Header Ads

Misi Mengait Buah Avocado Berjaya

Usai makan di Richiamo Coffee, kami terus ke kampung Encik Suami. Misi mengait buah avocado untuk anak buah saya. 

Masa melawat mak pun dah bagitahu mak nak balik kampung ambil buah avocado. Mak kata haritu masa raya adik ipar saya ada ambil juga. Tapi ada lagi atas pokok tu.

Eloklah tu kalau ada yang ambil sebab buahnya banyak kot. Rugi kalau tak ambil. Kita bahagi-bahagi berkongsi rezeki.

Banyak lagi atas pokoknya pun. Tapi yang agak susah nak dicapai lah. 

Buah Avocado

Encik suami bawa adjustable batang besi dari rumah dan bawa botol air plastik yang besar tu buat tempat pengaitnya. Buat lubang tepi botol. Nak kait, pastikan buah tu masuk dalam botol melalui lubang yang dibuat, kemudian rentap. 

Lupa pula nak ambil gambar pengait tu. Agak mencabar juga nak mengait buah avocado yang meninggi pokoknya. Ada sekali tu botolnya jatuh pula. Dah lah curam ke bawah. Mujur dapat ambil guna batang besi.

Buah Avocado

Ada duduk dekat-dekat ni senang nak mengait. Mata pun bak teropong mencari buah avocado yang besar-besar untuk dikait. Yang kecil kami biarkan.

Misi Mengait Buah Avocado

Beginilah rupa pokoknya. Halus batangnya. Kami dari atas belakang rumah. Pokok ni curam ke bawah. Kalau tak hati-hati boleh jatuh ke bawah ni.

Rasanya pokok ni pun tak boleh dipanjat. Kalau dipanjat pun kena guna pengait juga nak ambil buah sebab batang dan dahan dia kecil je.

Buah Avocado

Ini je hasil yang dapat kami ambil. Tak larat dah nak mengait lagi. Pengait pun tak sampai dah yang jauh-jauh tu. Saya ambil 2 biji untuk peram buat rasa-rasa.

Buah Avocado

Buah masih keras lagi. Ada yang komen sebelum ni kalau dah masak dia lembik. Jadi, kita tunggu lah dia masak.

8 comments:

  1. banyaknyaaaaaa......pokok kak mieja masih kecik comei.....brp tahun nak buah tu fiza?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh tahan juga banyaknya. InshaAllah dah besar nanti banyak hasilnya juga. Saya tak tahulah, Pokok ni dah lama zaman atok nenek encik suami saya dulu rasanya. Berapa lama saya tak pasti. Maaf ye.

      Delete
  2. Jarang tengok avocado kurus panjang camni. Selalu bentuk dia bulat2

    Suka avocado sbb rasa berlemakss! Kalau beli kat pasaraya maunya sebiji rm5-7

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jenis avocado lain. Tak tahu jenis apa dan nama dia. Betul, kalau di shopping mall/ market tu mesti mahal sebiji.

      Delete
  3. Pernah rasa buah ni.. Tapi tak kena dengan tekak saya.. Hehe

    ReplyDelete
  4. buat favorite kesukaanku sewaktu kecil, avocado + susu cokelat enaknya tak tertandingi!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooo sedap ye jus alpukat campur dengan susu coklat? Saya belum pernah cuba. Biasa jus campur dengan fresh milk sahaja. Boleh cuba nanti. Terima kasih berkongsi resipinya.

      Delete

Powered by Blogger.