Telefilem Neraka Kasih Maisarah

Tonton Telefilem Neraka Kasih Maisarah ulang siar pada hari Ahad 21 Ogos 2022 pukul 10:30 malam di Slot Cereka Ahad TV3. 

Telefilem Neraka Kasih Maisarah dibintangi Mimi Lana, Laila Nasir, Raja Afiq dan ramai lagi di bawah arahan Along Kamarudin.

telefilem kasih maisarah

TELEFILEM NERAKA KASIH MAISARAH

Waktu siaran : Ahad, 21 Ogos 2022, pukul 10:30 malam
Siaran TV : Cereka Ahad TV3
Pengarah : Along Kamarudin
Produksi : Layar ceritera Sdn. Bhd

PELAKON DAN WATAK

  • Mimi Lana sebagai Maisarah
  • Laila Nasir sebagai Mak Midah
  • Raja Afiq sebagai Zakuan
  • Sura Sojangi
  • Mustaqim Bahadon
  • Ainina Ahmad
  • Aisyah

SINOPSIS TELEFILEM NERAKA KASIH MAISARAH

Maisarah merupakan anak bidan terkenal, Mak Midah. Perkenalannya dengan Zakuan melalui Wechat, menyebabkan maruah dia tergadai. Maisarah disahkan hamil 2 bulan dan meminta Zakuan untuk bertanggungjawab namun Zakuan enggan.

Hampir 6 bulan tidak pulang ke kampung, pelbagai alasan Maisarah berikan kepada ibunya. Akhirnya, Maisarah pulang juga ke kampung ketika kandungannya berusia 8. Dia yakin hanya ibunya mampu membantunya. Namun ternyataan meleset apabila Mak Bidah bertindak mengurung Maisarah dalam “kolong” belakang rumah sehingga Maisarah selamat melahirkan bayi.

Anak Maisarah diberikan kepada Dijah. Saat itu Maisarah menjadi gila kerana rindukan anaknya hingga Maisarah melarikan diri dan mengambil anaknya dari rumah Dijah sehingga menimbulkan kekecohan di kampung. Akhirnya Mak Bidah sedar Maisarah sangat memerlukan bayinya. Dijah akhirnya merelakan bayi itu diberikan semula kepada ibu kandungnya.

2 comments:

  1. Replies
    1. Sangat kesian. Ditinggalkan lelaki taknak bertanggungjawab, lepas tu mak sendiri buat macam tu pulak.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.