Apa Geng Kuat Komen Dapat?

Dalam hari yang sama dapat bungkusan hadiah berupa beg, dapat juga sepucuk sampul surat berwarna putih dalam peti pos. Dah boleh agak pengirimnya daripada siapa. Macam dah tahu juga apa isi dalamnya sebab nampak blogger update dapat hadiah yang sama.

Bukan lagi rahsia tapi tetap teruja terima sampul yang berisi hadiah. Tak kisah lah hadiah apa sekalipun tetap tak sabar nak bukak.

Pengirimnya tak lain tak bukan blogger Shida Radzuan. Hadiahnya berupa  face mask Jovian Fazbulous dan sheet mask BioAqua cahnsai vitamin C. Dah boleh buat koleksi face mask hadiah dari Shida dah ni. Sebelum ni dapat face mask Jovian 3-ply monogram black

Kali ni dapat face mask 3-ply Jovian Fazbulous lah pulak. Bolehlah cantik bergaya macam Fazura, kannn...Pakai face mask pun lawa. Dapat pulak tu sheet mask BioAqua Cahnsaai Vitamin C. Boleh jugak menambah seri kulit muka ni. 

Face Mask Jovian Fazbulous dan Sheet Mask BioAqua Cahnsai Vitamin C

Boleh Agak Shida ni peminat setia pembeli face mask Jovian. Banyak koleksi face mask Jovian yang Shida ada. Terima kasih Shida kirimkan hadiahnya sempena jadi salah seorang geng kuat komen bulan Julai, Ogos dan September blog Shida.

Semoga bertambah tambah rezeki Shida dengan segala keberkatan dan berpanjangan..Aaaminnn...

Yang belum singgah blog Shida lagi, ayuh! Alang-alang singgah kita tinggalkan komen sebaris dua. 

34 comments:

  1. rajin komen, dapat mask hehehe..
    mask jovian pun comel2.. tp skrg kita try yg mask che ta, elfira loy tu.. lupa lak nama nya hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..terselit rezeki. Yang himaya tu ye? saya ada yang Erra Fazira. Best pakai soft je.

      Delete
  2. Tahniah Fiza...
    juga tuan tanah yg bagi hadiah...Semoga dilimpahkan lagi rezeki...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.. Terima kasih :)
      Semoga kita semua dilimpahi rezeki bertambah tambah. Aaminn...

      Delete
  3. ehhh kita lagi teruja nengok pothos kat belakang tu..hahahha

    ReplyDelete
  4. Seronok kan dapat hadiah2 daripada blogger..congrats again..

    ReplyDelete
  5. Tahniahhhhhh..saya belum guna lagi kedua-duanyaaa..Huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..Terima kasih nona..saya pun rasa sayang nak guna. Simpan dulu.

      Delete
  6. Lambat juga Fiza dapat.
    Haah agak Shida peminat pelitup muka Jovian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selalu lambat sikit banyak persinggahan dia. Jauh pulak tu kan.
      Itulah tu, saya syak Shida peminat face mask Jovian :)

      Delete
  7. Replies
    1. Terima kasih lyana. Ye, memang cantik design face mask Jovian ni :)

      Delete
  8. aida pun dpt face mask jovian dari shida.
    tapi tu la, phone buat hal, gambar ilang!!!
    abis beribu gambar ilang! tu yg x dpt buat entry utk shida :(

    pepons, tahniah fiza.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahniah Kak Aida. Aduhaiii..sedihnya gambar hilang. Pasni semua gambar kena transfer siap siap dalam komputer. Bila hilang masih ada lagi backup.
      Terima kasih kak Aida.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.