Telefilem Titi Kayu

Tonton Telefilem Titi Kayu ulang siar pada hari Ahad 28 Ogos 2022, pukul 10:30 malam di slot Cereka Ahad TV3 sempena Hari Kemerdekaan. 

Telefilem Titi Kayu dibintangi pelakon utamanya Michael Ang dan adik Syed Ali Murtadha bersama barisan pelakon Rahim Omar, Riz Amin, Margaret Gan, Jaja Iliyes, Iqram Dinzly dan Aril Shahril.

telefilem titi kayu

TELEFILEM TITI KAYU

Waktu siaran : Ahad, 28 Ogos 2022, pukul 10:30 malam
Siaran TV : Slot Cereka Ahad TV3
Penulis skrip : Joe Sidek
Pengarah : Raja Mukhriz
Produksi : Eleven Field Sdn Bhd

PELAKON DAN WATAK

  • Michael Ang sebagai Cheong Ah Ling/Alim
  • Syed Ali Murtadha sebagai Umar
  • Rahim Omar
  • Riz Amin
  • Margaret Gan
  • Jaja Iliyes
  • Iqram Dinzly
  • Aril Shahril

SINOPSIS TELEFILEM TITI KAYU

Mengisahkan tentang Cheong Ah Ling atau Alim, seorang pemuda lurus bendul yang bersahabat baik dengan seorang kanak-kanak iaitu Umar. Alim sangat disenangi penduduk kampung yang majoritinya orang Melayu kerana keramahan dan sikap ringan tulangnya walaupun dia berbangsa Cina Peranakan.

Walaupun sudah berusia 35 tahun, dia bersahabat baik dengan Umar yang baru berumur 9 tahun. Rumah Alim dan Umar berhampiran namun dipisahkan dengan sebatang sungai. Oleh itu, Alim terpaksa berkayuh basikal menggunakan jalan raya yang agak jauh setiap hari untuk menemui Umar.

Alim dan Umar memikirkan alternatif untuk membina sebuah titi kayu untuk menyeberangi sungai yang memisahkan rumah mereka. Idea itu tercetus selepas dia terpaksa menggunakan laluan jauh untuk membawa ibunya mendapatkan rawatan di hospital dan memakan masa yang lama.

Namun, idea mereka itu tidak diterima oleh ketua kampung iaitu Pak Samad. Alim dan Umar tekad untuk membina titi kayu itu sendiri walaupun tidak mendapat bantuan orang kampung.

LAGU TEMA (OST) TELEFILEM TITI KAYU

Lagu : Dia Ada
Penyanyi : Farah

No comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.