Karipap Gergasi Telur Rebus

Thursday, October 16, 2014

Pertama kali makan karipap gergasi telur rebus rasa macam "eh, sedap giler kot!". Ada yang pernah makan karipap gergasi telur rebus? Apa bezanya dengan karipap biasa? Bezanya cuma size dan tambahan inti je. 

Karipap gergasi telur rebus besarnya yang Fiza beli ni besar tapak tangan je. Ada yang lagi besar kot. Baru betul gergasi.

Karipap Gergasi Telur Rebus

Inti karipap biasa yang super sedap. Cukup rasa pedas dan manis tu dan ada separuh telur rebus.

Karipap Gergasi Telur Rebus

Puas hati makan karipap besar macam ni. Tak rugi membeli. Harga satu RM1.00. Beli kat pasar malam je. Itu je tempat yang Fiza tahu ada jual karipap gergasi telur rebus ni. Memandangkan dah cakap pasal karipap ni, letak sekali resepi karipap gergasi telur rebus ni. Letak dulu resepi nanti senang nak buat. Ntah bila lah tu kan.

Credit resepi : Sumber

Bahan-bahan (dapat lebih kurang 16 biji karipap gergasi) :

4 biji telur direbus dan di belah 4

Inti kentang

4 biji kentang saiz sederhana
3 sudu bawang + bawang putih mesin
2 sudu rempah kari
2 sudu udang kering dimesin.
2 sudu minyak.
1 biji bawang besar dipotong dadu.

Cara-cara
1. Kentang di potong dadu dan direbus hingga empuk ( 10 minit)
2. Tumis bawang hingga wangi, masukkan rempah kari dan udg kering
3. Masukkan kentang dan bawang potong dadu. Tambah sedikit air shj.
4. Sesuaikan rasa dan masak hingga kering.

Doh karipap
800 gm tepung
4 sudu marjerin dipanaskan
2 sudu teh garam
1 gelas air (anggaran)

Cara-cara
1. Panaskan marjerin dan terus masukkan ke dalam tepung dan di gaul hingga menjadi seperti serbuk roti
2. Air + garam dikacau hingga garam larut.
3. Masukkan air dan diuli hingga menjadi doh.
4. Rehatkan doh 15 minit.
5. Timbangkan doh dgn berat 65 - 70 gm dan diuli menjadi berbola.
6. Canaikan bola tepung tersebut hingga menjadi bulatan yg nipis.
7. Masukkan 2 sudu inti dan 1/4 telur rebus.
8. Ditutup dan dikelim tepinya.
9. Goreng dlm minyak sederhana panas.

Ada masa nanti bolehlah kita mencuba ye. Fiza pun tak pernah lagi buat karipap ni.huhu =_='

30 comments

  1. wow sedapnya karipap telur..yum yum :)

    ReplyDelete
  2. seringgit je? murahnya!! dkt melaka rm2 kot satu huhu.

    ReplyDelete
  3. Wahh, besarnya.. kenyang sampai ke petang ni.. Salam fizah, ingat aku lagi tak?? rockey uitm shah alam.. ')

    ReplyDelete
  4. first time dengar karipap telur rebus..hmm teringin plak nak makan...kat Kl ni tah mana pula nak mncari nie hehe..
    klik2 nuffnang kat sini ye

    ReplyDelete
  5. timm penah try! mmg sedap + kenyang..tpi still dpt sumbat byk2 dlm perut walaupun besaq gedabak..

    ReplyDelete
  6. karipap ikea tu kire karipap gergasi tak?hikhik..tp ade telur rebus sparuh jgk..yg tu je penah mkn..

    ReplyDelete
  7. diba penah makan karipap gergasi.. lg besar dr ni.. harga pn lbh kurg sama..

    ReplyDelete
  8. besar macam tu... dapat makan seketul pun puas hati kan

    ReplyDelete
  9. anak-anak saya semuanya suka makan karipap... mak jer yang tak berapa pandai nak buat... hehehe

    ReplyDelete
  10. akak suka beli yg kat ikea... sedapppp...

    ReplyDelete
  11. hari ni ramai pulak yang buat entry pasal karipap..teringin la pulak..

    ReplyDelete
  12. Tak pernah jumpa lgi karipap sebesar ni

    ReplyDelete
  13. Tak pernah jumpa lgi karipap sebesar ni

    ReplyDelete
  14. singgit murah lag itu Pija :) kalau sedap lagi ramai org datang, tak kisah la berapa harganya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Beso benor ni. Saya mao dekat sejam nak habiskan karipap ni..hihi

      Delete
  15. Pernah makan karipap gergasi telur rebus ni.. beli kat Esso Hulu Kelang.. mmg sedap..
    depend jg.. kalau inti sedap, maka sedaplah karipap tu :D
    Murahnya harga karipap yg fiza beli tu.. kalau kt sini mmg tak dapat kot harga tu

    ReplyDelete
  16. Kak Lya tak pernah lagi jumpa macam ni punyerr besar karipap nyerr ,...Nampak sodapp jer ni Fiza...

    ReplyDelete
  17. akak selalu beli yang kat MV tu...sekarang dah mahal...nak buat sendiri x reti la...gebu betul tu Fiza...sure sedap ni kan....

    ReplyDelete
  18. karipap ikea ada telur rebus...lama tak makan

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.