Filem Perjalanan Pertama

Tonton Filem Perjalanan Pertama (The Wheels Of Life) mula ditayangkan di Malaysia pada 18 Ogos 2022 di pawagam seluruh Malaysuia. Filem Perjalanan Pertama adalah sebuah filem Indonesia yang menggabungkan pelakon Indonesia dan Malaysia iaitu pelakon cilik Muzzaki Ramdhan dan Dato Ahmad Tamimi Siregar.

Bukan hanya itu, Filem Perjalanan pertama juga menggabungkan dua syarikat produksi Indonesia dan Malaysia iaitu Mahakarya Pictures dan D' Ayu Pictures.

Film Perjalanan Pertama idea dari asal dan arahan Arief Malinmudo. Filem ini juga salah satu finalist untuk kategori Best Feature Drama pada Festival Film Muslim Australia yang berlansung pada 9-15 Oktober 2021 lalu.

Filem Perjalanan Pertama

FILEM PERJALANAN PERTAMA

Mula tayangan : 2 Disember 2021 (Jogja-NETPAC Asian Film Festival @JAFF), 14 Julai 2022 (Indonesia), 18 Ogos 2022 (Malaysia)
Penulis skrip : Arief Malinmudo
Pengarah : Arief Malinmudo
Produksi : Mahakarya Pictures, D' Ayu Pictures
Durasi film perjalanan pertama : 111 minit 

PELAKON DAN WATAK

  • Muzakki Ramdhan sebagai Yahya
  • Dato' Ahmad Tarmimi Siregar sebagai Tan
  • Adinda Thomas sebagai Nurma
  • Randy Pangalila sebagai Muchtar
  • Gilang Dirga
  • Komo Ricky
  • Angelica Petra
  • Adiezty Fersa
  • Upiak Isil
  • Arryyan Petra
  • Azlinda Zubir
  • Irfan Guchi

SINOPSIS FILEM PERJALANAN PERTAMA

Mengisahkan tentang Tan, seorang pelukis yang hidup disebuah kampung di ketinggian tanah Sumatera bersama cucunya Yahya, yang memilih tidak banyak berbual dengan Tan.

Tan berkerja di sebuah workshop seni milik seorang perempuan muda bernama Nia. Suatu ketika datanglah seorang perantau Yusuf yang memesan sebuah mahar pernikahan yang tak biasa dikerjakan di workshop seni Nia.

Namun Tan sanggup untuk cuba membuat sesuatu yang dikira baru dalam perjalanan karyanya. Ketika selesai, Tan perlu melakukan perjalanan bersama cucunya. Yahya perlu membantu atoknya memegang lukisan sebesar 60 x 90 cm diatas Vespa tua yang sudah lama sekali tidak dipakai.

"kita tidak pernah bisa memilih bagian mana yang akan ditiru oleh anak cucu kita, dan kenangan dari cerita apa yang akan diingat oleh anak cucu kita nanti,” - Arief  Malinmudo.

 

4 comments:

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.