Filem Kan Cheong

Filem Kan Cheong, Sebuah filem psiko-thriller drama eksklusif di saluran 480 Astro First dibintangi pelakon Nora Danish, Jay Iswazir, Niezam Zaidi dan Shima Anuar. Tonton Filem Kan Cheong bermula pada 11 Ogos 2022. 

Kan Cheong merupakan buah tangan sulung dari Thinkerbell Studios yang akan ditayangkan pawagam rumah melalui saluran 480 Astro First dan On Demand. Boleh Sewa dan Strim Filem Kan Cheong menerusi Astro First (Saluran 480) dan OnDemand Store.

Kan Cheong (kantonis/ hokkien) bermaksud gementar, tergesa-gesa, tegang/ marah. 

Kan Cheong sebuah karya mengupas isu  mental health yang semakin serius sekarang ini.

filem kan cheong

FILEM KAN CHEONG

Tarikh tayangan : 11 Ogos 2022
Siaran TV : Astro First (CH408)
Pengarah : Noor Azlan Shah
Produksi : Thinkerbell Studios (M) SB
Genre : Psiko-thriller drama

PELAKON DAN WATAK

  • Nora Danish sebagai Ayu
  • Jay Iswazir sebagai Aman
  • Niezam Zaidi sebagai Saiful
  • Shima Anuar sebagai Nurul

SINOPSIS FILEM KAN CHEONG

Filem Kan Cheong mengisahkan tentang seorang gadis bernama Ayu (Nora Danish) yang tinggal sendirian mendengar berita mengenai empat orang pesakit mental yang lari dari hospital. Tidak lama kemudian, seorang lelaki bernama Aman (Jay Iswazir) muncul di luar pintu yang datang untuk menghantar barang yang ditempah Nurul (Shima Anuar).

Ayu memberitahu bahawa tiada orang bernama Nurul dan mungkin Aman tersalah rumah. Ayu meminta Aman segera pergi namun kerana hujan lebat, Aman meminta tumpang berteduh. Ayu tidak tenang kerana Aman kerap mengganggunya dengan mengetuk tingkap dapur untuk meminta makanan dan merayu supaya diizinkan masuk kerana sejuk berada di luar.

Tiba- tiba petir berdentum kuat dan rumah blackout, Ayu hilang kawalan kerana terlalu takut lalu berlari keluar. Melihatkan sikap Aman yang tidak stabil menyebabkan Ayu ketakutan dan mengesyaki dia salah seorang pesakit mental yang terlepas lari.

Apabila Aman memegang pisau atas alasan membantunya memasak, ketakutan Ayu memuncak dan cuba melarikan diri. Namun apabila dia membuka pintu rumah, Saiful (Niezam Zaidi) pula muncul di situ. Saiful ingin meminjam telefon kerana keretanya rosak dan handphonenya pula mati.

Ayu terpaksa mengizinkan. Namun, mereka terkejut apabila mendapati wayar telefon telah dipotong dan kucing keluarga Ayu telah dibunuh! Ayu segera lari bersembunyi.

Siapakah Saiful dan adakah Ayu berjaya menyelamatkan diri?

10 comments:

  1. Tengok ni mahu kita pun berdebar sama. Huishhh

    ReplyDelete
  2. Okey, baca ni pun buat akak gementar. Kalau akak jadi Ayu, time hujan lebat tu dah pengsan takut dah kot...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lepas tu org mintak tumpang memang tak lah kan. Dahlah salah hantar barang, lepas tu mintak tumpang memang sesuatu sangat.

      Delete
  3. sinopsis macam best. patut tayang di wayang. genre ni saya suka tapi tulah selalu filem Malaysia idea cantik dah, execution ke laut

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak tahulah kenapa tak tayang kat wayang. Itulah tu, rugi kalau cerita tak best.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.