Amalan-Amalan Sunat Di Hari Raya Aidilfitri

Sunday, July 27, 2014

Amalan-Amalan Sunat Di Hari Raya Aidilfitri jangan dilupakan yang boleh kita dilakukan ketika Hari Raya Aidilfitri. Kadangkala kegembiraan menyambut hari raya melebihi segala-galanya meriah sehingga kita lalai dan lupa dengan amalan-amalan sunat yang boleh dilakukan .

Amalan-Amalan Sunat Di Hari Raya Aidilfitri

Aidilfitri adalah hari kemenangan bagi orang-orang yang telah melaksanakan ibadah puasa serta ibadah-ibadah lain di dalam bulan Ramadhan. Setelah itu marilah sama-sama kita hiasi 1 Syawal ini dan syawal berikutnya dengan amalan berteraskan sunnah dan syiar Islam agar kita terus beroleh ganjaran pahala dan keampunan. InshaAllah...

Antara amalan-amalan sunat di hari raya.

1. Takbir
Mula bertakbir selepas waktu maghrib setelah berakhirnya Ramadhan.

2. Mandi sunat hari raya. 
Disunatkan mandi di pagi hari raya sebagaimana mandi wajib iaitu sebelum berangkat menuju ke tempat perlaksanaan solat aidilfitri.
*Jika 1 Syawal jatuh pada hari Jumaat, boleh niat untuk sunat hari raya dan sunat hari Jumaat.

3. Merapikan badan.
Potong kuku, misai, bulu hidung dan mana-mana bahagian lain yang perlu sebelum menunaikan solat sunat Aidilfitri.

4. Memakai pakaian yang indah.
Disunatkan memilih pakaian yang terbaik serta indah-indah mengikut kemampuan masing-masing untuk menuju tempat solat. Disunatkan juga kaum lelaki memakai wangi-wangian tetapi tidak disunatkan kepada kaum wanita. Pakaian yang terbaik tak semestinya pakaian baru. Boleh gunakan pakaian yang pernah digunakan serta bersesuaian untuk ke masjid atau surau.

5. Menjamah makanan sebelum solat.
Pada Hari Raya Aidilfitri, disunatkan menjamah sedikit makanan sebelum menunaikan solat sunat Aidilfitri.

6. Mengucapkan tahniah.
Digalakkan mengucapkan Selamat Hari Raya ataupun tahniah kepada umat Islam yang lain sebagai tanda melahirkan kegembiraan.
*Sekiranya ada rakan anda yang bersedih, bantulah mereka dari segi emosi. Tenangkan atau sabarkan mereka atas dugaan yang dihadapi.

7. Solat Sunat Aidilfitri.
Sebaiknya solat secara berjemaah di masjid. Namun, sekiranya tak sempat atau terbangun lewat, boleh lakukan secara bersendirian.

8. Pergi dan balik ke masjid dengan melalui jalan yang berlainan.
Tujuan disunatkan perkara ini supaya kita dapat berjumpa dengan lebih ramai orang. Secara tak langsung, ia boleh mengeratkan silaturahim sesama kita.

9. Bersedekah.
Hari Raya dengan duit raya memang sukar dipisahkan. Sekiranya bercadang nak beri duit raya, berniatlah untuk bersedekah dan kerana mengikut sunnah Nabi SAW.

10. Ziarah-menziarahi.
Ziarah atau berkunjung ke rumah keluarga serta sanak saudara mahupun jiran tetangga memang dah menjadi adat. Di samping ziarah-menziarahi tu, niatkan sekali yang tujuannya ialah untuk mengeratkan silaturahim serta bermaaf-maafan di antara satu sama lain.

11. Meraikan anak yatim.
Meraikan anak yatim yang dalam kesedihan supaya dapat menggembirakan mereka seperti orang lain.

12. Puasa 6
Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadahan lalu diiringi dengan puasa 6 hari di bulan Syawal, seolah-olah dia telah berpuasa setahun.Cara paling afdal untuk melaksanakannya adalah memulakan berpuasa sesudah hari raya secara berturut-turut (bermula pada 2 syawal. Namun seseorang bebas memilih mana-mana hari sepanjang bulan syawal samada secara berturut-turut atau berpisah-pisah.

Mudah-mudahan ia memberi munafaat kepada kita semua. Jikalau terdapat sebarang kesilapan pada mana-mana di atas, tolong perbetulkan ye. Terima kasih :)

credit : source

10 comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.