Header Ads


Telefilem Selimut Merdeka

Tonton Telefilem Selimut Merdeka ulang siaran sempena bulan Kemerdekaan pada hari Sabtu 27 Ogos 2022 pukul 10:00 malam di Slot Cerekarama TV3. Juga boleh tonton Telefilem Selimut Merdeka live streaming online di portal tonton (www.tonton.com.my). 

telefilem selimut merdeka

TELEFILEM SELIMUT MERDEKA

Waktu siaran : Sabtu, 27 Ogos 2022, pukul 10.00 malam
Idea asal & Penulis skrip : Mama Bella
Pengarah : Heykal Hanifah

PELAKON TELEFILEM SELIMUT MERDEKA

Dato Ahmad Tarmimi Siregar
Shahz Jaszle
Riz Amin
Wan Sharmila
Nurqistina Raishah
Fizz Fairuz
Faezah Elai
Ben Laden
Faiz Faitullah

SINOPSIS TELEFILEM SELIMUT MERDEKA

Pak Merdeka dan Mak Asiah cuba untuk tidak membezakan kasih sayang antara anak angkatnya, Azim dan anak kandungnya, Zaki. Kini usia Pak Merdeka telah mencapai usia emas 59 tahun. Mak Asiah telah meninggal dunia namun pada hayatnya, Pak Merdeka mahu menghabiskan sisa hidupnya bersama anak-anak dan memilih untuk tinggal Zaki yang telah berumah tangga.

Puas Azim memujuk meminta Pak Merdeka untuk tinggal bersamanya namun Pak Merdeka memberikan pelbagai alasan. Sedari kecil, Azim cuba untuk memenangi hati Pak Merdeka walaupun dia cuma anak angkat, dia ikhlas sayangkan Pak Merdeka namun entah mengapa Pak Merdeka tetap berkeras untuk tidak mahu tinggal bersamanya.

Sebaliknya, dirumah anaknya sendiri, kehadiran Pak Merdeka pula tidak disukai oleh isteri Zaki, Sarah. Sarah tidak suka Pak Merdeka sering memakai bendera yang Pak Merdeka gelarkan sebagai selimut Merdeka dan menjaja cerita tentang betapa bangganya dia menjadi anak Merdeka kerana dia dilahirkan pada 31 Ogos. Bagi Sarah, perangai Pak Merdeka menjengkelkan.

2 comments:

  1. Jalan cerita ni nampak sedih.. harus ditonton..
    Aini ada kawan ayah dia lahir pada 31 Ogos.. Setiap tahun akan dihiasi luar rumah penuh dengan bendera.. hampir setiap tahun masuk surat khabar..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh tengok nanti. Untung orang yang lahir hari Merdeka ni, sambut 1 Malaysia. Mesti meriah rumahnya setiap kali Merdeka.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.