Cara Buat Dadih Coklat Sedap

Sunday, October 19, 2014

Semalam buat Dadih Coklat lepas balik dari rumah MIL. Sebenarnya ini pertama kali buat dadih. Senang je rupanya cara nak buat dadih sedap ni. Disebabkan petang tu kat rumah MIL ade buat dadih so rasa macam nak try jugak buat kat rumah. Pilih perasa coklat lah baru sedap kan. Lepas ni baru buat perasa buah buahan je. 

Macam biasa kalau buat dadih letak dalam bekas kecik comel macam ni kan. Kebetulan pulak ada sikit je bekas ni.

Dadih Coklat

Selebihnya Fiza letak dalam bekas kaca yang lagi comel ni. 

Dadih Coklat

Kalau yang pertama kali nak buat tu boleh je rujuk resepi yang ada kat bungkusan serbuk dadih tu. Ikut je cara yang ditunjukkan tu.

resepi Dadih Coklat

Cara buat dadih.


1. Didihkan 2000ml air, 70gm gula dan 1 tin (400ml) susu cair.
2. Setelah mendidih, padamkan api. Campurkan kendungan serbuk dadih. Kacau selama 5 minit.
3. Tuangkan ke dalam acuan.
4. Sejukkan di dalam peti sejuk.

Sangat mudah kan. Makan sejuk sejuk sambil tengok TV memang best :)

18 comments

  1. Comelnyerr bekas letak dadih tu siap riben lagi hehehhe .jeles jeles ..tak nak makan la kalau dapat bekas cantik gtuuu hahhaha

    ReplyDelete
  2. Baca entry ni baru teringat, semalam ada beli dadih coklat jugak, cuma belum sempat buat.. Sis kerap buat dadih ni utk snek anak. Makan dadih dlm cuaca panas pun terasa sejuk di tekak kan Azhafizah? Hehehe

    ReplyDelete
  3. wah...meletop bekas die..hehe..sedap nih ..

    ReplyDelete
  4. mak oiii.. kalu bekas camtu.. rasa sayang nak makan..hahaha.. cute2..^^

    ReplyDelete
  5. Lya prnh buat yg perisa honeydew perhh memg sdpp Sgt mudah plak tu

    ReplyDelete
  6. dadih in jar... menariknya... sedap pun sedap ^_^

    ReplyDelete
  7. mmg mudah buat dadih ni..sedapnya dadih..

    ReplyDelete
  8. Bab dadih ni dania yang suka...tp akak jarang buat...malas lebih...

    ReplyDelete
  9. tetibe teringat ada beli serbuk dadih nih tapi belum masak2 lagi

    ReplyDelete
  10. Bekas dadihnya pun cantik, mesti rasanya sedap..

    ReplyDelete
  11. Dulu adik rjin buat.. Perisa coklat mmng sdap..

    ReplyDelete
  12. Replies
    1. tak pasti berapa..tapi di setiap packaging dadih ada cara cara dia :)

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.