Responsive Ad Slot

Slider

Mediterranean Sea Salt Sofuto Ice Cream FamilyMart x Doraemon! Umai!!!

family mart ice cream mediterranean sea salt sofuto price mediterranean sea salt sofuto review best mediterranean sea salt mediterranean sea salt sofu
Mediterranean Sea Salt Sofuto Ice Cream is back! Masa mula mula dulu tak sempat nak merasa. Baik Family Mart mahupun McD. Dua-dua tak sempat nak menjamu selera. Yeah, kali ni ada rezeki dapat merasa Mediterranean Sea Salt Sofuto Ice Cream Family Mart.

Mediterranean Sea Salt Sofuto Ice Cream FamilyMart x Doraemon!

Bermula 3 Julai 2022, Family Mart kembali keluarkan Mediterranean Sea Salt Sofuto Ice Cream edisi terhad. Edisi kali ni lebih menarik dengan siri kartun Doraemon pada cone sleeve dan sundae cup. Cute! 

Mediterranean Sea Salt Sofuto Ice Cream FamilyMart x Doraemon

Peminat siri kartun Doraemon bolehlah simpan buat koleksi.

Mediterranean sea salt sofuto price

Mediterranean sea salt sofuto price RM2.90 kalau beli terus di store Family Mart. Saya beli guna food delivery by foodpanda dengan harga RM3.50. Rupa paras aiskrim pun tak berapa cantik dah sebab aiskrim dah cair. Nasib baik masih ada rupa aiskrim. Kalau dah rupa air tak panggil aiskrim dah!

Mediterranean Sea Salt Sofuto Ice Cream sedap ke?

Mediterranean sea salt sofuto review ikut selera saya memang sedap dengan rasa lemak masin tu. Tak manis, just nice lah orang kata. Tak menyesal beli. Umai!!! Katanya warna biru adalah warna semulajadi yang diperbuat daripada ekstrak spirulina.

Sejak terjebak tengok Youtube channel 'NobuShun World' bila nak sebut sedap in Japanese, sebut Umai. Lupa sudah perkataan Oishii. Dulu belajar bahasa Jepun yang formal je kan. Gink Jepun, Kaz in KL, Kouji Jepun antara channel yang saya rajin layan kalau buka youtube.

Bolehlah nak refresh sikit Nihon Go dah berkarat tu.

Disebabkan Mediterranean sea salt sofuto ni sedap, so boleh repeat membeli nanti. Nak beli yang cone pulak. Tapi tak pastilah bila edisi Mediterranean sea salt sofuto FamilyMart x Doraemon akan berakhir. Siapa tahu?


20
( Hide )
  1. wah..comei. adik saya minat doraemon ni..kalu tau sure dia gi, nanti kasi tau dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haa kena bagitahu tu. Mesti dia suka boleh tambah koleksi.

      Delete
  2. cantik warnanya..bolehlah cuba nanti, kena cepat nampaknya, takut habis..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Warna yang unik untuk aiskrim yang biasa. Boleh cuba kak, sedap!

      Delete
  3. Baru makan jugak, weekend aritu. Hehe
    Comel ada kartun. Dan memang sedap pada akak sebab tak manis. Masin yang sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Comel ada Doraemon tu jadi daya penarik. Setuju tu kak. Tak manis tu yang sedap tu, masin pun tak terlampau. Just nice.

      Delete
  4. Hari tu ada pi Family Mart yg baru buka di Puncak Alam bulan lepas..Mmg beratur padat dengan manusia.. So 1day ada beli ice cream chocolate Belgium.. tu pun sedap gak.. rs pure chocolate dia.. lepas ni nak try yang sea salt pula.. itupun klau sempat lah..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang belgium tu tempting jugak tengok. Nak cuba yang tu lah nanti. Selamat mencuba sea salt ni nanti :) Harap ada rezeki sebelum kehabisan.

      Delete
  5. Menarik ada spirulina. Kira berkhasiat makan.
    Harap Fiza dapat lagi rasa yang belum cair.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harap ada rezekilah nanti beli kat store. Guna food delivery beginilah jadinya :)

      Delete
  6. Alaaa...FM Plaza Sentral ni takde pun yang ni...ke dah abis...kang nak tengok lagi la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pasti kak ada lagi ke tak, saya baru beli beberapa hari lepas. Harap ada lah nanti dapat akak merasa jugak.

      Delete
  7. Dulu Fiza belajar di Jepun ke? Bagusnya boleh berbahasa Jepun. Aiskrim tu mmg nampak sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak, masa study dulu ambil bahasa Jepun. Kat UiTM wajib ambil bahasa ketiga masa degree :)

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

blogger
© Blog Sihatimerahjambu
simerahjambu