Lagu Merdeka 2022 dan Senarai Lagu Patriotik

Negara kita Malaysia bakal meraikan Sambutan Hari Kebangsaan 2022 Ke-65. Pada tahun ini, Hari Merdeka 2022 dapat disambut dengan lebih meriah dan secara terbuka dengan acara perarakan di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada 31 Ogos 2022.

Semangat Kemerdekaan disemarakkan lagi dengan nyanyian lagu merdeka berkumandang. Lagu Merdeka 2022 mengikut tema Hari Kebangsaan 2022 iaitu Keluarga Malaysia Teguh Bersama.

lagu merdeka 2022
sumber : google


Lagu Tema Hari Kemerdekaan Hari Malaysia 2022 (Tema : Keluarga Malaysia Teguh Bersama)

Lirik Lagu Hari Kemerdekaan Hari Malaysia 2022

Lagu : Kusham
Lirik : Zaira Sham

Laungan kita 
Malaysiaku... tanah airku 
Negaraku...Malaysiaku 
Lihatlah kita... wahai bangsaku 

Setiap jiwa pasti bangga 
Atas nama bangsa Malaysia 
Sekian lama merdeka 
Tertumpahnya cinta 

Usia kita makin dewasa 
Berkali-kali kita diuji 
Kasihnya bangsa dibela 
Maruah dijaga 

Keluarga Malaysia Teguh Bersama 
Keluarga Malaysia Teguh Bersama 

Laungan kita 
Malaysiaku... tanah airku 
Negaraku...Malaysiaku 
Lihatlah kita... Wahai bangsaku 

Semaikan cinta gerak hati pasti murni 
Nyala semangat dipalu 
Kita bagai aur dengan tebing 

Keluarga Malaysia Teguh Bersama 
Keluarga Malaysia Teguh Bersama 

Laungan kita 
Malaysiaku... tanah airku 
Negaraku...Malaysiaku 
Lihatlah kita... wahai bangsaku 

Semaikan cinta gerak hati pasti murni 
Nyala semangat dipalu 
Kita bagai aur dengan tebing 
Keluarga Malaysia Teguh Bersama 

Semaikan cinta gerak hati pasti murni 
Nyala semangat dipalu 
Kita bagai aur dengan tebing 
Keluarga Malaysia Teguh Bersama 

Semaikan cinta 
Gerakkan hati 
Nyala semangat 
Keluarga Malaysia Teguh Bersama 

Semaikan cinta 
Gerakkan hati 
Nyala semangat 
Keluarga Malaysia Teguh Bersama

Lagu Tanggal 31, Lagu Merdeka Allahyarham Dato' Sudirman bin Haji Arshad seringkali dimainkan setiap kali Merdeka. Bila dengar lagu Tanggal 31 terus rasa semangat patriotik tu. Apatah lagi bila dinyanyikan beramai-ramai. Selain tu, ada beberapa lagi lagu-lagu patriotik malar segar sehingga kini. 

Senarai lagu merdeka dan lagu patriotik

1. Lagu Tanggal 31 - Allahyarham Dato' Sudirman bin Haji Arshad

Lagu patriotik Tanggal 31 dinyanyikan oleh Allahyarham Dato’ Sudirman bin Haji Arshad. Rentak lagu ni rancak dan catchy mudah melekat dalam kepala. Sampai sekarang masih ingat bait-bait liriknya.

Sempena lagu Tanggal 31 ini juga,  Allahyarham Dato' Sudirman bin Haji Arshad telah mencipta sejarah dengan memakai busana inspirasi daripada bendera Malaysia (Jalur Gemilang) sewaktu menyanyikannya.

Lagu Tanggal 31 juga merupakan karya patriotik ikonik yang asalnya dinyanyikan oleh penciptanya sendiri iaitu Allahyarham Ahmad CB. Menariknya, versi Ahmad CB melodinya berentak perlahan dan kedengaran lebih klasik.

Lirik Lagu Tanggal 31

Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Merdeka! Merdeka!
Tetaplah merdeka
Ia pasti menjadi sejarah

Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Hari yang mulia
Hari bahagia
Sambut dengan jiwa yang merdeka

Mari kita seluruh warga negara
Ramai-ramai menyambut hari merdeka
Merdeka!
Tiga satu bulan lapan lima puluh tujuh
Hari mulia negaraku merdeka

Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Merdeka! Merdeka!
Tetaplah merdeka
Ia pasti menjadi sejarah

Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Hari yang mulia
Hari bahagia
Sambut dengan jiwa yang merdeka

Mari kita seluruh warga negara
Ramai-ramai menyambut hari merdeka
Merdeka!
Tiga satu bulan lapan lima puluh tujuh
Hari mulia negaraku merdeka

Mari kita seluruh warga negara
Ramai-ramai menyambut hari merdeka
Merdeka!
Tiga satu bulan lapan lima puluh tujuh
Hari mulia negaraku merdeka

Merdeka merdeka merdeka
MERDEKA!

2. Lagu 1 Malaysia

Lagu Satu Malaysia dicetuskan sempena Sambutan Hari Kebangsaan Malaysia yang ke-53 dan masih popular sehingga hari ini. Kejayaan lagu ini bertitik tolak daripada matlamat kerajaan untuk mencapai gagasan terhadap pembinaan dan pembentukan bangsa Malaysia.

Lirik Lagu 1 Malaysia

Dunia kian berubah
Perubahan melingkari
Melaksana hasrat hati
Kejayaan terbukti

Dunia yang megah
Dengan misi yang gagah
Kerana perpaduan
Kita masih bersama

Chorus
Kita satu bangsa, Kita satu Negara
Kita satu matlamat, oooo
Kita satu bangsa, satu Negara
Kita satu Malaysia

3. Lagu Jalur Gemilang

Lagu Jalur Gemilang judul asalnya 'Benderaku' yang ditulis oleh penulis lagu, Tony Fonseka. Selepas bendera Malaysia diberikan nama Jalur Gemilang, lagu kebangsaan telah dikemas kini pada tahun 1997 selari dengan perubahan ini.

Kemudian disusuli dengan pengenalan lagu bendera baharu, dengan susunan oleh penulis lagu Malaysia Pak Ngah dan lirik oleh penulis lagu Siso Kopratasa.

Lagu Jalur Gemilang dicipta sebagai dedikasi terhadap bendera kebangsaan Malaysia. Lirik yang terkandung dalam karya ini menjelaskan setiap warna dan lambang yang terdapat pada bendera ini. Menerusi nyanyian, dapat membantu anak-anak terutamanya, mengetahui maksud di sebalik lambang dan warna yang ada dengan mudah.

Lirik Lagu Jalur Gemilang

Merahmu bara semangat waja
Putihmu bersih budi pekerti
Kuning berdaulat payung negara
Biru perpaduan kami semua

Puncak dunia telah kau tawan
Lautan luas telah kau redah
Membawa semangat jiwa merdeka
Semarak jaya kami warganya

Empat belas melintang jalurnya
Semua negeri dalam Malaysia
Satu suara satu semangat
Itu sumpah warga berdaulat

Jalur gemilang… di bawah naunganmu
Jalur gemilang… kami semua bersatu
Perpaduan ketaatan
Amalan murni rakyat Malaysia
Jalur gemilang… megah kami terasa
Jalur gemilang… kibarkanlah wawasan
Merah putih biru kuning
Jalur semangat kami semua

Berkibarlah
Berkibarlah
Berkibarlah

Jalur gemilang

4. Lagu Keranamu Malaysia

Lagu Keranamu Malaysia dicipta oleh pengubah lagu terkenal Malaysia iaitu Datuk Suhaimi Mohd Zain yang lebih dikenali sebagai Pak Ngah. Lirik oleh Syed Indera Syed Omar atau dikenali sebagai SISO.

Keranamu Malaysia merupakan lagu patriotik sekitar tahun 2000 sehingga 2006. Rentak lagunya yang rancak menjadikan lagu ini sedap didengari selainmengeluarkan bait-bait lirik yang membuatkan pendengar berasa bangga menjadi rakyat Malaysia.

Bait lirik di bahagian akhir “Terima kasih Malaysia!” seperti laungan membuatkan sesiapa saja yang menyebutnya akan merasai semangat yang berkobar-kobar dalam diri. Rangkap-rangkap lirik sebelumnya menceritakan perkembangan dan kemajuan negara yang berlaku, di mana telah memberikan keselesaan kepada kelangsungan rakyat pada hari ini.

Lirik Lagu Keranamu Malaysia

Buruh, nelayan dan juga petani
Gaya hidup kini dah berubah
Anak-anak terasuh mindanya
Lahir generasi bijak pandai

Pakar IT, pakar ekonomi
Jaguh sukan dan juga jutawan
Berkereta jenama negara
Megah menyusur di jalan raya

Alam siber teknologi terkini
Kejayaan semakin hampiri
Biar di kota ataupun desa
Kita semua pasti merasa bangga

CHORUS :
Keranamu kami mendakap tuah
Keranamu kami bangsa berjaya
Keranamu kami hidup selesa
Limpah budi kemakmuran negara

Keranamu kami bebas merdeka
Keranamu nyawa dipertaruhkan
Keranamu rela kami berjuang
Demi bangsa kedaulatan negara

Buruh, nelayan dan juga petani
Gaya hidup kini dah berubah
Anak-anak terasuh mindanya
Lahir generasi bijak pandai

Pakar IT, pakar ekonomi
Jaguh sukan dan juga jutawan
Berkereta jenama negara
Megah menyusur di jalan raya

Alam siber teknologi terkini
Kejayaan semakin hampiri
Biar di kota ataupun desa
Kita semua pasti merasa bangga

CHORUS :
Keranamu kami mendakap tuah
Keranamu kami bangsa berjaya
Keranamu kami hidup selesa
Limpah budi kemakmuran negara

Keranamu kami bebas merdeka
Keranamu nyawa dipertaruhkan
Keranamu rela kami berjuang
Demi bangsa kedaulatan negara

Keranamu negara Malaysia...
Malaysia...

TERIMA KASIH, MALAYSIA!

5. Lagu Inilah Barisan Kita

Lagu Inilah Barisan Kita sinonim dengan Perajurit Tanah Air. Lagu ini merupakan diptaan oleh saudara Saiful Bahari. Di dalam karya in mengandungi lirik-lirik pujian kepada kesediaan perajurit untuk berperang dan mati.

Mendengar lagu ini pastinya akan membuatkan pendengar rasa merinding berdiri bulu roma kerana semangat yang ada pada liriknya berjaya disampaikan. Bait-bait liriknya membuatkan pendengar membayangkan para perajurit yang berjuang melindungi keamanan dan kedaulatan negara.

Lirik Lagu Inilah Barisan Kita

Inilah barisan kita
Yang ikhlas berjuang
Siap sedia berkorban
Untuk ibu pertiwi

Sebelum kita berjaya
Jangan harap kami pulang
Inilah sumpah pendekar kita
Menuju medan bakti

Andai kata kami gugur semua
Taburlah bunga di atas pusara
Kami mohon doa
Malaysia berjaya

Semboyan telah berbunyi
Menuju medan bakti

6. Lagu Sejahtera Malaysia

Versi asal lagu Sejahtera Malaysia diyanyikan oleh Fauziah Ahmad Daud, Azlina Aziz, Rohana Jalil, Elaine Kang dan Desree pada tahun1980-an. Walaupun Lagu Sejahtera Malaysia telah dinyanyikan semula dalam pelbagai versi namun lagu ini masih mengekalkan semangat cintakan negara.

Lagu ini melambangkan kesyukuran rakyat Malaysia yang berbilang kaum, agama, budaya dan bangsa kerana dapat menjalani kehidupan di sebuah negara yang aman dan makmur.

Lirik Lagu Sejahtera Malaysia

Puji dan syukur pada Ilahi
Anugerahnya tiada terhingga
Kedamaian kemakmuran
Malaysiaku bahagia

Dengan tekad untuk berjaya
Berbakti pada nusa dan bangsa
Kami junjung cita-cita luhur
Perpaduan seluruh negeri

( korus )
Seia sekata sehati sejiwa
Menghadapi cabaran
Kami sedia kami setia
Berkorban untuk negara

Bersemarak Malaysia tercinta
Kibarkan panji kebesarannya
Kami rela menjaga namamu
Sejahtera Malaysia

7. Lagu Negaraku - Joe Flizzow, Altimet, SonaOne dan Faizal Tahir

Lagu patriotik bernuansa pop dengan gabungan hip hop yang mengangkat kisah perjuangan pelayar Melayu hebat, Panglima Awang atau Henry The Black dan Enrique of Malacca yang telah berjaya mengelilingi dunia. Lagu ini dipersembahkan oleh Joe Flizzow, Altimet, SonaOne dan Faizal Tahir pada 2016.

Lirik Lagu Negaraku - Joe Flizzow, Altimet, SonaOne dan Faizal Tahir

Negaraku
Negaraku
Kuberi sepenuhnya
Kuberi sepenuhnya

Ini negaraku
Oh darahku
Hiduplah sepenuhnya
Dirgahayu semua

Kalau kata itu kota
Kami bina tamadun
Lihat rangkap-rangkap pantun hidup beratus tahun
Bangkit seribu pewira selamat sejuta insan
Gelap dalam matahari insan juga bisa insaf

Mana cerita panglima yang wujud benar
Awang hitam kaji awan putih bila berlayar
Hamba keliling dunia
Tuannya yang terkenal
Dah merdeka dijasad harus bebas diakal

Hatiku tetap hanya padamu
Keranamu aku berdiri
Tanpamu cita-cita hanya kekal sebagai mimpi
Semuanya bermula dari sini

Negaraku
Negaraku
Kuberi sepenuhnya
Kuberi sepenuhnya demi

Negaraku
Oh darahku
Hiduplah sepenuhnya
Dirgahayu semua

Dan dari lima puluh tujuh jalannya
Telah disuluh bangkit
Seakan subuh rebung
Dilentur buluh terus ke
Enam tiga
Kami menjadi kita jangan dipersia
Akibat titik-titik nila

Biar hujan batu turun selebat tengkujuh
Selagi kami mampu semangat tak pernah lumpuh
Selagi ada tubuh untuk kamu aku memburuh
Usaha yang aku bubuh semua petir tiada guruh

Hatiku tetap hanya padamu
Keranamu aku berdiri
Tanpamu cita-cita hanya kekal sebagai mimpi
Semuanya bermula dari sini

Negaraku
Negaraku
Kuberi sepenuhnya
Kuberi sepenuhnya demi

Negaraku
Oh darahku
Hiduplah sepenuhnya
Dirgahayu semua

Ini untuk kamu yang terima undi aku
Try'na change the world
Bagi dunia suara baru
Ini bukan negara aku ini negara kita
Buat je cara kita
Buat je cara kita

Negaraku
Negaraku
Kuberi sepenuhnya
Kuberi sepenuhnya ini

Negaraku
Oh darahku
Hiduplah sepenuhnya
Dirgahayu semua

Ini untuk kamu yang terima undi aku
Try'na change the world
Bagi dunia suara baru
Ini bukan negara aku ini negara kita
Buat je cara kita
Buat je cara kita (negaraku)

8. Lagu Malaysia - Faizal Tahir

Lagu Malaysia ciptaan dan nyanyian Faizal Tahir dihasilkan pada tahun 2018. Lagu ini bergenre pop rock tetapi dipersembahkan dengan lenggok nyanyian ala irama Malaysia yang sangat subtle pada verse tertentu.

Lagu Malaysia berkonsep patriotik dan lagu ini sangat kena dengan jiwa pendengar generasi muda. Ia mengisahkan tentang luahan jiwa seseorang yang sanggup mempertahankan tanah air tercinta kerana kesetiaannya yang tidak berbelah bahagi dan walau apa pun rintangan mendatang, Malaysia tetap di hati selamanya.

Lirik Lagu Malaysia - Faizal Tahir

Aku pertahan sepenuh jiwa dan raga oh tanah airku
Aku berikan semua dan sesungguhnya oh tanah airku

Ku Malaysia
Malaysia
Ku pertahan sepenuhnya Malaysia

Selamat datang semua
Ini masa kita
Tunduk berhemah
Bukannya lemah

Selamat datang semua
Ini masa kita
Di mata dunia
luar biasa

Ku Malaysia
Malaysia
Ku pertahan sepenuhnya Malaysia

Ku Malaysia
Malaysia
Ku pertahan sepenuhnya Malaysia

Malaysia Malaysia
Pada mu ku setia
Tetap di hati selamanya

Malaysia Malaysia
Pada mu ku setia
Tetap di hati selamanya

Ku Malaysia
Malaysia
Ku pertahan sepenuhnya Malaysia

Aku pertahan sepenuh jiwa dan raga oh tanah airku
Aku berikan semua dan sesungguhnya oh tanah airku

Malaysia

9. Standing In The Eyes Of The World - Ella

Lagu Standing In The Eyes Of The World dicipta oleh Datuk Wah Idris manakala liriknya pula ditulis Datuk Habsah Hassan. Standing In The Eyes Of The World, sebuah lagu patriotik ikonik bertaraf dunia yang mampu membuatkan bulu roma meremang bila mendengarnya.

Asalnya ia menjadi lagu tema Sukan Komanwel Kuala Lumpur 1998 di bawah kepimpinan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Akan tetap apabila dihayati liriknya, ianya bersesuaian untuk dijadikan lagu patriotik untuk kemerdekaan negara.

Tambah menarik lagi, lagu ini dinyanyikan oleh Ella dalam temasya Sukan Komanwel pada 1998 dan kemudian menyanyikannya sekali lagi pada acara penutup Sukan SEA Kuala Lumpur pada 2017.

Lirik Lagu Standing In The Eyes Of The World - Ella

Pahit getir hidup dan pengorbanan
Terpaksa dihadapi, demi kejayaan
Terdidik sejak mula, tabah berusaha
Tanpa cuba melangkah, tak kemana
Di mana kau berada
Pencapaian tak tiba dengan mudah

Kini "Standing In The Eyes Of The World"
Hanyalah selangkah dari nyata
Keazaman membara dijiwa
Menanti saat bebas merdeka
Tiba masa kau melangkah gagah
Bersemangat ke arah matlamat sedaya upaya
Engkau terunggul
Wajar "Standing In The Eyes Of The World"

Harapan yang pernah terkulai layu
Kembali segar mekar bawah bayanganmu
Setiap manusia ingin berjaya
Namun tak semua miliki tuah
Engkau menghampirinya
Kesempatan telah pun tiba

Kini "Standing In The Eyes Of The World"
Hanyalah selangkah dari nyata
Keazaman membara dijiwa
Menanti saat bebas merdeka
Tiba masa kau melangkah gagah
Bersemangat ke arah matlamat sedaya upaya
Engkau terunggul
Wajar "Standing In The Eyes Of The World"


10. Lagu Zapin Malaysia – P.Ramlee
11. Lagu Dirgahayu Tanahair Ku – Norsheila Amin & Rohana Jalil
12. Lagu Perwira – Sharifah Aini
13. Lagu Warisan – Sudirman
14. Lagu Tegakkan Bendera Kita – Sudirman
15. Lagu Fikirkan Boleh
16. Lagu Wawasan 2020
17. Lagu Sukom 98 (Bersatu Selamanya)
18. Lagu Tari Tualang Tiga
19. Lagu Tari Silat Melayu
20. Lagu Tanjung Puteri
21. Lagu Tanah Pusaka
22. Lagu Siti Zubaidah
23. Lagu Setia
24. Lagu Setangkai Mawar
25. Lagu Senyum
26. Lagu Sekapur Sirih Seulas Pinang
27. Lagu Putra Putri
28. Lagu Pahlawanku
29. Lagu Muhibbah
30. Lagu Malaysia Tercinta
31. Lagu Malaysia Berjaya
32. Lagu Malaysia Baru
33. Lagu Kemegahan Negaraku
34. Lagu Ilham Pujangga
35. Lagu Di Hari Penghabisan
36. Lagu Bumi Malaysia

8 comments:

  1. banyaknya lagu merdeka tp tak pernah dgr

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang ada lirik tu antara lagu top pada saya lah. Bila dah digali gali banyak lagi rupanya lagu merdeka dari zaman dulu yang ada.

      Delete
  2. Bagus entry ni, semua lirik dalam 1 post aje!

    ReplyDelete
  3. Bagi Naim, lagu Jalur Gemilang sememang kena dengan Hari Kebangsaan kita. Lirik penuh bersemangat., :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Naim. Rentaknya pun buat orang semangat nak nyanyi.

      Delete
  4. dngar lagu merdeka rasa semangat dlm diri berkobar2

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.