Header Ads


Telefilem Dosa Terlindung

Tonton Telefilem Dosa Terlindung ulang siar pada hari Ahad, 14 Ogos 2022 pukul 9:00 malam di slot Cereka Ahad TV3 dibintangi pelakon  Zamarul Hisyam, Eira Syazira, Jue Aziz, Naim Daniel, Bella Dowanna dan ramai lagi.

Juga boleh tonton Telefilem Dosa Terlindung live online di tonton (www.tonton.com.my)

telefilem dosa terlindung tv3 online

TELEFILEM DOSA TERLINDUNG

Waktu siaran : Ahad, 14 Ogos 2022 , pukul 9:00 malam
Siaran TV : Slot Cereka Ahad TV3
Penulis skrip : Shuhadatul Ain Zakaria
Idea asal : Hana Hariz
Pengarah : Khalid Nadzri
Produksi : Alfanazra Productions Sdn. Bhd

PELAKON TELEFILEM DOSA TERLINDUNG

Zamarul Hisyam sebagai Khairi
Eira Syazira sebagai Zie
Jue Aziz sebagai Hana
Naim Daniel sebagai Irfan
Bella Dowanna sebagai Eisya
Hairi Safwan sebagai Faizal
Jalaludin Hassan
Azizah Mahzan
Ezzrin Loy
Erynn Erynna

SINOPSIS TELEFILEM DOSA TERLINDUNG

Beberapa tahun lalu, Zie (Eira Syazira) meninggalkan suaminya, Khairi (Zamarul Hisyam) dan dua anak, Eisya serta Irfan ketika mereka masih kecil. Dia tidak sanggup menjalani hidup serba kekurangan bersama mereka.

Ketika itu, Zie dilamun cinta dengan Faizal yang menabur janji memberikan kesenangan kepadanya. Zie menjadi isteri Faizal namun rumah tangganya tidak kekal lama. Dia meminta cerai kerana tidak tahan dengan perangai kaki perempuan dan menjadi mangsa pukul Faizal.

Khairi pula kini bergelar usahawan berjaya. Mengetahui perkara itu, Zie nekad mencari Khairi dan anaknya. Dia sanggup menggunakan dua anaknya untuk memenangi kembali hati Khairi.

Tapi kewujudan Hana menjadi penghalang untuk Zie berbaik semula dengan bekas suaminya.

2 comments:

  1. Tadi tengok ni. Geram tengok watak Eira Syazira ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann...dulu masa tinggal suami dan anak tak fikir pun. Bila dorang dah besar suami pun dah senang baru nak mencari. huhu...

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.