Permandangan Luar Bilik Hotel Hilton Garden Inn Kuala Lumpur-North Dengan KLCC view
Entry ni bersambung dari entry sebelumnya, check in Hotel Garden Inn. Saja buat entry lain sebab taknak entry panjang sangat. Jadi, saya asingkan ceritanya.
Esoknya bangun awal macam biasa walaupun tidur lewat sikit malam tadi. Usai solat subuh, letak phone di tingkap buat timelapse dalam 1 jam lebih. Rutin kalau bercuti, mesti nak buat timelapse waktu subuh sampai matahari muncul. Seronok tengok dapat menikmati perubahan dari gelap ke terang.
Oleh kerana kami tak ambil sarapan sekali di bawah, dapatlah buat timelapse. Kalau tidak timelapse nya lambat sikit lepas sarapan. Sambil menunggu timelapse waktu subuh masih gelap tu, kami sarapan roti dan air mineral je.
Jam 8 lebih baru encik suami gerak. Hari pertama gerak awal sikit nak tunggu kereta dan takut jem juga. Dah dekat ni taklah kena gerak awal pagi. Kalau dari Seremban, sesudah subuh kena gerak terus. Tak ada nak berleha-leha. Masa itu emas.
Dah sarapan, jom kita tengok permandangan luar. Matahari dah naik, barulah nampak jelas di luarnya. MasyaAllah, cantik betul! Sorrylah, saya ni jakun sikit kalau tengok permandangan dari aras tinggi. Terpana, terpegun, terpesona semua ada!
Dengan 2 kali zoom, saya dapat panorama ni. Nampak perbezaan bangunan tinggi melangit dengan kawasan perkampungan di bawahnya.
2 x zoom dari sudut yang berbeza sedikit pada waktu tengahari nak ke petang. Nampak lebih jelas sikit berbanding gambar di atas yang diambil pada waktu pagi. Gambar di atas masih berkabus dan agak kabur sikit.


Waktu tak panas sangat dan sedang elok cuacanya, nampak lah lebih tajam sedikit daripada yang sebelumnya.

Di belakang sebelah kanan bawah hotel ni sentiasa meriah. Pasar Malam Chow Kit kot. Malam-malam meriah macam pasar malam. Siapa tahu, silalah komen ye. Come on orang KL yang duduk dekat-dekat sini. Tinggalkan komen anda.

Di sebelah kanan belakang hotel jalan yang sama di atas ada Safuan Plaza. Tak pasti masih beroperasi atau tidak. Macam suram je. Sebelahnya The Regency Hotel.

Permandangan sebelah kiri dari dalam bilik saya nampak menara MAIWP. Ada tapak yang masih dalam pembinaan. macam ada bangunan dirobohkan dan bakal ada pembangunan baru mungkin.

Kiri kanan depan semua permandangan menarik. Cuma tak menariknya bila tengok bawah betul-betul belakang hotel. Rasa gayat tu hilang bila tengok keadaan di bawah ni.

Ini jelah yang kurang cantik permandangannya. Yang lain semuanya menarik.
Cantiknya view KLCC
ReplyDeleteSangat cantik. Kita nikmatinya.
DeleteBaguuuus. Nanti kalo ke KL bolehlah saya lihat lagi hotel ini. Ntah2 harga masih sesuai, bisa menginap juga. Apalagi dekat pasar chow kit
ReplyDeleteNanti kalau datang lagi ke Malaysia boleh cuba menginap di sini. Sesuai sangat untuk tourists tak perlu fikir pasal kenderaan sendiri. Sini pun banyak kemudahan pengangkutan awam.
DeleteAkak tak tahu lokasi hotel ni. Tengok di maps, rupanya di Jalan TAR dan Jalan Raja Alang, Kg Baru. Lokasi strategik tu, senang cari makan.
ReplyDeleteSaya pun kurang pasti lokasi dia dimana. Tak sempat nak explore sangat sebab bukan tempat kita. Saya pun confused area Chow Kit semua tu. Ya, sini banyak kedai makan rupanya di bawah.
DeleteDuk bangunan tinggi dapat tengok semua view. Memang cantik la lagi2 kalau malam gemerlapan sinaran lampu2.
ReplyDeleteBetul, semua dapat tengok. Malam pula meriah dengan lampunya.
Delete