Kek platinum collection Secret Recipe ni rasanya dah wujud sejak tahun 2021 kalau tak silap saya lah. Baru tahun ni dapat merasa beli. Kononnya encik suami nak beli square kek je tapi tak ada stok pula. Beli lah kek platinum series ni.
3 perisa terbaru Platinum series kek Secret Recipe
- Royal Chocolate
- Snow Choc Macadamia
- Confetti Rainbow
Royal Chocolate, Platinum Series Secret Recipe
Royal chocolate Secret Recipe price RM75. Kek yang kaya dengan rasa coklat yang sedap sebab tak manis sangat dan moist. Yang suka chocolate mesti suka. Saya yang kurang gemar chocolate pun boleh suka tiber! Tapi tak boleh makan banyak sekaligus lah. Nanti bersemut pulak.Tengok keratan rentas kek royal chocolate ni. Memang kaya dengan coklat betul! Mud cake dilapisi dengan coklat dan dibalut dengan chocolate coating yang tak nipis dan tak tebal sangat. Atas kek dihiasi dengan cocoa crumbles ditaburi pula dengan premium cocoa powder.
Secret Recipe royal chocolate size dan harga berbaloilah pada saya. Rasa pun sedap. Untuk birthday budak-budak boleh beli Confetti Rainbow sebab lapisan kek dia warna bianglala atau pelangi.
Selain platinum series kek yang come, Secret Recipe artisan cake pun menarik juga. Yang tu belum pernah beli lagi. Kena tunggu next event lah nampaknya.
Walaupun kek comel tapi belum tentu makan habis berdua. Ada yang datang, rezeki dia lah dapat merasa. Rezeki dikongsi bersama gitu. Dalam rezeki kita kadang terselit rezeki orang lain juga.
wow....nampak pun so yummy.. happy anniversary!!!
ReplyDeleteAlhamdulillah..Terima kasih kak. Yup, nyummylicious :)
DeleteHappy Anniversary Fiza dan Suami.
ReplyDeleteBaguslah ada petite ceke gini, sesuai untuk kita2 yang keluarga kecik ni.
Dah dapat idea nak beli kek anniversary kami bulan depan..hehe.
Cantik gambar Fiza, macam kek tu ada depan mata akak pulak tengoknya tau.
Alhamdulillah..terima kasih kak.
DeleteBetul tu, sesuai untuk keluarga kecil. Nak beli yang besar tu macam banyak sangat pulak kan. Boleh sangat kak, ada 2 lagi perisa. Pelangi tu macam cantik je.
Terima kasih sekali lagi kak.
Happy anniversary Fiza...akak terus jatuh cinta kat kek tu ha...alaaaa...nak jugak
ReplyDeleteTerima kasih kak. Next birthday boleh cuba birthday cake SR ni pulak kak :)
DeleteHappy 9th Anniversary Fiza & suami. Moga sentiasa bahagia selalu 🤲
ReplyDeleteAkk suka Choc Indulgence je kalau SR ni :)
Aamiin Allahumma Aamiin...
DeleteTerima kasih untuk doanya kak.
Choc Indulgence kegemaran ramai. Tak pernah jemu kan.
selamat menyambut hari ulangtahun Fiza dan suami. semoga bahagia selalu dan dilimpahi rezeki yang banyak...
ReplyDeleteAamiin Allahumma Aamiin...
DeleteTerima kasih doakan kami kak yan :)
Happy anniversary sis ❤️
ReplyDeleteTerima kasih :)
Deletecomel jugak saiz dia tu...selamat hari ulangtahun buat fiza dan suami ❤️
ReplyDeleteComel tak comel sangat. Jenuh jugak tu nak habiskan berdua. Sehari sepotong pun lambat nak habis. Hehehe...
DeleteTerima kasih untuk ucapannya :)
perghhh coklat dia, penuh!! hahaha.... hepi anniversary fizah n hubby :)
ReplyDeleteMemang full of chocolate KakRet. Puas hati kalau peminat chocolate.
DeleteTerima kasih KakRet :)
Last pergi SR bulan Mac lalu, sempena birthday Firdaus. Terliur pulak tengok kek ni Fizah.
ReplyDeleteHappy anniversary. Moga terus bercinta hingga ke jannah.
Kena tunggu next birthday lah ni. Takpun beli untuk makan satu family pun boleh Kak Amie.
DeleteAamiin Allahumma Aamiin...
Terima kasih doakan untuk kami :)
Memang sesuai nama platinum. Sesuai untuk special occasion dan special person. Happy anniversary to both of you
ReplyDeleteKann...sesuai sangat untuk small special event.
DeleteTerima kasih Sal :)
nampak full of choc!.. happy anniversary fiza dan hubby
ReplyDeleteYep, memang penuh dengan rasa coklat. Sedap!
DeleteTerima kasih Nina :)