Tema & Logo Hari Merdeka 2022. Menara Merdeka 118 Malaysia Simbolik Kemerdekaan

Selamat Hari Merdeka 2022. Tarikh 31 Ogos 2022, cuti Hari Merdeka 2022 merupakan cuti umum seluruh Malaysia. Hari Merdeka 2022 tahun ni lebih banyak aktiviti menarik sempena sambutan Merdeka. Lebih meriah sambutan Merdeka selepas 2 tahun bersama COVID-19. 

Masih ada yang tertanya tanya lagi Merdeka 2022 how many years? Hari Kemerdekaan 2022 ke berapa? Hari Merdeka 2022 adalah Hari Merdeka ke 65 tahun.

baca juga : senarai tema dan Hari Kemerdekaan dari 1970-2022

Tema Hari Merdeka 2022 dan logo Hari Merdeka 2022 seperti dibawah.

Tema & Logo Hari Merdeka 2022 dan Hari Malaysia 2022

Tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2022 adalah ‘Keluarga Malaysia Teguh Bersama’. Tema ini dipilih selari dengan konsep keharmonian Keluarga Malaysia yang diperkenalkan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2022, Tan Sri Datuk Seri Panglima TPr Annuar Haji Musa.

Logo Hari Kebangsaan & Hari Malaysia 2022 tahun ini pula berkonsepkan jalur liputan Internet melambangkan pembangunan infrastruktur, sistem komunikasi serta pendigitalan yang semakin maju dan berkembang untuk kemudahan rakyat.

Ia juga melambangkan kebersamaan, komited untuk terus maju ke hadapan serta keberadaan teknologi terkini yang menjadi penghubung kehidupan ekonomi rakyat.

Tema Hari Merdeka 2022 dan Hari Malaysia 2022 : Teguh Bersama

‘Keluarga Malaysia Teguh Bersama’ dipilih sebagai tema Hari Kebangsaan dan juga Hari Malaysia 2022 selari dengan konsep keharmonian Keluarga Malaysia.

  • KELUARGA MALAYSIA : Merujuk kepada masyarakat hidup aman damai & bersatu padu dalam keterangkuman, kebersamaan dan kesyukuran.
  • TEGUH :  Bermaksud kukuh, kuat dan erat
  • BERSAMA : membawa maksud bersama-sama beserta atau bergandingan

Manakala frasa TEGUH BERSAMA mendukung maksud kekuatan dan kesepaduan yang dicapai secara kolektif serta mampan

Konsep logo Hari Kebangsaan tahun 2022

logo hari merdeka 2022

  • LOGO BERKONSEPKAN JALUR LIPUTAN INTERNET

Melambangkan pembangunan infrastruktur, sistem komunikasi serta pendigitalan yang semakin maju dan berkembang untuk kemudahan rakyat.

  • TIGA JALUR BIRU, MERAH DAN KUNING

Merupakan cerminan Keluarga Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan latar budaya serta hidup harmoni.

  • TITIK MERAH

Melambangkan jati diri dan semangat patriotik yang menjadi teras pembentukan negara berdaulat dan berwawasan.

  • KEDUDUKAN YANG BERSELANG-SELI

Melambangkan keterbukaan dalam meraikan perbezaan dan kepelbagaian demi kemajuan bersama.

Sambutan Hari Kemerdekaan/Kebangsaan Malaysia 2022

Tiga aktiviti utama diadakan bagi menyemarakkan lagi sambutan Bulan Kebangsaan tahun ini.
  • Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang pada 30 Julai di Putrajaya
  • Sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos di Dataran Merdeka Kuala Lumpur
  • Sambutan Hari Malaysia pada 16 September di Melaka

Di samping itu, pelbagai program dan pertandingan berunsur kenegaraan telah disusun bagi memupuk serta menyemai semangat patriotisme dan cinta akan negara dalam kalangan Keluarga Malaysia.

Ia antaranya Pertandingan ILHAM Merdeka Tik Tok Challenge, Pertandingan KLIK@Merdeka, Pertandingan Bintang Smule, Pertandingan Bintang Patriotik, Pertandingan Mewarna dan Melukis MYDOODLE@Merdeka, Program Pengisahan Kenegaraan, Sayembara Sajak Merdeka yang kesemuanya akan bermula pada 30 Julai hingga 16 Sept.

Bagi menyemarakkan semangat patriotisme pula, program Kembara Keluarga Malaysia 2022 (KKM2022) yang berkonsepkan serah baton akan diadakan bermula pada 30 Julai di Putrajaya, dengan acara pelepasan akan dilakukan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Menjelang sambutan hari kemerdekaan atau hari kebangsaan Malaysia, antara perkara yang menjadi perhatian rakyat Malaysia adalah reka bentuk logo dan tema hari Kebangsaan Malaysia.

Maklumat lanjut berkaitan tema, logo dan aktiviti Bulan Kebangsaan 2022 di laman web : www.merdeka360.my

Menara Merdeka 118 Malaysia

Menara 118 berketinggian 678.9 meter adalah menara tertinggi di Malaysia, tertinggi di Asia Tenggara dan kedua tertinggi di dunia selepas Burj Khalifa di Dubai, Emiriah Arab Bersatu. Menara 118 dimiliki 100 peratus oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB) bukan dimiliki oleh unit amanah sahammelalui pegangan ekuiti dalam PNB Merdeka Ventures Sdn Bhd.

Tinggi : 678.9 meter
Mula dibuka : 2022
Jumlah tingkat : 118
Lokasi : Jalan Hang Jebat, Kuala Lumpur
Mula dibina : 3 July 2014
Kos : RM5 billion ($1.5 billion USD)
Firma seni bina : Fender Katsalidis Architects

Suntikan ekuiti untuk Merdeka 118 diperoleh daripada dana PNB sendiri dengan pembiayaan pembangunan disokong oleh dua terbitan sukuk iaitu Sukuk Hijau Merdeka ASEAN SRI dan Sukuk Murabahah mulai lima tahun lalu.

Hasil daripada sukuk ini digunakan untuk membiayai sebahagian daripada ruang pejabat 83 tingkat di Menara Merdeka PNB118 dan selebihnya digunakan untuk aktiviti sokongan

Bangunan Menara Merdeka 118 Malaysia bukan sekadar projek ikonik bertaraf dunia. Ia turut melambangkan kebudayaan dan sejarah kemerdekaan Malaysia serta memiliki sentuhan luar biasa antara seni bina bersejarah dan kontemporari.

Pembinaannya Menara Merdeka 118 Malaysia bermula pada tahun 2014 dengan pembangunan seluas 40 ekar, dimana 50 peratus keluasan tanah tersebut terdiri daripada Stadium Merdeka dan Stadium Negara.

Ketinggian puncak menara atau ‘spire’ Merdeka 118 adalah berukuran 160 meter dengan berat 1,015 tan, bersamaan dengan berat 852 buah kereta Proton Saga dan ia diperbuat daripada keluli dan panel aluminium, dan tempoh pemasangan mengambil masa tiga bulan.

sumber : https://www.sinarharian.com.my/article/179460/berita/nasional/menara-merdeka-118-milik-pnb

menara 118 merdeka Malaysia

Dari segi reka bentuk, puncak menara Merdeka 118 merupakan simbolik kepada bentuk tangan Bapa Kemerdekaan, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj yang dijulang tinggi ketika melaungkan “Merdeka” sebanyak tujuh kali 64 tahun yang lalu. Nombor “118” pula menandakan jumlah tingkat menara tersebut.

Nama “Merdeka” dipilih bersempena lokasinya yang terletak berhadapan tapak warisan Stadium Merdeka yang menyaksikan detik sejarah terpenting bagi Malaysia iaitu pengisytiharan kemerdekaan pada tahun 1957.

Inilah pencapaian yang hebat dalam bidang kejuruteraan, malah mengukuhkan lagi kedudukan Malaysia sebagai negara yang moden dan maju. Lokasi strategik Merdeka 118 juga bakal memberi manfaat kepada Keluarga Malaysia dengan menjadi pemangkin baharu ekonomi negara khususnya Kuala Lumpur.

Menara kebanggaan kita ini bukan sahaja akan merancakkan ekonomi negara dan rakyat, tetapi jua akan menarik kehadiran pelancong antarabangsa dan menjadikan Malaysia gah di persada dunia.
menara merdeka 118 Malaysia
sumber : https://www.mkn.gov.my/web/ms/2021/12/01/menara-merdeka-118/

Gambar diambil masa tengah sesak di jalan raya. Bila kereta dalam keadaan pegun, sempatlah saya ambil sekeping dua. 

menara merdeka 118 malaysia

2 comments:

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.