt kena dekat tempat yang sejuk2 je
ReplyDeleteMacam kulit timun dah coraknya tu. Ingatkan avocado ni pokoknya kat luar negara je. Hahaha.
ReplyDeleteMungkin di kampun saya namanya buah apokad
ReplyDeleteBuah kesukaan saya banget, buah penuh gizi dan vitamin
Dibikin jus, wow nikmat
Rare ni. Untung dapat kait sendiri. Kawasan kampung saya, takde lagi jumpa pokok avocado ni.
ReplyDelete