Santai di Chemistry Cafe + Lab

Friday, October 03, 2014


Semalam kebetulan singgah di Shah Alam dalam pukul 3 petang macam tu. Perut pun dah lapar. Sebelum tu ada mintak suggestion rakan facebook kat mana tempat makan/restaurant yang sedap kat Shah Alam tu memandangkan Fiza dah lama betul tak ke Shah Alam sejak habis study. Lagipun semua dah banyak berubah. Makin crowded dan makin sesak pulak tengok Seksyen 7 Shah Alam. Penuh dengan pelbagai kedai yang membangun.

Di antara cadangan yang ada, Fiza pilih untuk bersantai di Di Chemistry Cafe + Lab memandangkan dah nak waktu minum petang kan. So nak santai je la minum teh ke kopi petang petang ni. Ini dari luar rupa Chemistry Cafe + Lab ni..Cafe yang bertemakan makmal kimia kononnya. Cuba tengok dari luaran cafe ni. Nampak kelalang kon tu dan suasana cafe macam biasalah cantik, dengan design tu. Rupanya Cafe ni dekat je pun dengan rumah sewa masa study dulu. Kalau ada dulu, hari hari lepak sini kot.

chemistry cafe

Kat dalam ni ada nampak tabung uji, picagari, kelalang berdasar rata, rak tabung uji, kaki retort dan pengapit dan macam macam lagilah ada.. Pelbagai jenis sudut dan jenis set table yang ada. Kalau kat luar macam bar, masuk dalam sikit macam restaurant biasa, ala ala sinki lab ada bunga dalam tu dan ada lagi yang Fiza tak ingat lah. Memang seronok tengok deco cafe yang unik ni. Husband pulak memang jiwa dia kat makmal. So memang seronoklah dia. Husband order dulu..macam biasa sistem order dan bayar di kaunter dulu.

chemistry cafe

Di sebabkan minum petang so just order yang biasa biasa je la. Lagipun dah lama teringin nak makan lasagna ni. Order dua lasagna chicken..Nanti berebut pulak..hehe..Ke tak cukup kalau order satu? :p

lasagna chemistry cafe

Kamiorang order ice capppucino satu je. Ingat nak minum la hot drink tapi macam panas je kan cuaca sekarang ni. So order ice cappucino. Order satu je..share. Tengok je la order satu dah cukup untuk berdua. Banyak satu gelas berbentuk bikar sukatan ni.  Ada jugak tengok orang lain order minuman apa ntah dia letak dalam kelalang kon. Macam comel je..kreatif betul dorang ni.

ice cappucino

Total loss petang semalam RM30. Puas hati makan :). Kalau korang nak rasa suasana macam ni jangan lupa singgah dan rasakan sendiri. seronok bersantai kat sini sambil bersembang.

The Chemistry Cafe + Lab
No.26 Jalan Kristal J7/J, Seksyen 7
40000 Shah Alam, Selangor 
017- 6262797
chemistry cafe

Dah kenyang lepas tu lepak kat cafe fakulti kejuruteraan tempat makan zaman study dulu. Kebetulan nak jumpa kawan husband so Fiza kira mengimbas kenangan lalu lah kononnya..UiTM di hatiku katanya. Banyak jugak dah berubah kat dalam UiTM tu..rasa nak sambung master je pulak. Ntah bilelah ye.

18 comments

  1. wahh..cantik deco die..murah je..xde la mahal sgt kan harga lasagna tu

    ReplyDelete
  2. Terase nk g jgk mkn kat restoran tu sbb saye pmbntu mkmal..mmg dkt ngn jiwa saye..haha

    ReplyDelete
  3. Unik cafe ni.. boleh try kalau ke shah alam.. nak set siap2 dalam waze.. agak2 ke shah alam je boleh terus pergi cafe ni :))

    ReplyDelete
  4. nice! teringin nak makan kat situ sebab saya ni memang budak Sains zaman belajar dulu..hehe

    ReplyDelete
  5. konsep restorn yg menarik..kreatif sgt..xsemua org ada idea yg gila2 mcm ni! teringin nk pi!

    ReplyDelete
  6. dh lma trngin sgt nk singgah sni sbb tgk rmai yg post...tpi ntah bila bleh smpai sbb jauh sgt...hihi

    ReplyDelete
  7. Wah. Bestnya. Teringin nak pergi ! :)

    ReplyDelete
  8. agaknya picagari tu buat isi apa pulak eh...

    ReplyDelete
  9. memang kreatif dorang nie..
    kalau dekat2 sini... boleh singgah kejap :D

    ReplyDelete
  10. Makanan pon nampak sedappp tuuu ....nanti leh lanjer Kak Lya ya Fiza hehehe

    ReplyDelete
  11. air tu yang lagi menggoda Ros. maklumlah peminat tegar semua jenis coffee. hihih

    ReplyDelete
  12. Pernah minum kat sini dgn cik abg....tp x amik gambar sbb segan ngan dia...dia x bape suka if amik gambar time mkn or minum...huhu

    ReplyDelete
  13. Cntik la decoration nya.. Bekas minuman tu pun comel je..

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.