Header Ads


Telefilem Lalang

Tonton Telefilem Lalang ulang siaran pada hari Jumaat 12 Ogos 2022 pukul 3:00 petang di slot Drama On 2 TV2. Juga boleh tonton telefilem Lalang di portal online rtm klik (rtmklik.rtm.gov.my) jika terlepas siarannya.

Telefilem lalang disiarkan khas sempena bulan Kemerdekaan dibintangi pelakon Syazwan Zulkifly, Sasqia Dahuri, Qi Razali, Ooi Teck Wooi, Muhammad Raif Ikhwan Rajali, Hushairi Husain, Hasnul Rahmat, Ain Evon Tay, Tiffany Sia May Sim dan ramai lagi.

telefilem lalang tv2

TELEFILEM LALANG

Waktu siaran : Jumaat, 12 Ogos 2022, pukul 3:00 petang
Siaran TV : Slot Drama On 2 di TV2
Penulis Skrip : Mazlan Abdul Manan
Pengarah : Hisyamudin Ahmad
Produksi : Unit Drama RTM

PELAKON TELEFILEM LALANG

Syazwan Zulkifly sebagai Embong
Sasqia Dahuri sebagai Rohani
Qi Razali sebagai Mejar Tanaka
Ooi Teck Wooi sebagai Ah Heng
Ain Evon Tay sebagai Sue Lan
Hushairi Husain sebagai Salleh
Muhammad Raif Ikhwan Rajali
Hasnul Rahmat
Tiffany Sia May Sim

TELEFILEM LALANG

Kisah tentang Embong (Syazwan Zulkifly) dan Ah Heng (Ooi Teck Wooi) yang cuba mengelak diri mereka daripada dipergunakan ketika era zaman penaklukan Jepun di Tanah Melayu. Mereka tidak sanggup menjadi lalang yang terpaksa mengikut arah.

Namun ugutan daripada Ah Chai untuk mencederakan Sue Lan m (Ain Evon Tay)  dan Ah Yee menyebabkan Ah Heng terpaksa mengalah dan berpegang pada prinsip sesekali kita perlu menjadi lalang yang mampu hidup dalam sekebun ubi kayu. Jangan jadi seperti ubi kayu yang tidak mampu hidup dalam kebun yang dipenuhi lalang.

Satu malam, kedai Ah Heng dibakar oleh Mejar Tanaka (Qi Razali) dan tenteranya. Ah Heng terpaksa menyorok daripada Jepun. Atas dasar setiakawan dan kemanusiaan, Embong dan Rohani menyembunyikan Ah Heng di pondok kebunnya.

Dalam masa sama, Embong terpaksa berdepan dengan permusuhan ditimbulkan oleh Salleh yang menjadi tali barut Jepun. Salleh memang menyimpan dendam lama terhadap Embong kerana menganggap Embong merampas kekasihnya, Rohani.

Ketika tinggal di pondok, Ah Yee teringin bermain layang-layang dengan menggunakan surat khabar Cina tetapi Sue Lan bimbang akan dilihat oleh penduduk setempat dan mereka akan tahu ada keluarga Cina yang menyorok dalam penempatan orang Melayu.

Malangnya ketika Ah Yee bermain layang-layang, dia telah ditembak oleh Ah Chai yang menyangka Ah Yee anak orang Melayu kerana dendam dan marahnya terhadap orang Melayu yang sanggup menjadi tali barut Jepun. Apa kesudahan cerita lalang ini?

2 comments:

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.