Terpaling Juara

Tonton Terpaling Juara, program hiburan terbaharu di TV3 yang menampilkan artis-artis popular tanah air mula bersiaran pada hari Ahad 21 Ogos 2022 pukul 9:00 malam di TV3 siaran langsung dari Studio Sri Pentas 2, Shah Alam. Juga boleh tonton Terpaling Juara live streaming online secara HD menerusi tonton (www.tonton.com.my).

Terpaling Juara menampilkan Haziq Hussni dan Shiha Zikir sebagai hos serta Datuk Hattan dan Fauziah Latiff sebagai juri tetap. Program Terpaling Juara membuka gelanggang dengan konsert pengenalan semua peserta sebelum tiga kapten mengumumkan siapakah dua peserta pilihan mereka.

Terpaling Juara adalah program hiburan yang berkonsep baharu mempertaruhkan tiga kapten bersama-sama dengan enam peserta sepanjang lapan minggu yang terdiri daripada tiga penyanyi senior dan tiga peserta yang dipilih daripada uji bakat.

Tiga kapten terdiri daripada bekas pemenang Anugerah Juara Lagu (AJL) iaitu
  • Akim Ahmad (Juara Lagu 30 - Potret)
  • Hael Husaini (Juara Lagu 32 - Jampi & Juara Lagu 33 - Haram)
  • Naim Daniel (Juara Lagu 34 - Sumpah)

Kapten ditugaskan untuk membimbing seorang penyanyi legenda dan seorang bintang baharu untuk menjayakan persembahan mingguan yang bertemakan #playlistAJL.

Penyanyi lagenda tersebut adalah Ifa Raziah, Hazami dan Rahmad Mega penyanyi yang popular dengan genre muzik masing-masing menyahut cabaran untuk melakukan anjakan paradigma dalam kerjaya nyanyian mereka.

Tiga peserta yang terpilih pula terdiri daripada Shaz (Shazreen Shaharum, 26); Aqmal (Aqmal Ramdan, 26) dan Aqeesh (Aqeesh Aleeya, 18) menerusi uji bakat yang berlangsung pada 2 dan 3 Julai yang lalu.

terpaling juara tv3

TERPALING JUARA

Jumlah episod/minggu : 8
Mula siaran : 21 Ogos 2022
Waktu siaran : Ahad, 9:00 malam
Siaran TV : TV3
Pengacara : Haziq Hussni dan Shiha Zikir
Juri tetap : Datuk Hattan dan Fauziah Latiff

Juara Terpaling Juara 2022

Pemenang Terpaling Juara akan membawa pulang hadiah berjumlah RM100,000, manakala naib juara bakal memenangi RM50,000 dan pemenang ketiga pula menerima RM30,000.

Terpaling Juara ditaja oleh Vivo sebagai penaja utama, Nivea sebagai penaja bersama, Hot FM sebagai rakan radio rasmi, Berita Harian dan Harian Metro sebagai rakan media rasmi serta Xtra dan Oh Bulan! sebagai rakan digital.


2 comments:

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.