Header Ads


Niat Puasa Sunat Hari Putih Dan Kelebihan Puasa Sunat Hari Putih

Dalam bulan Muharram, umat Islam digalakkan untuk memperbanyakkan amalan puasa sunat kerana bulan Muharram merupakan bulan Allah yang membuktikan kemuliaan dan kelebihan bulan Muharram. Puasa sunat dalam bulan Muharram adalah puasa selepas puasa selepas berpuasa di bulan Ramadan.

Daripada Abu Hurairah r.a., beliau bersabda :

سُئِلَ أَيُّ الصَّلَاةِ أَفْضَلُ بَعْدَ الْمَكْتُوبَةِ وَأَيُّ الصِّيَامِ أَفْضَلُ بَعْدَ شَهْرِ رَمَضَانَ فَقَالَ أَفْضَلُ الصَّلَاةِ بَعْدَ الصَّلَاةِ الْمَكْتُوبَةِ الصَّلَاةُ فِي جَوْفِ اللَّيْلِ وَأَفْضَلُ الصِّيَامِ بَعْدَ شَهْرِ رَمَضَانَ صِيَامُ شَهْرِ اللَّهِ الْمُحَرَّمِ

Maksudnya : Rasulullah SAW pernah ditanya, "Solat apakah yang paling utama setelah solat fardhu? Dan puasa apakah yang paling utama setelah puasa Ramadlan?" Maka Baginda SAW menjawab: "Solat yang paling utama setelah solat fardhu adalah solat pada sepertiga akhir malam. Dan puasa paling utama setelah puasa Ramadhan adalah puasa di bulan Muharram." - (HR Muslim, hadis sahih)

niat puasa hari putih 2022 kelebihan puasa hari putih

Puasa sunat bulan Muharram selain puasa Isnin dan Khamis, umat Islam digalakkan puasa sunat Tasu'a dan puasa sunat Asyura (9, 10 & 11 Muharram 1444H pada 7,8 & Ogos 2022) dan juga puasa sunat Hari Putih (13,14 & 15 Muharram 1444H pada 11, 12 & 13 Ogos 2022).

Tarikh puasa sunat Hari Putih 2022

Bermula hari Khamis hingga Sabtu (11, 12 & 13 Ogos 2022) adalah Puasa Hari Putih bersamaan 13,14 & 15 Muharram 1444H.

Apakah puasa Hari Putih (Ayyamul Bidh)

Hari Putih bermaksud hari pada pertengahan bulan Islam, iaitu 13, 14 dan 15 hari bulan Qamariah. Ia dipanggil Ayyamul Bidh (Hari Putih) kerana pada pada malam-malam tersebut adalah waktu bulan purnama dengan sinaran bulan yang putih. Pada tarikh-tarikh, kita disunatkan berpuasa sebagai tambahan ibadah selain ibadah-ibadah yang lain.

Berdasarkan hadis, daripada Ibnu Milhan al-Qaisi daripada ayahnya, dia berkata :

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَأْمُرُنَا أَنْ نَصُومَ الْبِيضَ: ثَلاَثَ عَشْرَةَ، وَأَرْبَعَ عَشْرَةَ، وَخَمْسَ عَشْرَةَ. وَقَالَ: هُنَّ كَهَيْئَةِ الدَّهْرِ

Maksudnya : "Rasulullah SAW memerintahkan kami agar berpuasa pada hari putih (bidh) iaitu pada tiga belas, empat belas, dan lima belas. Beliau berkata; hari-hari tersebut umpama setahun".
- (HR Abu Daud, hadis sahih)

Dari Abu Dzar, Rasulullah bersabda :
Jika engkau ingin berpuasa tiga hari setiap bulannya, maka berpuasalah pada tanggal 13, 14, dan 15 (dari bulan Hijriyah).”
- Hadis riwayat Tirmizi dan an-Nasa’ie 

Sejarah puasa Hari Putih

Ahli sejarah Islam, Ibnu Kathir mengatakan bahawa ibadat puasa sudah ada sejak zaman Nabi Adam a.s dan Hawa a.s. Menurutnya, Adam berpuasa selama tiga hari setiap bulan sepanjang tahun.

Diriwayatkan bahawa Nabi Adam a.s apabila sampainya di bumi setelah diturunkan dari syurga akibat kesalahan yang dilakukan, baginda bertaubat kepada Allah s.w.t dan baginda berpuasa selama tiga hari setiap bulan. Itulah yang kemudian dikenal dengan puasa hari-hari putih iaitu pada setiap tanggal 13, 14 dan 15 setiap bulan di mana ia juga sunnah untuk dikerjakan oleh umat Nabi Muhammad s.a.w.

Niat puasa sunat Hari Putih (Ayyamul Bidh)


نَوَيْتُ صَوْمَ اَيَّامَ الْبَيْضِ سُنَّةً لِلَّهِ تَعَالَى

niat puasa sunat hari putih dalam rumi : Nawaitu sauma ayyaamal bidh sunnatan lillahi ta’ala

Maksudnya : Sahaja aku puasa sunat hari putih kerana Allah Taala.

Kelebihan puasa Hari Putih

Ibadah puasa banyak fadhilatnya dalam pembentukan iman dan kesihatan diri. Bagi sesiapa yang berpuasa hari putih ini adalah antara kelebihan puasa hari putih yang diperolehi adalah seperti :

1. Pahala ibarat berpuasa sepanjang tahun

Bayangkan kita berpuasa sepanjang tahun tanpa henti selama 365 hari. Nescaya tiada yang terdaya dan mampu melakukannya. Beruntungnya kita dapat ganjaran seperti berpuasa sepanjang tahun dengan berpuasa pada hari putih.

Merujuk pada hadis :

صَوْمُ ثَلاَثَةٍ مِنْ كُلِّ شَهْرٍ وَرَمَضَانَ إِلَى رَمَضَانَ صَوْمُ الدَّهْرِ

Maksudnya : “Puasa tiga hari dari setiap bulan, dan bulan Ramadan ke bulan Ramadan adalah puasa sepanjang tahun.” – (Hadis Riwayat Muslim)


2. Meningkatkan daya imun badan menjadi kuat dan bertenaga

Dengan amalan berpuasa dapat meningkatkan ketahanan tubuh badan di samping mengelakkan dari pelbagai penyakit.

Sudah banyak kajian yang dijalankan dari dalam dan luar negara oleh orang Islam atau bukan Islam lalu mendapatkan hasil yang sama. Ketahanan tubuh manusia yang berpuasa lebih baik daripada yang tidak berpuasa.

3. Amalan yang menjadi wasiat Rasulullah SAW

Salah satu wasiat Nabi Muhammad SAW kepada Abu Hurairah RA adalah dengan berpuasa tiga hari dalam setiap bulan. Ini dijelaskan dalam sebuah hadis:

سَمِعْتُ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ عَمْرِو بْنِ العَاصِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا، قَالَ: قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «إِنَّكَ لَتَصُومُ الدَّهْرَ، وَتَقُومُ اللَّيْلَ؟» ، فَقُلْتُ: نَعَمْ، قَالَ: «إِنَّكَ إِذَا فَعَلْتَ ذَلِكَ هَجَمَتْ لَهُ العَيْنُ، وَنَفِهَتْ لَهُ النَّفْسُ، لاَ صَامَ مَنْ صَامَ الدَّهْرَ، صَوْمُ ثَلاَثَةِ أَيَّامٍ صَوْمُ الدَّهْرِ كُلِّهِ» ، قُلْتُ: فَإِنِّي أُطِيقُ أَكْثَرَ مِنْ ذَلِكَ، قَالَ: «فَصُمْ صَوْمَ دَاوُدَ عَلَيْهِ السَّلاَمُ، كَانَ يَصُومُ يَوْمًا وَيُفْطِرُ يَوْمًا، وَلاَ يَفِرُّ إِذَا لاَقَى»

Bermaksud : “Aku mendengar Abdullah bin `Amru bin al-`As RA katanya, Nabi SAW bersabda: Bahawasanya engkau berpuasa sepanjang tahun dan bangun di waktu malam? Jawabku, “Ya.”, Nabi SAW menjawab: Bahawasanya engkau jika engkau lakukan yang demikian, cengkung matamu dan lemah dirimu. Tiada puasa bagi orang yang puasa sepanjang tahun. Puasa tiga hari (dalam sebulan) adalah puasa sepanjang tahun. Aku menjawab: Aku mampu lebih daripada itu, Nabi SAW menjawab: Puasalah puasa Nabi Daud AS Baginda Nabi Daud AS berpuasa satu hari dan berbuka satu hari. Nabi Daud tidak lari ketika bertemu.” - (Hadis Riwayat Sahih Bukhari)

4. Merasai hikmah bagaimana kepayahan hidup fakir miskin

Dengan berpuasa mengajar kita untuk mensyukuri segala nikmat yang ada apabila melihat kepayahan hidup orang lain yang miskin dan tidak berkemampuan untuk meneruskan kehidupan.

5. Membersihkan jiwa

Secara tidak lansung dengan berpuasa dalam mendidik diri membersihkan jiwa untuk menjauhi sifat-sifat mazmumah dan melazimkan dengan sifat-sifat mahmudah. Amalan berpuasa juga dapat melatih diri dari segi spiritual, rohani, dan jasmani.

Puasa sunat Isnin dan Khamis

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi Muhammad SAW bersabda :

تُعْرَضُ الأَعْمَالُ يَوْمَ الِاثْنَيْنِ وَالخَمِيسِ، فَأُحِبُّ أَنْ يُعْرَضَ عَمَلِي وَأَنَا صَائِمٌ

Maksudnya : “Amalan dibentangkan pada hari Isnin dan Khamis, maka aku lebih suka amalanku dibentangkan ketika aku sedang berpuasa.”- (HR Tirmizi, hadis hasan gharib)

Dalam sebuah hadis yang lain, Saidatina Aisyah r.a. berkata :

كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَتَحَرَّى صَوْمَ الِاثْنَيْنِ وَالخَمِيسِ

Maksudnya : “Adapun Nabi SAW sentiasa berpuasa pada hari Isnin dan Khamis.”- (HR al-Tirmizi, hadis hasan)

Mari kita ambil peluang ini untuk melazimi puasa sunat pada hari yang terpilih di dalam bulan Muharam dan juga dibulan bulan lain.

Semoga Allah berkati segala amal ibadah yang kita lakukan, pelihara kita daripada godaan nafsu dan kurniakan rahmat-Nya. Aamiin...

sumber : Ustazah Asma' Harun | Mufti Terengganusinar + | mysihat

14 comments:

  1. syukran...banyak kebaikan berpuasa...hari putih ni juga hari yg baik utk berbekam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Saya baru tahu hari putih bagus untuk berbekam.

      Delete
  2. Hampir terlupa. Lama tidak buat. Tq ingatkan.

    ReplyDelete
  3. terima kasih atas perkongsian..baru nak menggoogle..dah keluar kat dashboard blogger

    ReplyDelete
  4. Selamat menjalani ibadah puasa sunat di bulan muharram

    ReplyDelete
  5. Moga kita semua diberi kemudahan dan kesihatan yang baik untuk terus beramal pada bulan ini.

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.