Filem Leftenan Adnan

Tonton Filem Leftenan Adnan pada hari Rabu, 31 Ogos 2022, pukul 9:00 malam di TV2 sempena Hari Kemerdekaan lakonan Hairie Othman, Umie Aida, Farid Amirul, Faizal Hussein, Rusdi Ramli dan ramai lagi. Juga boleh tonton ulang siar Filem Leftenan Adnan live streaming online menerusi portal online, RTM Klik (rtmklik.rtm.gov.my).

Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Leftenan Adnan, sebuah filem perang drama Malaysia 2000 arahan Aziz M. Osman. Skrip ditulis oleh Aziz M.Osman dan Mejar Ramli Abu Bakar terbitan bersama Paradigm Film dan Markas Tentera Darat, Kementerian Pertahanan Malaysia.

Filem Leftenan Adnan Dibintangi oleh pelakon Hairie Othman sebagai watak utama, Umie Aida, Faizal Hussein, Farid Amirul, Faizal Hussein, Rusdi Ramli, Shaharuddin Thamby, Rambo Chin, Wahid Senario dan ramai lagi.

Filem ini mengisahkan tentang perjuangan pegawai tentera Tanah Melayu, Adnan Saidi (juga dikenali sebagai Leftenan Adnan) yang bertarung nyawanya demi menyelamatkan Tanah Melayu daripada penaklukan Tentera Jepun semasa Perang Dunia II.

Filem Leftenan Adnan merupakan projek yang telah lama dinantikan oleh Aziz yang menelan belanja sebanyak RM2.5 juta dengan jumlah pelakon dan krew melebihi 1,000 orang, sekaligus mencatat rekod sebagai filem paling mahal dan penerbitan terbesar dalam sejarah perfileman Melayu.

Lokasi filem Leftenan Adnan

Lokasi penggambaran filem Leftenan Adnan dijalankan di Perak, Negeri Sembilan dan Johor sekitar bulan Februari dan Mac 2000.

Kutipan filem Leftenan Adnan

Leftenan Adnan ditayangkan pada 31 Ogos 2000 bersempena dengan sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia ke-43 dan menerima pelbagai ulasan positif. Kutipan filem Leftenan Adnan sebanyak RM4.8 dan telah meraih kutipan pecah panggung.

Filem Leftenan Adnan telah memenangi 2 anugerah di Festival Filem Asia Pasifik ke-45 dan 4 anugerah di Festival Filem Malaysia ke-15. Walaupun aspek seni filem ini diterima baik, ketetapan salah mengenai sejarahnya telah menerima kritikan. Pada tahun 2020, versi filem ini diperbaharui dan telah dikeluarkan bersempena dengan ulang tahunnya yang ke-20.

filem leftenan adnan full movie

FILEM LEFTENAN ADNAN

Waktu siaran : Rabu, 31 Ogos 2022, pukul 9:00 malam
Siaran TV : TV2 | RTM Klik
Pengarah : Aziz M. Osman
Syarikat penerbitan : Markas Tentera Darat, Kementerian Pertahanan Malaysia, Paradigm Film
Diedarkan oleh : Grand Brilliance

PELAKON DAN WATAK

Hairie Othman sebagai Leftenan Adnan
Umie Aida sebagai Safiah
Farid Amirul sebagai Mejar Fujiwara
Faizal Hussein sebagai Prebet Ayob
Rusdi Ramli sebagai Prebet Malik
Shaharuddin Thamby sebagai Ibrahim Yaakob
Wahid Senario sebagai Ismail Malim Mas
M. Osman sebagai Pak Saidi
Sherie Merlis sebagai Tumirah
Rambo Chin sebagai Jeneral Yamashita
TS Jeffry sebagai Lai Tek
Yank Kassim sebagai Lim Bo Seng, orang kanan Lai Tek
Zul Yahya sebagai Ahmad
Johan Abdullah sebagai Kapten H R Rix
Williams Francis Hutchinson sebagai Tuan Smith

SINOPSIS FILEM LEFTENAN ADNAN

Pada tahun 1934, Kampung Sungai Ramal, Kajang, Selangor dikunjungi oleh anggota tentera British yang bertujuan untuk mencari anak-anak muda tempatan yang berkelayakan untuk diserapkan ke dalam pasukan Askar Melayu.

Beberapa pemuda kampung termasuk Adnan Bin Saidi berminat menjadi tentera, namun ibubapa beliau tidak merestui kemahuannya itu. Adnan nekad, bersama beberapa orang rakan, mereka keluar dari kampung dan menuju ke kem latihan ketenteraan di Port Dickson.

Di situ mereka mendaftarkan diri dan menjalani latihan fizikal dan mental bagi melayakkan diri untuk menjadi seorang tentera. Keberanian dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh Adnan melayakkannya terpilih sebagai rekrut terbaik dan seterusnya beliau diserapkan ke dalam pasukan Askar Melayu. 

Dalam waktu yang singkat, Adnan telah menerima kenaikan pangkat menjadi Kolor Sarjan pada tahun 1937. Pada tahun yang sama beliau turut terpilih menyertai upacara pertabalan King George VI di London.

Tidak lama kemudian, Adnan dinaikkan pangkat sekali lagi menjadi seorang Leftenan. Ketika Perang Dunia Kedua, Leftenan Adnan Saidi telah terkorban semasa mempertahankan Tanah Melayu daripada serangan tentera Jepun. Pertempuran di Bukit Candu yang terletak di Pasir Panjang, Singapura itu menyaksikan gugurnya seorang perwira Melayu yang begitu digeruni oleh musuh.

10 comments:

  1. tq dear for sharing very informative information. Memang best cerita ni, ada semangat patriotik.Eh dah laytan Air Force movie ke belum?

    ReplyDelete
  2. pernah tengok, tapi dah tak ingat jalan cerita..

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. Betul betul. Inilah filem yang sesuai ditayangkan bila Merdeka tiba.

      Delete
  4. penah tngok jgk dlu.. tp dh lupa ceritanya.. nnti nk tngok smula

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah, lama dah tengok ingat ingat lupa jalan ceritanya. Ada ulang siar boleh tengok lagi.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.