Header Ads


Episod Akhir Drama Risik Pada Hati

Berakhirlah sudah Drama Risik Pada Hati episod 28 yang penuh dengan emosi. Drama Risik Pada Hati episod akhir lakonan Alif Satar, Ummi Nazeera dan Zara Zya mula ditayangkan pada 27 Jun 2022 di Slot Akasia TV3.

episod akhir drama risik pada hati

Episod akhir Drama Risik Pada Hati

Hayfa (Ummi Nazeera), isteri pertama akhirnya memilih untuk undur diri. Selepas Adam (Alif Satar), suaminya berkahwin dengan Aisya (Zara Zya) iaitu isteri kedua Adam yang dipinang sendiri oleh Hayfa.

Hari demi hari, sedikit demi sedikit hati dan kasih sayang berubah lebih kepada Aisya sehingga Hayfa rasa terabai. Bukan sekali bukan dua kali tapi dah banyak kali. Siapa je yang tak terasa bila perasaan diabaikan.

Lebih meruntun jiwa bila isteri kedua melahirkan anak. Banyak episod yang Hayfa terasa diabaikan. Hati siapa yang tak terluka bila diperlakukan begitu oleh suami sendiri. Rasa terluka, sunyi dan cemburu dalam hati sedangkan dia adalah isteri pertama.

Kesimpulan dan pengajarannya, walaupun seorang lelaki yang bergelar suami tu ada banyak harta sekalipun. Dia mampu berpoligami dan adil dari segi kewangan, namun belum tentu adil dari segi batin. Perasaan juga perlu adil ke atas para isteri-isterinya.

Sebelum berpoligami tu,tambahlah ilmu. Sesungguhnya lelaki yang jahil tentang ilmu agama, tak layak untuk berpoligami. Maka melepaskan adalah cara yang terbaik untuk keselamatan dunia akhirat.

Surah An-Nisa' ayat 129 
Allah SWTberfirman :

Dan kamu tidak akan dapat berlaku adil di antara istri-istri(mu), walaupun kamu sangat ingin berbuat demikian, karena itu janganlah kamu terlalu cenderung (kepada yang kamu cintai), sehingga kamu biarkan yang lain terkatung-katung. Dan jika kamu mengadakan perbaikan dan memelihara diri (dari kecurangan), maka sungguh, Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang.

Tafsir ayat :
Pada ayat ini Allah mengingatkan kepada mereka yang ingin berpoligami. Dan kamu, wahai para suami, tidak akan dapat berlaku adil yang mutlak dan sempurna dengan menyamakan cinta, kasih sayang, dan pemberian nafkah batin di antara isteri2mu, karena keadilan itu merupakan suatu hal yang sulit diwujudkan dan bahkan di luar batas kemampuan kamu, walaupun kamu dengan sungguh-sungguh sangat ingin berbuat demikian. Karena itu, janganlah kamu terlalu cenderung kepada perempuan-perempuan yang kamu cintai dan kamu ingin nikahi, sehingga kamu membiarkan istri yang lain terkatung-katung, seakan-akan mereka bukan isterimu, dan bukan isteri yang sudah kamu ceraikan. Dan jika kamu mengadakan perbaikan atas kesalahan dan perbuatan dosa yang telah kamu lakukan sebelumnya dan selalu memelihara diri dari kecurangan, maka sungguh, Allah Maha Pengampun atas dosa-dosa yang kamu lakukan, Maha Penyayang dengan memberikan rahmat kepadamu.

sumber : Nor Asmarina

10 comments:

  1. sedih betul ending dia.. tapi nasiblah kenapa si suami acuh x acuh dgn first wife haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kesian Hayfa kan terpaksa berundur diri. Memang sedih endingnya.

      Delete
  2. Aini tengok cerita ni dari mula sampai habis..
    Walaupun sad ending but acceptable

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sudah begitu ceritanya. Penonton pun kena terima ending begitu.

      Delete
  3. Sedih pengakhirannya. Kak Amie tonton sampai bengkak-bengkak mata menangis hihihi.... hebat lakonan Umie Nazeera.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Menjiwai watak betul dia. Ramai emosi dengan scene tu

      Delete
  4. Tengokkk.. And leh jumpa baik seperti xde pape berlaku dahh.. huhu

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.